INSAN BERMORAL ADALAH INSAN YANG BAHAGIA

Bila kita bermoral, masyarakat menyayangi dan menyukai kita, Tuhan juga sayang akan kita, yang paling penting, hati kita lapang, selesa dan bahagia

SEMOGA BERJAYA

PENDIDIKAN MORAL TIDAKLAH SUSAH.
YANG PENTING USAHA SEDIKIT, DISIPLIN,
DAN SEMANGAT UNTUK BERJAYA

xOnline Design

Sunday 13 September 2009

SELAMAT DATANG

Sunday 13 September 2009
116 comments
Hubungi cikgu, cikgu akan cuba jawab persoalan pelajar secepat mungkin. Jangan lupa tulis sekali nama dan sekolah.


PERHATIAN...SAYA HANYA AKAN RESPOND KEPADA PERSOALAN YANG DISERTAI DENGAN NAMA PENUH PELAJAR DAN NAMA PENUH SEKOLAH



Sila klik laman-laman di bawah

FORMAT KERTAS PENDIDIKAN MORAL SPM           (UPDATED)
PANDUAN MENJAWAB PENDIDIKAN MORAL SPM          (UPDATED)
SENARAI NILAI MORAL
KATA KUNCI NILAI (1 kk)          (UPDATED)
KATA KUNCI NILAI (2 kk)          (NEW)
AKTA DAN DASAR          (UPDATED)
KERJA AMAL          (UPDATED)
GAMBAR-GAMBAR KERJA AMAL DI SEKOLAH CIKGU

Cikgu juga mngendalikan blog-blog di bawah. Silalah lawati blog-blog cikgu....




read more

Saturday 12 September 2009

FORMAT KERTAS PENDIDIKAN MORAL SPM

Saturday 12 September 2009
76 comments
NAMA KERTAS : PENDIDIKAN MORAL
KOD KERTAS    : 1225/1
MASA                  : 2 JAM 30 MINIT


Bentuk Penyoalan
80 markah =  8 x 10 markah (8 soalan struktur - wajib jawab semua soalan)
20 markah =  2 x 20 markah (3 soalan esei - wajib jawab 2 soalan)

Pengurusan masa (150 minit)
Soalan Struktur: Gunakan 11/12 minit untuk setiap soalan = 100 minit
soalan esei        : Gunakan 20 minit untuk setiap soalan      = 40 minit
Baki 10 minit boleh digunakan untuk menyemak jawapan atau untuk menawab soalan-soalan yang agak sukar

Bentuk Penyoalan

Bahagian A: Soalan Struktur

Soalan-soalan yang akan ditanyakan ialah:
o nilai, definisi nilai, penjelasan nilai
o akta, dasar, tokoh, organisasi, badan kerajaan, perjanjian/konsep
o isu semasa (isu, punca, kesan, cara mengatasi)

Bagi menjawab soalan di atas, pelajar mesti hafal nilai, definisi/kata kunci nilai, dan penjelasan nilai.
Contoh penyoalan:
o Nyatakan nilai/tokoh/kesan/organisasi/konsep/dasar/punca dll …………….
o Berikan maksud nilai …………….
o Berikan definisi nilai ……………..
o Huraikan nilai/kesan/punca.akibat dll………….
o Jelaskan nilai/kesan/akibat/punca dll……………
o Terangkan nilai/kesan/akibat/punca dll……………

Bahagian B: Soalan Esei

Soalan-soalan yang akan ditanyakan ialah huraian nilai berdasarkan:
  •  isu
  • situasi
  • ilustrasi
  • petikan akhbar
  • puisi
  • dsb

read more

Saturday 15 August 2009

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS PENDIDIKAN MORAL SPM

Saturday 15 August 2009
58 comments
Sebenarnya Kertas Pendidikan Moral paling senang untuk skor. Ini kerana persediaan yang diperlukan hanyalah:

Hafal semua nilai dan definisinya
Sangat senang, kerana pelajar telah belajar semua nilai semenjak dari tingkatan satu lagi.

Baca semua teks utama Buku Teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5
Hampir 80% soalan SPM adalah berdasarkan teks utama daripada buku teks tingkatan 4 dan 5.


Jawab soalan 'Fikir dan jawab'
Setiap teks utama diikuti dengan latihan'Fikir dan jawab'. Latihan ini sangat hampir dengan soalan-soalan SPM


Hafal Akta dan Dasar yang terdapat di buku teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5
Soalan mengenai akta dan dasar ini tidak dapat kita jangkakan. Bagaimanapun sebagai persediaan, adalah baik jika pelajar dapat mengenalpasti semua akta dan dasar yang terdapat di buku teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5. Saya mencadangkan guru-guru menjadikan Akta dan Dasar ini sebagai salah satu daripada tugasan kepada pelajar untuk di kumpulkan dalam bentuk buku skrap. Ini sangat baik sebagai bahan rujukan pelajar.

Hafal Jabatan kerajaan, Pertubuhan, dan konsep yang terdapat di buku teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5
Soalan di atas juga tidak dapat dijangka. Pelajar juga perlu tahu dan faham fungsi dan konsepnya. Contoh: konsep ZOPFAN (buku teks ting 4, m/s 228

Menguasai teknik menjawab
Menjawab kertas 1225/1 memerlukan teknik yang betul dan berkesan. Kadang kala pelajar merasakan jawapan mereka sudah sangat tepat....tetapi sebaliknya sebenarnya jawapan mereka tidak diterima.

Mengikuti perkembangan isu semasa
Isu-isu yang diketengahkan di kertas 1225/1 adalah berdasarkan isu-isu semasa. Oleh itu pelajar harus peka terhadap punca dan cara menghadapi dan mengatasi isu-isu terbabit.


Contohnya:

  1. Isu sosial remaja: seks bebas, pengambilan dadah, jenayah juvana, ponteng sekolah/kelas, lari dari rumah
  2. Pencemaran alam: lambakan sampah, pembuangan sisa toksik, eksploitasi alam
  3. Bencana alam: banjir kilat, tanah runtuh
  4. Masalah antarabangsa: peperangan, kemiskinan

read more

Friday 14 August 2009

PANDUAN MENJAWAB PENDIDIKAN MORAL SPM

Friday 14 August 2009
346 comments
Menjawab kertas 1225/1 memerlukan formula yang tepat. Jadi cikgu cadangkan pelajar semua pastikan telah menguasai formula tersebut sebelum menduduki peperiksaan.

Bahagian A: Soalan Struktur

1. Soalan nilai, definisi nilai dan penjelasan nilai

Untuk menjawab soalan ini mesti mahir:
  • kenalpasti nilai berdasarkan situasi soalan
  • hafal definisi nilai atau kata kunci
  • kaitkan definisi dengan situasi soalan
Contoh soalan

Nyatakan/berikan/senaraikan nilai (1 markah untuk 1 nilai)

1. Nyatakan  satu nilai yang diamalkan oleh Anita (1 markah)
2. Berikan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (1 markah)
3. Senaraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (2 markah)
4. Nyatakan tiga nilai patut diamalkan oleh Raj. (3 markah)

Nyatakan/berikan maksud/definisi nilai (2 markah)

1. Nyatakan maksud nilai yang di atas (2 markah)
2. Berikan definisi nilai seperti di 1(a). (2 markah)
3. Tuliskan erti definisi dua nilai di 2(a) (4 markah)
4. Berikan makna nilai yang di nyatakan di atas (2 markah)

Huraikan/jelaskan/terangkan (2/3 markah) 

1. Huraikan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (2 markah)
    Jawab dalam 2 ayat sahaja. (N. W+kk.)
2. Jelaskan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (3 markah)
    Jawab dalam 3 ayat. (N. W+kk. contoh.)
3. Terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (4 markah)
    Jawab 2 ayat untuk setiap nilai. (N1. W+kk(N1). N2. W+kk(N2).)

2. Soalan berdasarkan kandungan akademik tingkatan 4 dan 5

Untuk menjawab soalan jenis ini, pelajar perlu menguasai maklumat penting daripada buku teks seperti berikut:
  • Akta
  • Dasar
  • Nama-nama pertubuhan
  • Kesan sesuatu isu/fenomina/masalah
  • Sebab sesuatu isu/fenomena/masalah
  • Cara mengatasi sesuatu isu/fenomina/masalah 
Contoh soalan

Berikan/senaraikan/nyatakan nama/akta/watak/organisasi dll
1. Berikan satu agensi kerajaan yang melindungi hak pengguna. (1 markah)
2. Senaraikan tiga badan bukan kerajaan yang membela hak pengguna (3 markah)
3. Nyatakan satu organisasi dunia yang melindungi haiwan. (1 markah)
4. Senaraikan dua tokoh sukan negara yang kamu tahu. (2 markah)
5. Nyatakan satu akta yang melarang kita membocorkan maklumat sulit kerajaan. (1 markah)

Berikan/senaraikan/nyatakan/cadangkan cara/kesan/kepentingan/punca ......
1. Cadangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (1 markah)
2. Senaraikan dua kesan pencemaran alam. (2 markah)
3. Nyatakan tiga kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (3 markah)
4. Berikan dua punca pencenaran alam. (2 markah)

Bincangkan/jelaskan/huraikan/terangkan cara/kesan/kepentingan/punca/ .....
1. Bincangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (2 markah)
    Cadangan. Contoh.
2. Jelaskan dua kesan pencemaran alam. (4 markah)
    Kesan 1. Contoh. Kesan 2. Contoh.
3. Huraikan satu kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (2 markah)
    Kepentingan. Contoh.
4. Terangkan dua punca pencemaran alam. (4 markah)
    Punca 1. Contoh. Punca 2. Contoh.


JAUHI KESILAPAN DI BAWAH

Penulisan Nilai
  • kemampanan alam sekitar
  • hemat tinggi
  • telaransi
  • teloransi
  • kesederhaan
  • tanggungjawab
  • menghargai dan menyayangi alam sekitar
  • cintai akan negara
  • cinta kepada negara
  • mematuhi undang-undang dan peraturan
  • kasih sayang kepada keluarga
  • hormat dan taat kepada keluarga
  • menghormati hak golongan kurang upaya
  • sikap terbuka
  • berhemah tinggi
  • percaya kepada tuhan
  • melibatkan diri dalam pembangunan negara
  • mematuhi peraturan & undang2
  • b/jawab
  • peka terhdp isu2 a.sekitar
  • keharmonian ant m"sia dgn a. sekitar
Cuba pelajar sekalian betulkan kesemua kesilapan di atas

Latihan menjawab soalan struktur
Sebelum menjawab:
  1. Teliti situasi dengan teliti dan kenal pasti watak (W) dan isu/tindakan (I).
  2. Kenal pasti nilai (N) dan kata kunci (kk) nilai berdasarkan isu/tindakan.
  3. Baca soalan dan kenal pasti kata tugas.
  4. Perhatikan markah soalan (1 markah = 1 ayat, 2 markah = 2 ayat ...dst)
Formula Menjawab soalan nilai:
2 markah = N. W + kk.
3 markah = N. W + kk. Contoh.

Contoh 1: 2 markah = KA + N. Gn + kk + T.
Nicole menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang.
Jelaskan satu nilai yang diamalkan oleh Nicole (2 markah)

W: Nicole
Gn: dia
T: menyelamatkan anak kucing
Nilai: kasih sayang
kk: perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas
Ayat 1: Nilai kasih sayang.
Ayat 2: Nicole ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan,yang lahir dari hati yang ikhlas.

Penulisan jawapan:
Nilai kasih sayang. Nicole ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari yang ikhlas.

Contoh 2: 3 markah
Rakyat Malaysia sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menaikkan nama negara di persada dunia melalui pelbagai aktiviti.
Huraikan satu nilai yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia melalui usaha ini. (3 markah)
KA: Rakyat Malaysia
Gn: kami  (Jika KA merujuk pelajar dimana T positif, gunakan kita/kami)
T: berusaha menaikkan nama negara
N: Cinta akan negara
kk: perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

Ayat 1: Nilai cinta akan negara.
Ayat 2: Rakyat Malaysia sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
Ayat 3: Contohnya kami menyertai dan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa.

Penulisan jawapan:
Nilai cinta akan negara. Rakyat Malaysia ada perasaan sayang dan bangga kepada negara dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Contohnya kami menyertai dan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa.

Bahagian B: Soalan Esei
Bahagian B mengandungi 3 soalan. Pelajar hanya perlu menjawab 2 soalan sahaja untuk mendapatkan 20 markah. Tetapi jika masih ada masa ..... pelajar digalakkan untuk menjawab baki soalan. Ini kerana pemeriksa akan mengambil 2 markah terbaik daripada 3 soalan tersebut.

Bagi setiap soalan, pelajar perlu memberikan 3 nilai yang difikirkan paling tepat. Mengapa perlu 3 nilai? Sebenarnya nilai yang ke tiga adalah sebagai 'back up' jika nilai 1 /nilai 2 salah.....nilai 3 akan bertindak sebagai penyelamat.

Pelajar juga diingatkan jangan beri lebih daripada 3 nilai. Ini kerana pemeriksa akan mengabaikan jawapan yang berlebihan bagi sesuatu soalan.

Cara menjawab
N1. Gn + def(N1). Contoh. Contoh. Seterusnya N2. W + def(N2). Contoh. Contoh. Akhir sekali N3. W+ def(N3). Contoh. Contoh.
Ingat ye......jawab dalam 1 perenggan sahaja untuk ketiga-tiga nilai.
Formula
Ayat 1 (1 markah): N.
Ayat 2 (2 markah): W+ def.
Ayat 3 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)
Ayat 4 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi )

Contoh
Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental. Kanak-kanak juga dilindungi daripada menjadi buruh. Mereka berhak mengikuti pendidikan formal di sekolah dan mereka juga berhak mendapat perhatian istimewa daripada ibu, bapa, anggota keluarga dan juga penjaga mereka.
Bincangkan nilai-nilai yang perlu menjadi pegangan setiap orang demi menjamin kehidupan sempurna kanak-kanak.

Ayat 1 (1 markah): N.
Nilai melindungi hak kanak-kanak.

Ayat 2 (2 markah): W+ definisi.
Setiap orang perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna.

Ayat 3 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)
Contohnya memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah.

Ayat 4 (1 markah): Contoh(bagaimana mengamalkan nilai/definisi )
Contoh seterusnya melindungi kanak-kanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental

Cara menulis jawapan:
Nilai melindungi hak kanak-kanak. Setiap orang perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna. Contohnya memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah. Contoh seterusnya melindungi kanak-kanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental 

read more

Thursday 13 August 2009

LATIHAN MENJAWAB SOALAN STRUKTUR

Thursday 13 August 2009
78 comments
Soalan struktur meliputi beberapa jenis dan aras penyoalan. Soalan-soalan yang akan ditanya meliputi menyatakan nilai, menyatakan definisi nilai, mencari nilai yang sesuai dengan situasi, menjelas dan menghuraikan nilai.

Soalan struktur juga akan bertanya mengenai kemahiran berfikir. Ini termasuklah penyoalan mengenai cara membendung/mengatasi/menangani/membasmi/ isu, mencari punca isu dan kesan sesuatu isu terhadap diri sendiri, masyarakat, negara, dunia dan alam sekitar. Cikgu cadangkan pelajar semua jangan biarkan soalan jenis ini ditinggalkan tidak berjawab, kerana soalan jenis ini adalah penyelamat kepada pelajar yang tidak menguasai nilai. Lagi pun, soalan jenis ini adalah berkisar dalam lingkungan kehidupan seharian pelajar sendiri.

PERTIMBANGAN PENTING SEBELUM MENJAWAB
  1. Baca situasi yang diberi dan kenal pasti isu dan atau tindakan
  2. Baca soalan dan kenal pasti kata tugas dan karektor jika soalan berkaitan dengan nilai
  3. Lihat markah untuk soalan kerana markah membantu menentukan bilangan ayat jawapan

CONTOH SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN

1. Baca sedutan lirik lagu patriotik di bawah dan jawab soalan yang berikutnya:

Puncak dunia telah kau tawan,
Lautan luas telah kau redah,
Membawa semangat jiwa merdeka,
Semarak jaya kami warganya

a) Namakan lagu patriotik ini. (1 markah)
Jalur Gemilang

b) Tuliskan nama dua buah lagu patriotik yang terkenal di Malaysia. (2 markah)
i. Negaraku
ii. Tanggal 31   

c) Berikan dua kepentingan penerapan lagu-lagu berunsur patriotik kepada rakyat. (2 markah)
i. Menanam semangat cinta akan negara
ii. Memupuk perpaduan dikalangan rakyat

d) Rakyat Malaysia sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menaikkan nama negara di persada dunia melalui pelbagai aktiviti. Huraikan satu nilai yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia melalui usaha ini. (3 markah)
Nilai cinta akan negara. Rakyat Malaysia sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Contohnya kami memenangi pingat dalam aktiviti sukan antarabangsa.

e) Rakyat Malaysia juga menyokong segala usaha kerajaan untuk memajukan negara dengan mengamalkan nilai ' penglibatan diri dalam pembangunan negara'. Berikan maksud nilai 'Penglibatan diri dalam pembangunan negara'. (2 markah)
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan memetuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia


2. Berikut merupakan dua slogan yang berkaitan dengan kempen keselamatan jalan raya.

PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG

a) Jelaskan dua nilai yang pengguna jalan raya perlu terapkan melalui dua slogan di atas. (4 markah)
i. Nilai kasih sayang terhadap keluarga. Pengguna jalanraya perlu ada perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga ketika memandu.
ii. Nilai rasional. Pengguna jalanraya perlu boleh berfikir tentang kesan buruk kemalangan dan bertindak wajar ketika memandu.

b) Selain menganjurkan kempen keselamatan jalan raya, senaraikan dua usaha lain yang dijalankan oleh kerajaan untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan semasa di jalan raya. (2 markah)
i. Menempatkan polis trafik di jalan raya yang sibuk
ii. Mengeluarkan saman kepada pemandu yang melebihi had laju
 
c) Senaraikan dua contoh tindakan yang melanggar peraturan jalan raya. (2 markah)
i. tidak mematuhi lampu isyarat
ii. mabuk ketika memandu

d) Berikan dua tindakan yang akan dikenakan kepada mereka yang melanggar perauran jalan raya. (2 markah)
i. gantung lesen memandu
ii. saman

read more

Wednesday 12 August 2009

LATIHAN MENJAWAB SOALAN ESEI

Wednesday 12 August 2009
42 comments
Ada dua cara menjawab soalan esei, iaitu menggunakan empat ayat atau pun lima ayat. Sebenarnya Dua-dua cara ini sama sahaja, cuma untuk empat ayat, kita guna 1kk dan untuk lima ayat, kita guna 2kk.

Formula:
4 ayat: Ka+N. Gn+kk+I/T. Contoh/how. Why.
5 ayat: Ka+N. Gn+kk1+I/T. Contoh/how. Gn+kk2+I/T. Why.

 Kunci formula:
I: Isu
T: Tindakan
N: Nilai
Ka: Karektor/Watak
Gn: Gantinama
kk: Kata kunci
how: Cara/bagaimana/contoh untuk melaksanakan kata kunci
why: Sebab/mengapa melaksanakan kata kunci

Latihan menjawab

1. Berikut merupakan etika kewartawanan yang perlu dipatuhi oleh sesiapa sahaja yang ingin menulis tentang sesuatu perkara melalui media masa.
  • Melaporkan perkara yang benar dan terbukti sahaja.
  • Tidak menulis tentang isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan kekecohan dan merosakkan keharmonian masyarakat.
  • Tidak melaporkan sesuatu secara berat sebelah.
  • Melaporkan sesuatu berita mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia.
  • Tidak keterlaluan atau melampaui batasan dalam melaporkan sesuatu berita.
  • Berfikir dahulu kesan sesuatu berita yang dilaporkan
Berdasarkan etika kewartawanan yang digariskan di atas, bincangkan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh seorang wartawan.

Jawapan Formula 4 ayat

Wartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu amalkan kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan ketika membuat laporan. Contohnya melaporkan sesuatu berita mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia. Ini supaya keharmonian rakyat dapat dipelihara. Seterusnya wartawan perlu amalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan ketika membuat laporan. Contohnya tidak menulis tentang isu-isu sensitif. Ini untuk mengelakkan kekecohan dan merosakkan keharmonian masyarakat. Akhir sekali wartawan perlu amalkan nilai keadilan. Mereka perlu membuat tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah ketika membuat laporan. Contohnya tidak melaporkan sesuatu secara berat sebelah. Ini supaya tiada sesiapa yang teraniaya.

Jawapan Formula 5 ayat.

Wartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu bebas berucap dengan batasan demi keselamatan ketika membuat laporan. Contohnya melaporkan sesuatu berita mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia.  Mereka juga perlu mengeluarkan fikiran dengan batasan demi keselamatan ketika membuat laporan. Ini supaya keharmonian rakyat dapat dipelihara. Seterusnya wartawan perlu amalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima peraturan dan undang-undang yang ditetapkan ketika membuat laporan. Ini untuk mengelakkan kekecohan dan merosakkan keharmonian masyarakat. Mereka juga perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan ketika membuat laporan. Contohnya tidak menulis tentang isu-isu sensitif. Akhir sekali wartawan perlu amalkan nilai keadilan. Mereka perlu membuat tindakan yang saksama ketika membuat laporan. Contohnya tidak melaporkan sesuatu secara berat sebelah. Mereka juga perlu membuat keputusan yang tidak berat sebelah ketika membuat laporan. Ini supaya tiada sesiapa yang teraniaya.

read more

Friday 7 August 2009

MENGESAN KESILAPAN DALAM PEPERIKSAAN

Friday 7 August 2009
19 comments
MENGESAN KESILAPAN DALAM PEPERIKSAAN

Bandingkan cara cikgu menulis jawapan.



a)
i - Masyarakat patut mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak. Mereka patut Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna dengan mengelakkan penganiayaan. Ini kerana kanak-kanak berhak untuk membesar dengan selamat.

ii- Masyarakat patut mengamalkan nilai kasih sayang. Mereka patut ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati serta mengelakkan berlakunya penganiayaan kanak-kanak. Contohnya mereka memberi kasih sayang kepada kanak-kanak



b)
i - Kanak-kanak merupakan pemimpin masa hadapan
ii - Kanak-kanak adalah insan yang lemah dan tidak tahu melindungi diri sendiri

c)
Saya akan menghantar kanak-kanak itu ke rumah kebajikan. Ini kerana di sana kanak-kanak itu akan mendapat perlindungan dan pembelaan yang maksima.


a)
Masyarakat patut mengamalkan nilai melindungi hak pengguna. Mereka patut membela dan memelihara hak untuk menjadi pengguna berilmu dan mendapat perkhidmatan dan barangan berkualiti serta tidak dieksploitasi dengan cara prihatin terhadap hak mereka. Contohnya makanan dalam tin yang dibeli tidak luput tarikh.

b)
i - Persatuan pengguna Melaka
ii - Tribunal tuntutan pengguna
iii - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna

c)
i - harga barangan dinaikkan dengan sewenangnya
ii - peniaga menjual barangan yang tidak bermutu sesuka hati

d) Saya akan mengadakan bengkel kepenggunaan di sekolah. Ini supaya rakan-rakan saya sedar dan tahu akan hak mereka sebagai pengguna.





a)

i - kebebasan beragama
ii - hidup bersama secara aman
iii - mengekalkan tradisi kekeluargaan

b)
i - Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia
ii - Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya

c)
Saya akan memakai cheong sam merah pada hari tahun baru cina. Ini supaya tradisi keluarga saya akan diteruskan hingga generasi seterusnya.

d)
i - kaum cina
ii - kaum Melayu
iii - kaum India





 


Anggota masyarakat perlu mengamalkan nilai Amanah. Mereka perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain untuk membenteras gejala negatif. Contohnya pengarah syarikat tidak menerima rasuah. Ini supaya syarikatnya terus diperayai oleh pelanggan lain. Seterusnya masyarakat perlu mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan untuk membenteras gejala negatif. Contohnya petugas mahkamah tidak melesapkan bukti mahkamah. Ini supaya keadilan dapat dipelihara dan negara kita dihormati negara luar. Akhir sekali masyarakat perlu mengamalkan nilai bertanggungjawab. Mereka perlu sanggup untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan untuk membenteras gejala negatif. Contohnya pegawai BPR siasat pemalsuan mykad. Ini supaya hak rakyat Malaysia tidak dirampas oleh pendatang haram.

read more

Saturday 4 July 2009

CONTOH SKRIP JAWAPAN CALON

Saturday 4 July 2009
77 comments
CIKGU YAKIN PELAJAR SEKALIAN JUGA MENGALAMI MASALAH YANG SAMA.CUBA BANDINGKAN CARA CIKGU MENJAWAB.

Pelajar harus ambil perhatian bahawa penandaan kertas 1225/1 adalah amat teliti. Bagaimana pun, jika pelajar kurang mahir berbahasa Melayu, jangan bimbang dengan struktur ayat dan tatabahasa anda; selagi pemeriksa faham maksud pelajar, dan jawapannya adalah betul... pelajar selamat.




Klik untuk baca soalan


1 a)
Watak: masyarakat
Isu: mengelakkan berlakunya penganiayaan
Nilai: Melindungi hak kanak-kanak , kasih sayang


i. Masyarakat patut mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak. Mereka patut Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna untuk mengelakkan berlakunya penganiayaan.


ii. Masyarakat patut mengamalkan nilai kasih sayang. Mereka patut ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati untuk mengelakkan berlakunya penganiayaan.


1 b)
i. Mereka pemimpin masa hadapan
ii. Mereka belum mampu melindungi diri sendiri


c)
Saya akan meminta ibu saya menghantar kanak-kanak tersebut ke rumah perlindungan kanan-kanak. Ini kerana di sana kanak-kanak tersebut akan mendapat perlindungan dan pembelaan yang sewajarnya.



Klik untuk baca soalan
2 a)
Watak: Masyarakat
Isu: prihatin terhadap hak mereka sebagai pengguna
Nilai: Melindungi hak pengguna


Masyarakat patut mengamalkan nilai melindungi hak pengguna. Mereka patut membela dan memelihara hak untuk menjadi pengguna berilmu dan mendapat perkhidmatan dan barangan berkualiti serta tidak dieksploitasi dengan cara prihatin terhadap hak mereka sebagai pengguna.


2 b)
i. Persatuan pengguna Pulau Pinang (CAP)
ii. Tribunal tuntutan pengguna
iii. Kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna

2 c)
Saya akan menganjurkan bengkel pengguna dengan cara memanggil penceramah dari luar. Ini supaya kami dapat pengetahuan terperinci tentang hak-hak kami sebagai pengguna.




Klik untuk baca soalan

3 a)
i. Kebebasan beragama
ii. Hidup bersama secara aman
iii. Mengekalkan tradisi kekeluargaan


3 b)
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya

3 c)
Saya akan memakai pakaian tradisi setiap kali menyambut hari perayaan kami. Ini supaya pakaian tradisi kami akan dapat dikekalkan.


3 d)
i. kaum Cina
ii. kaum Melayu
iii. kaum India






Klik untuk baca soalan
4 a)
i. Nilai cinta akan negara
ii. Nilai sanggup berkorban untuk negara


4 b)
i. Kami adalah rakyat Malaysia yang ikhlas berjuang untuk negara. Kami tidak akan meminta ganjaran di atas perjuangan kami kerana semuanya adalah untuk negara kami yang tercinta.

ii. Kami sentiasa bersedia berkorban harta, masa ataupun nyawa untuk negara pada bila-bila masa. Pengorbanan kami ini adalah semata-mata untuk ibu pertiwi yang kami cintai ini.


4 c)
i. Pelajar Malaysia pulang berkhidmat di negara sendiri walaupun mendapat tawaran gaji yang lumayan daripada negara luar. Ini kerana negara negara sangat memerlukan tenaga pakar mereka.

ii. Rakyat malaysia mematuhi semua peraturan dan undang-undang negara. Contohnya tidak menyertai aktiviti subversif.







Klik untuk baca soalan


5 a)
i. YB Wong mempamerkan nilai Berdikari. Beliau boleh dan sanggup melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain untuk melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan sempurna. Contohnya beliau berusaha sendiri mencari sumber kewangan bagi membina dewan


ii. YB Wong membamerkan nilai Hemah tinggi. Beliau beradap sopan dan berbudi pekerti mulia ketika melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan sempurna. Contohnya beliau terkenal dengan sikap peramah dan bermesra dengan semua lapisan rakyat.


5 b)
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya


5 c)
i. Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar
ii. Nilai kemapanan alam sekitar





Klik untuk baca soalan
6 a)
i. Kita patut mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Kita patut prihatin terhadap persoalan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya dengan menyahut slogan di atas. Contohnya melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui mengenai aktiviti pemburuan haram.
ii. Kita patut mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Kita patut memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan ekosistem dengan berusaha memelihara hidupan liar di seluruh dunia. Contohnya tidak terlibat dalam urusan jual beli haiwan yang dilindungi kerajaan.

6 b)

Jabatan alam Sekitar mengadakan banyak kempen mendidik masyarakat dalam usaha mengekalkan keseimbangan alam sekitar. Contohnya mengadakan Program Kesedaran Pemuliharaan Asia (ACAP)


6 c) 2 jenis hidupan liar yang yang diberi perlindungan di negara kita:
i. Harimau
ii. Orang utan





Klik untuk baca soalan
7 a)
i. Jiran tetangga ingin diterapkan nilai kasih sayang. Mereka diharapkan ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati menerusi kempen budi bahasa budaya kita. contohnya sayang menyayangi dan bertegur sapa ketika berjumpa.


ii. Bangsa Malaysia ingin diterapkan nilai Hemah tinggi. Mereka diharapkan beradap sopan dan berbudi pekerti mulia menerusi kempen budi bahasa budaya kita. contohnya bertimbang rasa dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

7 b)
i - Saya akan berbudi bahasa dengan semua guru saya. Contohnya saya akan mengucap selamat kepada guru ketika bertemu dengan mereka.


ii - Saya akan membantu rakan saya. Contohnya membimbing rakan yang kurang faham dalam sesuatu topik pelajaran.





Klik untuk baca soalan
8 a)
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain


8 b)
i - Mengemas tempat tidur sendiri. Tanpa menunggu arahan, pelatih mengemas tempat tidur masing-masing sebaik bangun tidur sebelum meneruskan aktiviti latihan tanpa mengharapkan bantuan. 


ii - Membasuh pakaian sendiri. Tanpa mengharapkan bantuan sesiapa pelatih telah membasuh pakaian masing-masing, menjemurnya dan akhirnya melipat pakaian mereka sendiri.
 

8 c)
Pelatih Program Khidmat Negara mempamerkan nilai saling membantu dan bekerjasama. Mereka ada usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara ketika menyumbang tenaga membantu mangsa Tsunami.



Klik untuk baca soalan
1.
Anggota masyarakat perlu mengamalkan nilai Amanah. Mereka perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain untuk membenteras gejala negatif. Contohnya pengarah syarikat tidak menerima rasuah. Ini supaya syarikatnya terus diperayai oleh pelanggan lain. Seterusnya masyarakat perlu mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan untuk membenteras gejala negatif. Contohnya petugas mahkamah tidak melesapkan bukti mahkamah. Ini supaya keadilan dapat dipelihara dan negara kita dihormati negara luar. Akhir sekali masyarakat perlu mengamalkan nilai bertanggungjawab. Mereka perlu sanggup untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan untuk membenteras gejala negatif. Contohnya pegawai BPR siasat pemalsuan mykad. Ini supaya hak rakyat Malaysia tidak dirampas oleh pendatang haram.






Klik untuk baca soalan



3.
Melalui pernyataan di atas, dapat dikesan majikan mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan dengan mematuhi Akta Kerja 1955. Contohnya mewajibkan semua pekerja diberikan gaji yang setimpal dengan jawatan tanpa diskriminasi. Ini supaya majikan tidak dikenakan tindakan undang-undang. Seterusnya majikan mengamalkan nilai menghormati hak golongan kurang berupaya. Majikan memberi layanan bersopan supaya pekerja cacat tidak berasa tersisih sebagai insan ciptaan Tuhan dengan cara memberi pengiktirafan kepada mereka. Contohnya majikan menyediakan kemudahan khas untuk memudahkan pergerakan pekerja cacat di tempat kerja. Ini supaya mereka selesa ketika bekerja. Akhir sekali majikan mengamalkan nilai melindungi hak pekerja. Mereka menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan pekerja dengan cara berkongsi keuntungan. Contohnya pekerja diberi bonus mengikut keuntungan yang diperolehi mengikut tahun kewangan tertentu. Ini supaya pekerja lebih gembira dan bersemangat untuk bekerja dengan lebih tekun.






Klik untuk baca soalan
1 a)
i. Peniaga sepatutnya mengamalkan nilai amanah. Mereka sepatutnya bersikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan pengguna ketika mengadakan jualan murah. contohnya peniaga tidak menipu pengguna. 

ii. Peniaga sepatutnya mengamalkan nilai melindungi hak pengguna. Mereka sepatutnya membela dan memelihara hak untuk menjadi pengguna berilmu dan mendapat perkhidmatan dan barangan berkualiti serta tidak dieksploitasi ketika mengadakan jualan penghabisan stok. Contohnya mereka tidak menipu pengguna.




1 b)
i. Akta kawalan harga
ii. Akta timbang dan sukat








Klik untuk baca soalan
1 c)
i. Menguatkuasakan undang-undang terhadap aktiviti cetak rompak. Contohnya merampas video cetak rompak daripada penjual dan menghantar mereka ke muka pengadilan.

ii. Meneliti tarikh luput makanan dalam tin sebelum membelinya. Ini supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan peniaga. 

2 a)
i. Asas pembentukan keluarga bahagia ialah ahli keluarga mengamalkan nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga. Mereka memuliakan, berinteraksi dan memberi layanan sopan untuk melahirkan keluarga harmonis dengan cara sentiasa berusaha menghindarkan konflik.


ii. Asas pembentukan keluarga bahagia ialah ahli keluarga mengamalkan nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan. Mereka menerima dan menghormati adat dan kepercayaan yang diwarisi turun temurun dengan cara mengamalkan amalan tradisi keluarga sebagai cara hidup.
 

iii. Asas pembentukan keluarga bahagia ialah ahli keluarga mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Mereka ada perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan dengan cara mengamalkan budaya penyayang sebagai pegangan hidup berkeluarga.



Klik untuk baca soalan
3 a)
i. Setiap individu sepatutnya mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Kita sepatutnya prihatin terhadap persoalan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya dengan cara melindungi laut dan sungai daripada pencemaran toksik.



ii. Setiap individu sepatutnya mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Kita sepatutnya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan ekosistem dengan cara memelihara keaslian bumi.
3 b)
i. pencemaran aalam sekitar
ii. kepupusan flora dan fauna
iii. kesihatan manusia terjejas


3 c)
i. kitar semula untuk mengelakkan pembaziran sumber alam.
ii. Tidak melakukan pembakaran terbuka
iii. Melapor kepada pihak berkuasa jika mengetahui ada penerokaan hutan secara haram.

read more

Sunday 15 March 2009

SIMBOL-SIMBOL PENANDAAN SKRIP

Sunday 15 March 2009
7 comments

Comelnya...comelnya...






SIMBOL-SIMBOL PENANDAAN SKRIP

  • N1 – nilai

  • Na1 – nilai pertama (bahagian esei)

  • Nb1 – nilai kedua (bahagian esei)

  • P1 – penerangan

  • Pa1 – penerangan pertama untuk nilai yang pertama (bahagian esei)

  • ~~~ - nilai yang tepat (garisan seperti ombak)

  • ( ) – penerangan yang tepat

  • UN1 – nilai yang diulang

  • Max N – nilai yang telah ditanda lebih awal /nilai maksimum bagi soalan

  • Max P – untuk penerangan yang maksimum bagi sesuatu nilai

  • TB – tidak berkaitan

  • J1 – jawapan bukan nilai. Contoh: kesan, langkah, sebab, ramalan dll

read more

Wednesday 11 March 2009

SENARAI NILAI MORAL

Wednesday 11 March 2009
319 comments
SENARAI NILAI MORAL
BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI

1.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara


1.2 AMANAH

Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain


1.3 HARGA DIRI
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan


1.4 BERTANGGUNGJAWAB
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

1.5 HEMAH TINGGI
Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

1.6 TOLERANSI
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup


1.7 BERDIKARI
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

1.8 KERAJINAN
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara

1.9 KASIH SAYANG
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

1.10 KEADILAN
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

1.11 RASIONAL
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar


1.12 KESEDERHANAAN
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain


BIDANG 2 - KEKELUARGAAN

2.1 KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga

2.2 HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni

2.3 MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga

2.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga meruah keluarga


BIDANG 3 - ALAM SEKITAR

3.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem

3.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR
Keadaan saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

3.3 KEMAPANAN ALAM SEKITAR
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup


3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya


BIDANG 4 - PATRIOTISME

4.1 CINTA AKAN NEGARA
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri


4.2 TAAT SETIA PADA RAJA DAN NEGARA
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara

4.3 SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara

BIDANG 5 - HAK ASASI

5.1 MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna


5.2 MENGHORMATI HAK WANITA
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara

5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJA
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan Negara
 

5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA
Memberi layanan yang bersopan kepada golonga kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan


5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi

BIDANG 6 - DEMOKRASI

6.1 MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada


6.2 KEBEBASAN BERSUARA

Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman

6.3 KEBEBASAN BERAGAMA
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia

6.4 PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan memetuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia


6.5 SIKAP KETERBUKAAN
Bersedia memberi dan menerima pendangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia


BIDANG 7 - KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
 

7.1 HIDUP BERSAMA SECARA AMAN

Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya

7.2 SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat


7.3 SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat

read more
 

Rakan Blog Pendidikan Moral

My Blog List