INSAN BERMORAL ADALAH INSAN YANG BAHAGIA

Bila kita bermoral, masyarakat menyayangi dan menyukai kita, Tuhan juga sayang akan kita, yang paling penting, hati kita lapang, selesa dan bahagia

SEMOGA BERJAYA

PENDIDIKAN MORAL TIDAKLAH SUSAH.
YANG PENTING USAHA SEDIKIT, DISIPLIN,
DAN SEMANGAT UNTUK BERJAYA

xOnline Design

Sunday 11 January 2009

PANDUAN PENYUSUNAN LAPORAN KERJA AMAL

Sunday 11 January 2009
PANDUAN PENYUSUNAN LAPORAN KERJA AMAL

A: Bilangan aktiviti

Calon mesti menjalankan 4 aktiviti

  • 2 aktiviti berkaitan Bidang Alam Sekitar
  • 1 aktiviti berkaitan Bidang kekeluargaan
  • 1 aktiviti berkaitan Perkembangan Diri
B: Penyediaan dan Penyusunan Folio
Kulit luar folio
  • Nama dan alamat sekolah
  • Kod sekolah
  • Nama mata pelajaran
  • Tajuk folio
  • Nama penuh
  • Nombor kad pengenalan
  • Angka giliran
  • Nama guru pentaksir

Bahagian dalam folio
  • Isi kandungan
  • Kulit Tugasan Harian (menyatakan kelapan-lapan tajuk laporan tugasan harian)
  • Laporan tugasan harian 1 hingga 8 (disusun mengikut urutan seperti di kulit tugasan harian)
  • Kerja amal 1
  • Kerja amal 2
  • Kerja amal 3
  • Kerja amal 4

Perkara-perkara yang perlu diambil kira

  • Tajuk tugasan
  • Tajuk aktiviti
  • susunan folio
  • lampiran bukti
  • kekemasan
  • mematuhi ketepatan masa
  • kebersihan folio
  • kekemasan tulisan
  • kekemasan penyusunan folio
C: Penglibatan dan Peranan - berdasarkan laporan aktiviti

  • menyumbang tenaga
  • menyumbang idea
  • meluangkan masa
  • bertanggungjawab
  • rajin
  • kerjasama
  • kepimpinan
  • toleransi
  • prihatin
  • mengawal keadaan

(calon perlu nyatakan peranan dan ciri-ciri di atas di dalam laporan aktiviti)

D: Kesan (mesti dinyatakan di dalam laporan)

Kesedaran (mengetahui dan memahami keadaan yang sebenarnya selepas menjalankan kerja amal)


Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya sedar bahawa setiap manusia memerlukan perhatian dan kasih sayang.

Insaf (mamahami sesuatu perkara sehingga menimbulkan kesedaran dalam diri sendiri)

Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya insaf bahawa bukanlah senang untuk ibu saya menyediakan makanan untuk kami sekeluarga, dan saya akan cuba untuk membantu ibu saya memasak.

Iktibar (pengajaran atau teladan yang pelajar perolehi selepas menjalankan kerja amal)

Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya mendapat iktibar bahawa saya perlu bersyukur kerana masih mempunyai ibu dan bapa

Perubahan sikap (perubahan sikap yang dialami pelajar selepas menjalankan aktiviti)

Contoh: Setelah selesai menjalankan aktiviti kerja amal di rumah anak-anak yatim tersebut, saya merasai perubahan sikap dalam diri saya. Saya mulai prihatin terhadap nasib orang-orang yang kehilangan anggota keluarga.

E: Penyediaan Bahan Bukti

Sekurang-kurangnya 1 keping gambar bagi setiap aktiviti
1 sijil penghargaan atau surat akuan bagi setiap aktiviti

80 comments:

  1. Pn Noraini,

    Maaf kerana mengganggu sekali lagi...

    1.Adakah laporan kerja amal ditulis begini?

    Aktiviti: Membersihkan Sudut Nilam, Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya

    Matlamat: Menyediakan sudut membaca yang kondusif dan lebih mesra pelajar

    Objektif: Membersihkan dan menyusun semula sudut nilam

    Tarikh & masa: 3.6. 2009 (8.40-9.40)

    Peserta: Pelajar-pelajar moral 5 Sc1

    Peranan saya: Saya membantu guru pusat sumber, Pn Norliza untuk menyusun semula bahan-bahan bacaan di sudut nilam.

    Kesan: Setelah menjalankan kerja amal ini, saya sedar bahawa persekitaran yang kondusif dan kemas dapat merangsangkan otak untuk meningkatkan kefahaman dan penerimaan fakta dalam buku-buku ilmiah dengan lebih mudah. Pembacaan adalah amat penting untuk memperluas pengetahuan am dan perbendaharaan kata dalam diri kita.

    2.Adakah bahagian aktiviti, matlamat, objektif, tarikh , masa , dan peserta boleh dituliskan dalam bentuk (point form) manakala bahagian peranan anda dan kesan perlu dituliskan dalam bentuk perenggan?

    3.Perlukah kita menyenaraikan nilai-nilai yang berkaitan dalam laporan kerja amal?

    4.Bahagian manakah (guru penasihat/penganjur:...) harus diletakkan?

    Terima Kasih.

    Yvonne Choo ( SMK Cyberjaya )

    ReplyDelete
  2. Hi Yvonne...

    Hari Rabu (8.7.09) cikgu akan masukkan contoh penulisan dan penyusunan lengkap kerja kursus hasil usaha pelajar-pelajar cikgu.

    Untuk sementara waktu,

    1.
    Panjang bagi setiap satu laporan tugasan harian mahu pun kerja amal ialah 250 perkataan.

    2.
    Bagi bahagian peranan saya,

    Saya diberi peranan untuk membantu guru pusat sumber, Pn Norliza untuk menyusun semula bahan-bahan bacaan di sudut nilam.

    Mula-mula saya ...........(ceritakan sedikit apa yang Yvonne lakukan).....

    3.
    Kesan ditulis di bahagian kesimpulan bersama-sama dengan nilai. Hanya 1 kata kesan dan 1 nilai diperlukan untuk setiap 1 laporan kerja amal/tugasan harian

    Contoh..

    Setelah selesai menjalankan kerja amal membersih dan menyusun semula sudut nilam, saya sedar bahawa adalah penting untuk sentiasa memastikan kebersihan dan keceriaan sudut nilam untuk menarik minat pelajar membaca. Saya berazam akan mengamalkan nilai Bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan sudut nilam supaya sentiasa bersih dan ceria.

    ReplyDelete
  3. No. Tajuk Muka surat
    1 Pengenalan
    2 Penghargaan
    3 Penganjur
    4 Objektif
    5 Perjalanan program
    6 Peranan saya
    7 Penutup
    8 Lampiran

    teacher,Isi kandungan like this right or not

    ReplyDelete
  4. the susunan betul tak ?

    ReplyDelete
  5. Hi.....

    Sory for my late answer....

    Yea...the susunan is correct.

    ReplyDelete
  6. cikgu, sorry ganggu cikgu di sini...
    saya Cindy(Form 4S1) dari sekolah Sarawak.
    bolehkah cikgu memberitahu saya surat penghargaan itu perlu saya sediakan dan bagi pihak berkenaan atau mereka akan keluarkan untuk kami?

    Bagi aktiviti bidang kekeluargaan, kalau tiada surat penghargaan, saya sediakan dan ditandatangani oleh ibu bapa atau ahli keluarga, kan?

    ReplyDelete
  7. Hi Cindy...

    Surat penghargaan dan surat akuan sebenarnya harus disediakan oleh pihak sekolah.

    Surat penghargaan adalah bagi kerja amal yang dilakukan di dalam kawasan sekolah. Surat ini ditandatangani oleh Pengetua sekolah masing-masing.

    Surat akuan pula adalah bagi kerja amal yang dilakukan di luar kawasan sekolah. Surat ini perlu ditandatangani oleh penganjur kerja amal.

    Contoh:

    Di rumah - ibu/bapa
    Di tadika - Penyelia/guru tadika
    Di rumah anak yatim - Penyelia/petugas
    Di rumah orang tua - Penyelia/petugas
    Di SPCA - Penyelia/petugas
    Di zoo - Penyelia/petugas bhg pendidikan zoo
    Di taman - org dewasa yg menyelia kerja amal

    ReplyDelete
  8. HI PELAJAR SEMUA....

    TERIMA KASIH KERANA MENGHUBUNGI CIKGU, CIKGU MINTA MAAF KERANA AGAK LEWAT MENJAWAB BEBERAPA PERSOALAN ANDA DISEBABKAN MASALAH SERVER DI TEMPAT CIKGU.

    BAGI PELAJAR SELAIN DARIPADA SMK TAMAN KOSAS, CIKGU HARAP PELAJAR DAPAT SERTAKAN NAMA DAN SEKOLAH ANDA BAGI SETIAP PERSOALAN YANG DIBERIKAN.

    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  9. Can you teach me how to do perjalanan projek?
    Thanks.

    Steven, Smkdu.

    ReplyDelete
  10. Hi Steven...

    Visit 'kerja amal' post in this blog. there are two samples of my students work on the whole laporan kerja amal, including 'perjalanan projek'

    ReplyDelete
  11. Hi semua pelajar...

    Sertakan nama pelajar dan sekolah setiap kali sebelum post komen supaya cikgu senang untuk greet ketika respond nanti

    ReplyDelete
  12. terima kasih atas panduan kerja amal yang diberikan terutamanya kata-kata kunci yang mesti dimasukkan dalam perjalanan projek.

    by jon

    ReplyDelete
  13. hi cikgu saya pelajar sabah.boleh saya tanya adakah laporan atau tugasan harian boleh menggunakan liquid

    ReplyDelete
  14. Hi Cikgu. Saya pelajar dari SMKTBM. Saya nak tanya cikgu, berapakah panjang kerja amal ? ( Minimun and Maximum )

    ReplyDelete
  15. Hi Kentz..

    Panjang minimum laporan Tugasan Harian ialah 250 perkataan. Panjang minimum laporan kerja amal pun 250 perkataan juga. Tiada had maksimum panjang kedua-dua laporan.

    ReplyDelete
  16. hi cikgu saya dev, bolehkah keja amal ditulis ikut nombor

    ReplyDelete
  17. Hi, slmt ptg cikgu. Saya Mary, pljr dri Srwk...Saya nk tnya adkah wajib untk membhgikan setiap katgori yg tdpt dlm kerja amal(cth:tjuk aktvt,objektif dsb)dlm sehelai krts tnpa berkongsi pada krtas yg sma.....

    ReplyDelete
  18. Maaf krana mggaggu skali lg...adkah surt kbnaran perlu dsediakan skiranya kerja amal dlakukan di luar sekolah....dan siapakah yang perlu menyediakannya..?
    from: Mary...SMTM

    ReplyDelete
  19. Hi Dev

    Cikgu kurang faham soalan Dev.

    ReplyDelete
  20. Hi Mary

    Presentation laporan adalah bergantung kepada pelajar. Yg penting ada semua elemen yg dinyatakan. Mary boleh tulis kategori/tajuk dan isi laporan pd kertas yg sama atau berasingan. Mary boleh lihat contoh laporan pelajar2 cikgu.

    Sebenarnya pihak sekolah/Guru Ketua Panitia/guru matapelajaran harus sediakan, bagaimana pun jika tidak disediakan, Mary boleh buat sendiri berdasarkan contoh yg cikgu sediakan dlm blog ini.

    ReplyDelete
  21. cikgu, boleh tolong tanye tak,.....boleh tak dalam satu ayat ade 2 item.???????????

    ReplyDelete
  22. Hi...

    First...I REALLY NEED TO KNOW YOUR NAME AND YOUR SCHOOL before I can answer your question.

    Second, cikgu kurang faham soalan di atas. 'Item' merujuk kepada....??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mt ptg ckgu...maff menganggu...sa pelajr dri sbh...bhagia B folio tu saya macam bingung ...bahagian perkembgan diri...boleh bntu terang kn bagaimana cara buat ???

      Delete
    2. Mt ptg ckgu...maff menganggu...sa pelajr dri sbh...bhagia B folio tu saya macam bingung ...bahagian perkembgan diri...boleh bntu terang kn bagaimana cara buat ???

      Delete
  23. HI RESPECTED STUDENTS

    IT WOULD BE GOOD IF YOU COULD READ MY POSTS, THE COMMENTS FROM YOUR FRIENDS, AND MY COMMENTS BEFORE YOU ASK ANY QUESTION.

    THANK YOU

    ReplyDelete
  24. hi cikgu, saya lip wen...apakah tajuk lagi yang boleh digunakan dalam kerja amal perkembangan diri selain melawat ke rumah orang2 tua...pls reply ASAP

    ReplyDelete
  25. Hi Lip Wen...

    Kerja amal perkembangan diri yang paling senang. Semua jenis kerja amal adalah dengan secara tidak langsung adalah kerja amal perkembangan diri.

    Di rumah - perkembangan diri/kekeluargaan
    Di tadika - perkembangan diri/alam sekitar
    Di rumah anak yatim - perkembangan diri/alam sekitar
    Di rumah orang tua - perkembangan diri/alam sekitar
    Di SPCA - perkembangan diri/alam sekitar
    Di zoo - Perkembangan diri/alam sekitar
    Di taman - perkembangan diri/alam sekitar

    ReplyDelete
  26. Semua blogger yang dihormati, saya hanya akan respon kepada comment-comment yang disertakan nama penuh blogger dan nama penuh sekolah sahaja. HARAP MAKLUM.

    ReplyDelete
  27. hi cikgu name saya tan ming jie dari sekolah cochrane,cikgu ada contoh laporan kerja amal tentang kekeluargaan? tajuk saya ialah membantu anggota keluarga membuat kerja rumah. kalau tak ada cikgu boleh ajar saya tak? terima kasih :)

    ReplyDelete
  28. Hi Tan

    Buat masa ini cikgu belum masukkan contoh laporan kerja amal kekeluargaan. Bagaimanapun, bolehlah lihat post KERJA AMAL cikgu sebagai panduan - laporan kerja amal di zoo negara dan di koperasi sekolah.

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Ckg, boleh tolong bg aktiviti bagi tema alam sekitar selain menanam pokok bunga?

    Henrietta dari SMKS, Sarawak

    ReplyDelete
  31. Henrietta,

    Sebenarnya dah banyak kali cikgu jawab soalan ini dalam ruangan comment-comment. dalam post cikgu pun ada juga...

    1. APA SAHAJA KERJA AMAL YANG MEMBABITKAN KERJA-KERJA MEMBERSIH. MEMBERSIH APA SAHAJA.
    2. APA SAHAJA KERJA AMAL YG BERKAITAN MENANAM TUMBUHAN

    ReplyDelete
  32. hello teacher....
    saya nak tanyer... tugasan harian nie kena masukkan empat belas isi 2 kew????
    cnthnyer....
    1)menyumbang tenaga
    2)meluangkan masa
    3)meyumbang idea
    4)rajin dan bnyak agy....

    ReplyDelete
  33. bole cikgu tahu siapakah yang tanya cikgu? daripada sekolah mana? nama penuh dan nama penuh sekolah ye....trima kasih...

    ReplyDelete
  34. sy Hosanna dr smks.....
    sya nk tanya cam mn nak buat pengenalan kerja kursus PM...

    ReplyDelete
  35. Hosanna, smks bermaksud..maaf cikgu perlu tahu nama sekolah sebelum menjawab

    ReplyDelete
  36. hosanna dr smk song....
    sorry tak letak nm penuh sekolah...

    ReplyDelete
  37. Hai Hosanna,

    Sebenarnya laporan tugasan harian ialah 1 laporan yg pelajar buat hasil pembacaan, aktiviti, pemerhatian, sebagai dairy entry. Apa yg sangat penting ialah, dalam setiap laporan mesti di masukkan 1 daripada 4 kata kesan beserta 1 nilai yg berkaitan dgn laporan tersebut. Sila rujuk contoh yg telah cikgu postkan. apa yg Hosanna tuliskan di atas adalah senarai kriteria pemarkahan guru sajaha. tidak dad kene mengena dgn isi laporan.

    ReplyDelete
  38. hi cikgu, saya Jeremy dari SMK USJ 13, saya ingin tahu apakah aktiviti2 lain yang boleh saya nyatakan untuk kerjamal yang kedua?? (kekeluargaan)

    ReplyDelete
  39. Hi Jereny,

    Apa sahaja kerja amal yg melibatkan keluarga adalah kerja amal kekeluargaan.

    menolong datuk, nenek, ibu, bapa, abang, kakak, adik, sepupu, makcik, pakcik. Tak kira apa juga bentuk pertolongan. tak kira samada pertolongan besar atau kecil, semuanya adalah kerja amal.

    tapi acara sambutan hari lahir, perkahwinan, perayaan dll bukan kerja amal. bagaimanapun menjalankan kerja-kerja persiapan sambutan atau perayaan adalah kerja amal.

    ReplyDelete
  40. boleh siapa tlg saya carikan isi untuk kerja-kerja amal di tempat pengajian(institut)

    ReplyDelete
  41. cikgu , saya calvin dari smk maxwell nak tanya sikit dalam esei(tugasan harian) kena selitkan berapa nilai ya???

    ReplyDelete
  42. Hi Calvin,

    1 nilai cukup untuk 1 laporan tugasan harian. Juga 1 nilai cukup untuk 1 laporan kerja amal.

    ReplyDelete
  43. cikgu,ada tak contoh kerja amal yg dah siap?

    ReplyDelete
  44. bole cikgu tahu siapakah yang tanya cikgu? daripada sekolah mana? nama penuh dan nama penuh sekolah ye....terima kasih...

    ReplyDelete
  45. cikgu,saya dari SMK TMN Tun Aminah,JOHOR.

    saya tak pandai buat laporan harian dan ayat asyik tak cukup.
    saya kena macam mana cikgu?

    ReplyDelete
  46. hi 方俊翔,

    方俊翔 boleh lihat contoh2 yang cikgu postkan di blog ini. 方俊翔 juga bolehlah gunakan contoh-contoh tersebut untuk buat laporan tugasan harian, cuma tukarkan nama, tenpat dan masa sesuai dengan laporan 方俊翔....

    ReplyDelete
  47. sya tak pham la cikgu yang pasal kekeluargaan tu ? Kekeluargaan dan alam sekitar perlu buat ker ? atau pilih salah satu --'

    ReplyDelete
  48. cikgu,maaf mengganggu..sy tidak tau bgaimana sy nk buat kerja kursus pm sy...cadangan kerja amal tu ada 3 bidang..bidang y pertama,perkembangan diri..kdua,kekeluargaan dan k3 bidang alam sekitar...perlu kh sy bt ksemua bidang 2?atau pilih salah satu bidang tu?

    ReplyDelete
  49. HI PELAJAR SEMUA....

    TERIMA KASIH KERANA MENGHUBUNGI CIKGU, CIKGU MINTA MAAF KERANA AGAK LEWAT MENJAWAB BEBERAPA PERSOALAN ANDA DISEBABKAN MASALAH SERVER DI TEMPAT CIKGU.

    BAGI PELAJAR SELAIN DARIPADA SMK TAMAN KOSAS, CIKGU HARAP PELAJAR DAPAT SERTAKAN NAMA DAN SEKOLAH ANDA BAGI SETIAP PERSOALAN YANG DIBERIKAN.

    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  50. Hi teacher. sorry 4 disturbing you.My name is Sumitha 4rm smt kuala selangor.saya tak faham bagaimana nak buat laporan bagi 4 aktiviti itu dan gambar tentang alam sekitar

    ReplyDelete
  51. Hi Sumitha,
    Jangan risau sangat. Guru matapelajaran di sekolah akan terangkan bagaimana untuk melaksanakan kerja kursus ini . Bagaimana pun cikgu yakin Sumitha akan lebih faham jika Sumitha lihat contoh-contoh kerja amal yang ada cikgu post di blog ini.

    ReplyDelete
  52. thanks teacher!

    ReplyDelete
  53. hi teacher i am desmond from convent bukit nanas... teacher how many nilai should we put in single tugasan harian

    ReplyDelete
  54. Desmond...I thought convent is a girl school....? anyway....at least 1 nilai for each tugasan harian

    ReplyDelete
  55. CIKGU MACAM MAN ANAK ISIKAN SEMUA ISI DI BAWAH DALAM KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI ESEI..........???????
    C: Penglibatan dan Peranan - berdasarkan laporan aktiviti

    menyumbang tenaga
    menyumbang idea
    meluangkan masa
    bertanggungjawab
    rajin
    kerjasama
    kepimpinan
    toleransi
    prihatin
    mengawal keadaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua di atas tidak perlu dimasukkan ke dalam laporan. Ianya ialah kriteria penilaian guru terhadap kerja pelajar sahaja.

      Delete
  56. CIKGU MANA KITA DPT CONTOH FOLIO PENDIDIKAN MORAL DI INTERNET....???
    TOLONG BAGI SAYA LAMANNYA??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila terokai post2 cikgu yang berkaitan di blog ini

      Delete
  57. Salam pn noraini.

    Daripada 100% markah spm pendidikan moral. Berapa % kah markah untuk tugasan pendidikan moral keseluruhannya. Tq in adv cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. markah kerja kursus tidak memberi kesan langsung kepada markah peperiksaan bertulis. Pelajar yang tidak serahkan kerja kursus/ tidak buat kerja kursus. kesannya, akan mendapat "T" dalam keputusan SPM nanti, walau pun pelajar itu mencapat A+, ini sama seperti pelajar itu tidak hadir peperiksaan/gagal kertas SPM

      Delete
  58. hi teacher. Saya, Janice dari SMK Perimbun. Saya nak tanya bagaimana tulis rumusan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Janice
      tulis keseluruhannya apa kebaikan yang janice perolehi, terimaka sih kpd yang tolong dan sebaginya

      Delete
  59. um.cikgu .. disini saya nak tanya jikalau kerja amal ini dihantar selepas bulan jun bolehkah diterima? ..

    ReplyDelete
  60. um.cikgu .. disini saya nak tanya jikalau kerja amal ini dihantar selepas bulan jun bolehkah diterima? ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. markah sepatutnya di masukkan sekitar bulan julai. guru perlu masa untuk menyemak kerja pelajar. jika dihantar bulan jun akan membebankan guru menyemak di saat akhir

      Delete
  61. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  62. hi teacher im from perak. apa kata kunci yang perlu ada dalam perjalanan projek? cikgu saya cakap perlu 10 kata kunci dalam setiap perjalanan projek. apa itu kata kunci yg perlu ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hegan
      tidak perlu tulis apa-apa kata kunci pun untuk laporan tugasan harian mahu pun laporan kerja amal

      Delete
  63. Hi cikgu,Saya SueThin from SMK st.Bernadette's Convent.

    Saya ingin tanya cikgu, Bolehkah saya nyatakan aktiviti Jamuan Makan Malam untuk Kerja Amal 2(Kekeluargaan) ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sue
      TIDAK BOLEH. KERANA ITU BUKAN KERJA AMAL. JIKA TERLIBAT DALAM TUGAS-TUGAS PERSEDIAAN JAMUAN MAKAN MALAM, BARU OK.

      Delete
  64. hi cikgu . saya Jazeline dari skul smk sanzac .
    bolehkah sy tnya mcmna nak buat esei utk bidang 2 ???

    ReplyDelete
  65. Hi cikgu,saya Ellshazster.. Dari SMK Sematan,Sarawak.Saya nak minta cikgu bagi contoh Folio Catatan Bertulis Harian secepat mungkin,boleh??

    ReplyDelete
  66. hi cikgu, saya kyle... Dari SMK Bukit Jambul... Boleh saya minta, macam mana saya nak buat Komen dalam Folio Moral? :)

    ReplyDelete
  67. hi cikgu, im geeta.......saya tidak buat kerja kursus pm.......adakah ia akan memberi kesan kpd spm.
    tq

    ReplyDelete
  68. hi, saya alice,saya nak tanya bukti kena masuk 4 keping gambar semasa menjalankan kerja amal dan surat akuan/sijil?

    ReplyDelete

 

Rakan Blog Pendidikan Moral

My Blog List