INSAN BERMORAL ADALAH INSAN YANG BAHAGIA

Bila kita bermoral, masyarakat menyayangi dan menyukai kita, Tuhan juga sayang akan kita, yang paling penting, hati kita lapang, selesa dan bahagia

SEMOGA BERJAYA

PENDIDIKAN MORAL TIDAKLAH SUSAH.
YANG PENTING USAHA SEDIKIT, DISIPLIN,
DAN SEMANGAT UNTUK BERJAYA

xOnline Design

Wednesday 12 August 2009

LATIHAN MENJAWAB SOALAN ESEI

Wednesday 12 August 2009
42 comments
Ada dua cara menjawab soalan esei, iaitu menggunakan empat ayat atau pun lima ayat. Sebenarnya Dua-dua cara ini sama sahaja, cuma untuk empat ayat, kita guna 1kk dan untuk lima ayat, kita guna 2kk.

Formula:
4 ayat: Ka+N. Gn+kk+I/T. Contoh/how. Why.
5 ayat: Ka+N. Gn+kk1+I/T. Contoh/how. Gn+kk2+I/T. Why.

 Kunci formula:
I: Isu
T: Tindakan
N: Nilai
Ka: Karektor/Watak
Gn: Gantinama
kk: Kata kunci
how: Cara/bagaimana/contoh untuk melaksanakan kata kunci
why: Sebab/mengapa melaksanakan kata kunci

Latihan menjawab

1. Berikut merupakan etika kewartawanan yang perlu dipatuhi oleh sesiapa sahaja yang ingin menulis tentang sesuatu perkara melalui media masa.
  • Melaporkan perkara yang benar dan terbukti sahaja.
  • Tidak menulis tentang isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan kekecohan dan merosakkan keharmonian masyarakat.
  • Tidak melaporkan sesuatu secara berat sebelah.
  • Melaporkan sesuatu berita mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia.
  • Tidak keterlaluan atau melampaui batasan dalam melaporkan sesuatu berita.
  • Berfikir dahulu kesan sesuatu berita yang dilaporkan
Berdasarkan etika kewartawanan yang digariskan di atas, bincangkan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh seorang wartawan.

Jawapan Formula 4 ayat

Wartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu amalkan kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan ketika membuat laporan. Contohnya melaporkan sesuatu berita mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia. Ini supaya keharmonian rakyat dapat dipelihara. Seterusnya wartawan perlu amalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan ketika membuat laporan. Contohnya tidak menulis tentang isu-isu sensitif. Ini untuk mengelakkan kekecohan dan merosakkan keharmonian masyarakat. Akhir sekali wartawan perlu amalkan nilai keadilan. Mereka perlu membuat tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah ketika membuat laporan. Contohnya tidak melaporkan sesuatu secara berat sebelah. Ini supaya tiada sesiapa yang teraniaya.

Jawapan Formula 5 ayat.

Wartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu bebas berucap dengan batasan demi keselamatan ketika membuat laporan. Contohnya melaporkan sesuatu berita mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia.  Mereka juga perlu mengeluarkan fikiran dengan batasan demi keselamatan ketika membuat laporan. Ini supaya keharmonian rakyat dapat dipelihara. Seterusnya wartawan perlu amalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima peraturan dan undang-undang yang ditetapkan ketika membuat laporan. Ini untuk mengelakkan kekecohan dan merosakkan keharmonian masyarakat. Mereka juga perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan ketika membuat laporan. Contohnya tidak menulis tentang isu-isu sensitif. Akhir sekali wartawan perlu amalkan nilai keadilan. Mereka perlu membuat tindakan yang saksama ketika membuat laporan. Contohnya tidak melaporkan sesuatu secara berat sebelah. Mereka juga perlu membuat keputusan yang tidak berat sebelah ketika membuat laporan. Ini supaya tiada sesiapa yang teraniaya.

read more
 

Rakan Blog Pendidikan Moral

My Blog List