INSAN BERMORAL ADALAH INSAN YANG BAHAGIA

Bila kita bermoral, masyarakat menyayangi dan menyukai kita, Tuhan juga sayang akan kita, yang paling penting, hati kita lapang, selesa dan bahagia

SEMOGA BERJAYA

PENDIDIKAN MORAL TIDAKLAH SUSAH.
YANG PENTING USAHA SEDIKIT, DISIPLIN,
DAN SEMANGAT UNTUK BERJAYA

xOnline Design

Saturday 15 August 2009

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS PENDIDIKAN MORAL SPM

Saturday 15 August 2009
58 comments
Sebenarnya Kertas Pendidikan Moral paling senang untuk skor. Ini kerana persediaan yang diperlukan hanyalah:

Hafal semua nilai dan definisinya
Sangat senang, kerana pelajar telah belajar semua nilai semenjak dari tingkatan satu lagi.

Baca semua teks utama Buku Teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5
Hampir 80% soalan SPM adalah berdasarkan teks utama daripada buku teks tingkatan 4 dan 5.


Jawab soalan 'Fikir dan jawab'
Setiap teks utama diikuti dengan latihan'Fikir dan jawab'. Latihan ini sangat hampir dengan soalan-soalan SPM


Hafal Akta dan Dasar yang terdapat di buku teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5
Soalan mengenai akta dan dasar ini tidak dapat kita jangkakan. Bagaimanapun sebagai persediaan, adalah baik jika pelajar dapat mengenalpasti semua akta dan dasar yang terdapat di buku teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5. Saya mencadangkan guru-guru menjadikan Akta dan Dasar ini sebagai salah satu daripada tugasan kepada pelajar untuk di kumpulkan dalam bentuk buku skrap. Ini sangat baik sebagai bahan rujukan pelajar.

Hafal Jabatan kerajaan, Pertubuhan, dan konsep yang terdapat di buku teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5
Soalan di atas juga tidak dapat dijangka. Pelajar juga perlu tahu dan faham fungsi dan konsepnya. Contoh: konsep ZOPFAN (buku teks ting 4, m/s 228

Menguasai teknik menjawab
Menjawab kertas 1225/1 memerlukan teknik yang betul dan berkesan. Kadang kala pelajar merasakan jawapan mereka sudah sangat tepat....tetapi sebaliknya sebenarnya jawapan mereka tidak diterima.

Mengikuti perkembangan isu semasa
Isu-isu yang diketengahkan di kertas 1225/1 adalah berdasarkan isu-isu semasa. Oleh itu pelajar harus peka terhadap punca dan cara menghadapi dan mengatasi isu-isu terbabit.


Contohnya:

  1. Isu sosial remaja: seks bebas, pengambilan dadah, jenayah juvana, ponteng sekolah/kelas, lari dari rumah
  2. Pencemaran alam: lambakan sampah, pembuangan sisa toksik, eksploitasi alam
  3. Bencana alam: banjir kilat, tanah runtuh
  4. Masalah antarabangsa: peperangan, kemiskinan

read more

Friday 14 August 2009

PANDUAN MENJAWAB PENDIDIKAN MORAL SPM

Friday 14 August 2009
346 comments
Menjawab kertas 1225/1 memerlukan formula yang tepat. Jadi cikgu cadangkan pelajar semua pastikan telah menguasai formula tersebut sebelum menduduki peperiksaan.

Bahagian A: Soalan Struktur

1. Soalan nilai, definisi nilai dan penjelasan nilai

Untuk menjawab soalan ini mesti mahir:
  • kenalpasti nilai berdasarkan situasi soalan
  • hafal definisi nilai atau kata kunci
  • kaitkan definisi dengan situasi soalan
Contoh soalan

Nyatakan/berikan/senaraikan nilai (1 markah untuk 1 nilai)

1. Nyatakan  satu nilai yang diamalkan oleh Anita (1 markah)
2. Berikan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (1 markah)
3. Senaraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (2 markah)
4. Nyatakan tiga nilai patut diamalkan oleh Raj. (3 markah)

Nyatakan/berikan maksud/definisi nilai (2 markah)

1. Nyatakan maksud nilai yang di atas (2 markah)
2. Berikan definisi nilai seperti di 1(a). (2 markah)
3. Tuliskan erti definisi dua nilai di 2(a) (4 markah)
4. Berikan makna nilai yang di nyatakan di atas (2 markah)

Huraikan/jelaskan/terangkan (2/3 markah) 

1. Huraikan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (2 markah)
    Jawab dalam 2 ayat sahaja. (N. W+kk.)
2. Jelaskan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (3 markah)
    Jawab dalam 3 ayat. (N. W+kk. contoh.)
3. Terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (4 markah)
    Jawab 2 ayat untuk setiap nilai. (N1. W+kk(N1). N2. W+kk(N2).)

2. Soalan berdasarkan kandungan akademik tingkatan 4 dan 5

Untuk menjawab soalan jenis ini, pelajar perlu menguasai maklumat penting daripada buku teks seperti berikut:
  • Akta
  • Dasar
  • Nama-nama pertubuhan
  • Kesan sesuatu isu/fenomina/masalah
  • Sebab sesuatu isu/fenomena/masalah
  • Cara mengatasi sesuatu isu/fenomina/masalah 
Contoh soalan

Berikan/senaraikan/nyatakan nama/akta/watak/organisasi dll
1. Berikan satu agensi kerajaan yang melindungi hak pengguna. (1 markah)
2. Senaraikan tiga badan bukan kerajaan yang membela hak pengguna (3 markah)
3. Nyatakan satu organisasi dunia yang melindungi haiwan. (1 markah)
4. Senaraikan dua tokoh sukan negara yang kamu tahu. (2 markah)
5. Nyatakan satu akta yang melarang kita membocorkan maklumat sulit kerajaan. (1 markah)

Berikan/senaraikan/nyatakan/cadangkan cara/kesan/kepentingan/punca ......
1. Cadangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (1 markah)
2. Senaraikan dua kesan pencemaran alam. (2 markah)
3. Nyatakan tiga kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (3 markah)
4. Berikan dua punca pencenaran alam. (2 markah)

Bincangkan/jelaskan/huraikan/terangkan cara/kesan/kepentingan/punca/ .....
1. Bincangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (2 markah)
    Cadangan. Contoh.
2. Jelaskan dua kesan pencemaran alam. (4 markah)
    Kesan 1. Contoh. Kesan 2. Contoh.
3. Huraikan satu kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (2 markah)
    Kepentingan. Contoh.
4. Terangkan dua punca pencemaran alam. (4 markah)
    Punca 1. Contoh. Punca 2. Contoh.


JAUHI KESILAPAN DI BAWAH

Penulisan Nilai
  • kemampanan alam sekitar
  • hemat tinggi
  • telaransi
  • teloransi
  • kesederhaan
  • tanggungjawab
  • menghargai dan menyayangi alam sekitar
  • cintai akan negara
  • cinta kepada negara
  • mematuhi undang-undang dan peraturan
  • kasih sayang kepada keluarga
  • hormat dan taat kepada keluarga
  • menghormati hak golongan kurang upaya
  • sikap terbuka
  • berhemah tinggi
  • percaya kepada tuhan
  • melibatkan diri dalam pembangunan negara
  • mematuhi peraturan & undang2
  • b/jawab
  • peka terhdp isu2 a.sekitar
  • keharmonian ant m"sia dgn a. sekitar
Cuba pelajar sekalian betulkan kesemua kesilapan di atas

Latihan menjawab soalan struktur
Sebelum menjawab:
  1. Teliti situasi dengan teliti dan kenal pasti watak (W) dan isu/tindakan (I).
  2. Kenal pasti nilai (N) dan kata kunci (kk) nilai berdasarkan isu/tindakan.
  3. Baca soalan dan kenal pasti kata tugas.
  4. Perhatikan markah soalan (1 markah = 1 ayat, 2 markah = 2 ayat ...dst)
Formula Menjawab soalan nilai:
2 markah = N. W + kk.
3 markah = N. W + kk. Contoh.

Contoh 1: 2 markah = KA + N. Gn + kk + T.
Nicole menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang.
Jelaskan satu nilai yang diamalkan oleh Nicole (2 markah)

W: Nicole
Gn: dia
T: menyelamatkan anak kucing
Nilai: kasih sayang
kk: perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas
Ayat 1: Nilai kasih sayang.
Ayat 2: Nicole ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan,yang lahir dari hati yang ikhlas.

Penulisan jawapan:
Nilai kasih sayang. Nicole ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari yang ikhlas.

Contoh 2: 3 markah
Rakyat Malaysia sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menaikkan nama negara di persada dunia melalui pelbagai aktiviti.
Huraikan satu nilai yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia melalui usaha ini. (3 markah)
KA: Rakyat Malaysia
Gn: kami  (Jika KA merujuk pelajar dimana T positif, gunakan kita/kami)
T: berusaha menaikkan nama negara
N: Cinta akan negara
kk: perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

Ayat 1: Nilai cinta akan negara.
Ayat 2: Rakyat Malaysia sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
Ayat 3: Contohnya kami menyertai dan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa.

Penulisan jawapan:
Nilai cinta akan negara. Rakyat Malaysia ada perasaan sayang dan bangga kepada negara dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Contohnya kami menyertai dan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa.

Bahagian B: Soalan Esei
Bahagian B mengandungi 3 soalan. Pelajar hanya perlu menjawab 2 soalan sahaja untuk mendapatkan 20 markah. Tetapi jika masih ada masa ..... pelajar digalakkan untuk menjawab baki soalan. Ini kerana pemeriksa akan mengambil 2 markah terbaik daripada 3 soalan tersebut.

Bagi setiap soalan, pelajar perlu memberikan 3 nilai yang difikirkan paling tepat. Mengapa perlu 3 nilai? Sebenarnya nilai yang ke tiga adalah sebagai 'back up' jika nilai 1 /nilai 2 salah.....nilai 3 akan bertindak sebagai penyelamat.

Pelajar juga diingatkan jangan beri lebih daripada 3 nilai. Ini kerana pemeriksa akan mengabaikan jawapan yang berlebihan bagi sesuatu soalan.

Cara menjawab
N1. Gn + def(N1). Contoh. Contoh. Seterusnya N2. W + def(N2). Contoh. Contoh. Akhir sekali N3. W+ def(N3). Contoh. Contoh.
Ingat ye......jawab dalam 1 perenggan sahaja untuk ketiga-tiga nilai.
Formula
Ayat 1 (1 markah): N.
Ayat 2 (2 markah): W+ def.
Ayat 3 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)
Ayat 4 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi )

Contoh
Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental. Kanak-kanak juga dilindungi daripada menjadi buruh. Mereka berhak mengikuti pendidikan formal di sekolah dan mereka juga berhak mendapat perhatian istimewa daripada ibu, bapa, anggota keluarga dan juga penjaga mereka.
Bincangkan nilai-nilai yang perlu menjadi pegangan setiap orang demi menjamin kehidupan sempurna kanak-kanak.

Ayat 1 (1 markah): N.
Nilai melindungi hak kanak-kanak.

Ayat 2 (2 markah): W+ definisi.
Setiap orang perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna.

Ayat 3 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)
Contohnya memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah.

Ayat 4 (1 markah): Contoh(bagaimana mengamalkan nilai/definisi )
Contoh seterusnya melindungi kanak-kanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental

Cara menulis jawapan:
Nilai melindungi hak kanak-kanak. Setiap orang perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna. Contohnya memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah. Contoh seterusnya melindungi kanak-kanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental 

read more

Thursday 13 August 2009

LATIHAN MENJAWAB SOALAN STRUKTUR

Thursday 13 August 2009
78 comments
Soalan struktur meliputi beberapa jenis dan aras penyoalan. Soalan-soalan yang akan ditanya meliputi menyatakan nilai, menyatakan definisi nilai, mencari nilai yang sesuai dengan situasi, menjelas dan menghuraikan nilai.

Soalan struktur juga akan bertanya mengenai kemahiran berfikir. Ini termasuklah penyoalan mengenai cara membendung/mengatasi/menangani/membasmi/ isu, mencari punca isu dan kesan sesuatu isu terhadap diri sendiri, masyarakat, negara, dunia dan alam sekitar. Cikgu cadangkan pelajar semua jangan biarkan soalan jenis ini ditinggalkan tidak berjawab, kerana soalan jenis ini adalah penyelamat kepada pelajar yang tidak menguasai nilai. Lagi pun, soalan jenis ini adalah berkisar dalam lingkungan kehidupan seharian pelajar sendiri.

PERTIMBANGAN PENTING SEBELUM MENJAWAB
  1. Baca situasi yang diberi dan kenal pasti isu dan atau tindakan
  2. Baca soalan dan kenal pasti kata tugas dan karektor jika soalan berkaitan dengan nilai
  3. Lihat markah untuk soalan kerana markah membantu menentukan bilangan ayat jawapan

CONTOH SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN

1. Baca sedutan lirik lagu patriotik di bawah dan jawab soalan yang berikutnya:

Puncak dunia telah kau tawan,
Lautan luas telah kau redah,
Membawa semangat jiwa merdeka,
Semarak jaya kami warganya

a) Namakan lagu patriotik ini. (1 markah)
Jalur Gemilang

b) Tuliskan nama dua buah lagu patriotik yang terkenal di Malaysia. (2 markah)
i. Negaraku
ii. Tanggal 31   

c) Berikan dua kepentingan penerapan lagu-lagu berunsur patriotik kepada rakyat. (2 markah)
i. Menanam semangat cinta akan negara
ii. Memupuk perpaduan dikalangan rakyat

d) Rakyat Malaysia sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menaikkan nama negara di persada dunia melalui pelbagai aktiviti. Huraikan satu nilai yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia melalui usaha ini. (3 markah)
Nilai cinta akan negara. Rakyat Malaysia sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Contohnya kami memenangi pingat dalam aktiviti sukan antarabangsa.

e) Rakyat Malaysia juga menyokong segala usaha kerajaan untuk memajukan negara dengan mengamalkan nilai ' penglibatan diri dalam pembangunan negara'. Berikan maksud nilai 'Penglibatan diri dalam pembangunan negara'. (2 markah)
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan memetuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia


2. Berikut merupakan dua slogan yang berkaitan dengan kempen keselamatan jalan raya.

PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG

a) Jelaskan dua nilai yang pengguna jalan raya perlu terapkan melalui dua slogan di atas. (4 markah)
i. Nilai kasih sayang terhadap keluarga. Pengguna jalanraya perlu ada perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga ketika memandu.
ii. Nilai rasional. Pengguna jalanraya perlu boleh berfikir tentang kesan buruk kemalangan dan bertindak wajar ketika memandu.

b) Selain menganjurkan kempen keselamatan jalan raya, senaraikan dua usaha lain yang dijalankan oleh kerajaan untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan semasa di jalan raya. (2 markah)
i. Menempatkan polis trafik di jalan raya yang sibuk
ii. Mengeluarkan saman kepada pemandu yang melebihi had laju
 
c) Senaraikan dua contoh tindakan yang melanggar peraturan jalan raya. (2 markah)
i. tidak mematuhi lampu isyarat
ii. mabuk ketika memandu

d) Berikan dua tindakan yang akan dikenakan kepada mereka yang melanggar perauran jalan raya. (2 markah)
i. gantung lesen memandu
ii. saman

read more

Wednesday 12 August 2009

LATIHAN MENJAWAB SOALAN ESEI

Wednesday 12 August 2009
42 comments
Ada dua cara menjawab soalan esei, iaitu menggunakan empat ayat atau pun lima ayat. Sebenarnya Dua-dua cara ini sama sahaja, cuma untuk empat ayat, kita guna 1kk dan untuk lima ayat, kita guna 2kk.

Formula:
4 ayat: Ka+N. Gn+kk+I/T. Contoh/how. Why.
5 ayat: Ka+N. Gn+kk1+I/T. Contoh/how. Gn+kk2+I/T. Why.

 Kunci formula:
I: Isu
T: Tindakan
N: Nilai
Ka: Karektor/Watak
Gn: Gantinama
kk: Kata kunci
how: Cara/bagaimana/contoh untuk melaksanakan kata kunci
why: Sebab/mengapa melaksanakan kata kunci

Latihan menjawab

1. Berikut merupakan etika kewartawanan yang perlu dipatuhi oleh sesiapa sahaja yang ingin menulis tentang sesuatu perkara melalui media masa.
  • Melaporkan perkara yang benar dan terbukti sahaja.
  • Tidak menulis tentang isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan kekecohan dan merosakkan keharmonian masyarakat.
  • Tidak melaporkan sesuatu secara berat sebelah.
  • Melaporkan sesuatu berita mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia.
  • Tidak keterlaluan atau melampaui batasan dalam melaporkan sesuatu berita.
  • Berfikir dahulu kesan sesuatu berita yang dilaporkan
Berdasarkan etika kewartawanan yang digariskan di atas, bincangkan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh seorang wartawan.

Jawapan Formula 4 ayat

Wartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu amalkan kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan ketika membuat laporan. Contohnya melaporkan sesuatu berita mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia. Ini supaya keharmonian rakyat dapat dipelihara. Seterusnya wartawan perlu amalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan ketika membuat laporan. Contohnya tidak menulis tentang isu-isu sensitif. Ini untuk mengelakkan kekecohan dan merosakkan keharmonian masyarakat. Akhir sekali wartawan perlu amalkan nilai keadilan. Mereka perlu membuat tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah ketika membuat laporan. Contohnya tidak melaporkan sesuatu secara berat sebelah. Ini supaya tiada sesiapa yang teraniaya.

Jawapan Formula 5 ayat.

Wartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu bebas berucap dengan batasan demi keselamatan ketika membuat laporan. Contohnya melaporkan sesuatu berita mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia.  Mereka juga perlu mengeluarkan fikiran dengan batasan demi keselamatan ketika membuat laporan. Ini supaya keharmonian rakyat dapat dipelihara. Seterusnya wartawan perlu amalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima peraturan dan undang-undang yang ditetapkan ketika membuat laporan. Ini untuk mengelakkan kekecohan dan merosakkan keharmonian masyarakat. Mereka juga perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan ketika membuat laporan. Contohnya tidak menulis tentang isu-isu sensitif. Akhir sekali wartawan perlu amalkan nilai keadilan. Mereka perlu membuat tindakan yang saksama ketika membuat laporan. Contohnya tidak melaporkan sesuatu secara berat sebelah. Mereka juga perlu membuat keputusan yang tidak berat sebelah ketika membuat laporan. Ini supaya tiada sesiapa yang teraniaya.

read more

Friday 7 August 2009

MENGESAN KESILAPAN DALAM PEPERIKSAAN

Friday 7 August 2009
19 comments
MENGESAN KESILAPAN DALAM PEPERIKSAAN

Bandingkan cara cikgu menulis jawapan.



a)
i - Masyarakat patut mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak. Mereka patut Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna dengan mengelakkan penganiayaan. Ini kerana kanak-kanak berhak untuk membesar dengan selamat.

ii- Masyarakat patut mengamalkan nilai kasih sayang. Mereka patut ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati serta mengelakkan berlakunya penganiayaan kanak-kanak. Contohnya mereka memberi kasih sayang kepada kanak-kanak



b)
i - Kanak-kanak merupakan pemimpin masa hadapan
ii - Kanak-kanak adalah insan yang lemah dan tidak tahu melindungi diri sendiri

c)
Saya akan menghantar kanak-kanak itu ke rumah kebajikan. Ini kerana di sana kanak-kanak itu akan mendapat perlindungan dan pembelaan yang maksima.


a)
Masyarakat patut mengamalkan nilai melindungi hak pengguna. Mereka patut membela dan memelihara hak untuk menjadi pengguna berilmu dan mendapat perkhidmatan dan barangan berkualiti serta tidak dieksploitasi dengan cara prihatin terhadap hak mereka. Contohnya makanan dalam tin yang dibeli tidak luput tarikh.

b)
i - Persatuan pengguna Melaka
ii - Tribunal tuntutan pengguna
iii - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna

c)
i - harga barangan dinaikkan dengan sewenangnya
ii - peniaga menjual barangan yang tidak bermutu sesuka hati

d) Saya akan mengadakan bengkel kepenggunaan di sekolah. Ini supaya rakan-rakan saya sedar dan tahu akan hak mereka sebagai pengguna.





a)

i - kebebasan beragama
ii - hidup bersama secara aman
iii - mengekalkan tradisi kekeluargaan

b)
i - Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia
ii - Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya

c)
Saya akan memakai cheong sam merah pada hari tahun baru cina. Ini supaya tradisi keluarga saya akan diteruskan hingga generasi seterusnya.

d)
i - kaum cina
ii - kaum Melayu
iii - kaum India





 


Anggota masyarakat perlu mengamalkan nilai Amanah. Mereka perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain untuk membenteras gejala negatif. Contohnya pengarah syarikat tidak menerima rasuah. Ini supaya syarikatnya terus diperayai oleh pelanggan lain. Seterusnya masyarakat perlu mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan untuk membenteras gejala negatif. Contohnya petugas mahkamah tidak melesapkan bukti mahkamah. Ini supaya keadilan dapat dipelihara dan negara kita dihormati negara luar. Akhir sekali masyarakat perlu mengamalkan nilai bertanggungjawab. Mereka perlu sanggup untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan untuk membenteras gejala negatif. Contohnya pegawai BPR siasat pemalsuan mykad. Ini supaya hak rakyat Malaysia tidak dirampas oleh pendatang haram.

read more
 

Rakan Blog Pendidikan Moral

My Blog List