INSAN BERMORAL ADALAH INSAN YANG BAHAGIA

Bila kita bermoral, masyarakat menyayangi dan menyukai kita, Tuhan juga sayang akan kita, yang paling penting, hati kita lapang, selesa dan bahagia

SEMOGA BERJAYA

PENDIDIKAN MORAL TIDAKLAH SUSAH.
YANG PENTING USAHA SEDIKIT, DISIPLIN,
DAN SEMANGAT UNTUK BERJAYA

xOnline Design

Saturday 28 February 2009

PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS

Saturday 28 February 2009
173 comments
PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS


PENGENALAN

Peperiksaan mata pelajaran Pendidikan Moral (Kertas 1225) bagi peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui dua kertas ujian iaitu:

- Kertas 1225/1 (Ujian Bertulis)
- Kertas 1225/2 (Kerja Kursus).

Pentaksiran kerja kursus ini lebih bersifat formatif iaitu pentaksiran yang berterusan dengan tujuan untuk membimbing, memaju dan mengembangkan nilai moral dalam diri calon mengikut kemampuan mereka. Pentaksiran terhadap penghayatan dan amalan nilai memerlukan masa yang panjang dan dibuat secara berterusan melalui pemerhatian tingkah laku calon, pelaporan guru dan pendokumentasian hasil kerja. Proses pentaksiran ini dilakukan melalui dua elemen iaitu:

Elemen Sahsiah

Penghayatan dan amalan nilai moral semasa berkomunikasi,membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu perkara.

Elemen Iltizam

Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan kebertanggungjawaban calon dalam melaksanakan aktiviti Tugasan Harian dan Kerja Amal.


MAKLUMAT AM

Tugasan kerja kursus ini hendaklah dimulakan dari Februari di Tingkatan 4 hingga Julai di Tingkatan 5. Guru Penilai adalah guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Penilaian kerja kursus merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian kerja kursus ini dilakukan secara berterusan mengikut format yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Elemen, aspek dan kriteria dalam Panduan Penilaian Kerja Kursus ini hendaklah dimaklumkan kepada calon. Tugasan kerja kursus Pendidikan Moral 1225/2 hendaklah disiapkan sebelum atau pada 15 Julai di Tingkatan 5.


ARAHAN KEPADA CALON

Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral wajib melaksanakan kerja kursus. Calon SPM dikehendaki melaksanakan Kerja Kursus Pendidikan Moral dari Februari di Tingkatan 4 hingga Julai di Tingkatan 5. Calon dikehendaki melaksanakan kerja kursus yang ditetapkan dan disahkan oleh pihak pentadbir sekolah. Kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan oleh guru penilai sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan. Penilaian dan pemberian gred dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen. Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada akhir bulan Julai di Tingkatan 5.

Tugasan Harian

Calon dikehendaki membuat tugasan seperti menulis karangan, menulis laporan hasil kerja amal, mendapatkan maklumat dari pusat sumber, membuat rencana tentang kegiatan sosial masyarakat dan lain-lain berhubung dengan pembelajaran Pendidikan Moral.

Pertimbangan Yang Perlu Diambil Kira

Merancang 8 hingga 10 tugasan yang berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Moral. Tugasan hendaklah berasaskan nilai yang hendak dikesan dan dikaitkan dengan isu-isu semasa. Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan moral. Penulisan untuk tugasan harian ini boleh dijalankan pada bila-bila masa. Setiap tugasan mestilah lebih kurang 250 patah perkataan dan ditulis pada kertas A4. Calon hendaklah mendokumentasikan sekurang-kurangnya 8 hasil tugasan harian yang terbaik dan dijadikan folio.


Kerja Amal

Calon dikehendaki melibatkan diri dalam empat aktiviti Kerja Amal yang berkaitan dengan tiga bidang pembelajaran Pendidikan Moral iaitu Bidang Perkembangan Diri sebanyak 1 aktiviti, Bidang Kekeluargaan sebanyak 1 aktiviti dan Bidang Alam Sekitar sebanyak 2 aktiviti


Calon dikehendaki melampirkan bahan seperti sijil penghargaan, surat perakuan yang sah, gambar atau apa-apa bahan yang boleh dijadikan bukti penglibatan Kerja Amal yang telah dilakukan.

Antara kerja amal yang boleh dijalankan ialah:

Bergotong-royong membersihkan kawasan.
Mengindahkan atau mencantikkan kawasan.
Membimbing calon lain terutama yang lemah dalam pelajaran atau permainan.
Menyediakan kemudahan sekolah seperti papan tanda dan peti surat.
Membaikpulih perabot sekolah.
Membersihkan taman rekreasi.
Mengumpul bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan.
Membuat kerja amal di rumah orang tua atau anak yatim.
Membantu ibu bapa.
Melakukan kerja-kerja amal lain yang memberi kebaikan kepada masyarakat
.

read more
 

Rakan Blog Pendidikan Moral

My Blog List