INSAN BERMORAL ADALAH INSAN YANG BAHAGIA

Bila kita bermoral, masyarakat menyayangi dan menyukai kita, Tuhan juga sayang akan kita, yang paling penting, hati kita lapang, selesa dan bahagia

SEMOGA BERJAYA

PENDIDIKAN MORAL TIDAKLAH SUSAH.
YANG PENTING USAHA SEDIKIT, DISIPLIN,
DAN SEMANGAT UNTUK BERJAYA

xOnline Design

Saturday 15 August 2009

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS PENDIDIKAN MORAL SPM

Saturday 15 August 2009
58 comments
Sebenarnya Kertas Pendidikan Moral paling senang untuk skor. Ini kerana persediaan yang diperlukan hanyalah:

Hafal semua nilai dan definisinya
Sangat senang, kerana pelajar telah belajar semua nilai semenjak dari tingkatan satu lagi.

Baca semua teks utama Buku Teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5
Hampir 80% soalan SPM adalah berdasarkan teks utama daripada buku teks tingkatan 4 dan 5.


Jawab soalan 'Fikir dan jawab'
Setiap teks utama diikuti dengan latihan'Fikir dan jawab'. Latihan ini sangat hampir dengan soalan-soalan SPM


Hafal Akta dan Dasar yang terdapat di buku teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5
Soalan mengenai akta dan dasar ini tidak dapat kita jangkakan. Bagaimanapun sebagai persediaan, adalah baik jika pelajar dapat mengenalpasti semua akta dan dasar yang terdapat di buku teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5. Saya mencadangkan guru-guru menjadikan Akta dan Dasar ini sebagai salah satu daripada tugasan kepada pelajar untuk di kumpulkan dalam bentuk buku skrap. Ini sangat baik sebagai bahan rujukan pelajar.

Hafal Jabatan kerajaan, Pertubuhan, dan konsep yang terdapat di buku teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5
Soalan di atas juga tidak dapat dijangka. Pelajar juga perlu tahu dan faham fungsi dan konsepnya. Contoh: konsep ZOPFAN (buku teks ting 4, m/s 228

Menguasai teknik menjawab
Menjawab kertas 1225/1 memerlukan teknik yang betul dan berkesan. Kadang kala pelajar merasakan jawapan mereka sudah sangat tepat....tetapi sebaliknya sebenarnya jawapan mereka tidak diterima.

Mengikuti perkembangan isu semasa
Isu-isu yang diketengahkan di kertas 1225/1 adalah berdasarkan isu-isu semasa. Oleh itu pelajar harus peka terhadap punca dan cara menghadapi dan mengatasi isu-isu terbabit.


Contohnya:

  1. Isu sosial remaja: seks bebas, pengambilan dadah, jenayah juvana, ponteng sekolah/kelas, lari dari rumah
  2. Pencemaran alam: lambakan sampah, pembuangan sisa toksik, eksploitasi alam
  3. Bencana alam: banjir kilat, tanah runtuh
  4. Masalah antarabangsa: peperangan, kemiskinan

read more
 

Rakan Blog Pendidikan Moral

My Blog List