INSAN BERMORAL ADALAH INSAN YANG BAHAGIA

Bila kita bermoral, masyarakat menyayangi dan menyukai kita, Tuhan juga sayang akan kita, yang paling penting, hati kita lapang, selesa dan bahagia

SEMOGA BERJAYA

PENDIDIKAN MORAL TIDAKLAH SUSAH.
YANG PENTING USAHA SEDIKIT, DISIPLIN,
DAN SEMANGAT UNTUK BERJAYA

xOnline Design

Saturday 15 August 2009

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS PENDIDIKAN MORAL SPM

Saturday 15 August 2009
Sebenarnya Kertas Pendidikan Moral paling senang untuk skor. Ini kerana persediaan yang diperlukan hanyalah:

Hafal semua nilai dan definisinya
Sangat senang, kerana pelajar telah belajar semua nilai semenjak dari tingkatan satu lagi.

Baca semua teks utama Buku Teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5
Hampir 80% soalan SPM adalah berdasarkan teks utama daripada buku teks tingkatan 4 dan 5.


Jawab soalan 'Fikir dan jawab'
Setiap teks utama diikuti dengan latihan'Fikir dan jawab'. Latihan ini sangat hampir dengan soalan-soalan SPM


Hafal Akta dan Dasar yang terdapat di buku teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5
Soalan mengenai akta dan dasar ini tidak dapat kita jangkakan. Bagaimanapun sebagai persediaan, adalah baik jika pelajar dapat mengenalpasti semua akta dan dasar yang terdapat di buku teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5. Saya mencadangkan guru-guru menjadikan Akta dan Dasar ini sebagai salah satu daripada tugasan kepada pelajar untuk di kumpulkan dalam bentuk buku skrap. Ini sangat baik sebagai bahan rujukan pelajar.

Hafal Jabatan kerajaan, Pertubuhan, dan konsep yang terdapat di buku teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5
Soalan di atas juga tidak dapat dijangka. Pelajar juga perlu tahu dan faham fungsi dan konsepnya. Contoh: konsep ZOPFAN (buku teks ting 4, m/s 228

Menguasai teknik menjawab
Menjawab kertas 1225/1 memerlukan teknik yang betul dan berkesan. Kadang kala pelajar merasakan jawapan mereka sudah sangat tepat....tetapi sebaliknya sebenarnya jawapan mereka tidak diterima.

Mengikuti perkembangan isu semasa
Isu-isu yang diketengahkan di kertas 1225/1 adalah berdasarkan isu-isu semasa. Oleh itu pelajar harus peka terhadap punca dan cara menghadapi dan mengatasi isu-isu terbabit.


Contohnya:

  1. Isu sosial remaja: seks bebas, pengambilan dadah, jenayah juvana, ponteng sekolah/kelas, lari dari rumah
  2. Pencemaran alam: lambakan sampah, pembuangan sisa toksik, eksploitasi alam
  3. Bencana alam: banjir kilat, tanah runtuh
  4. Masalah antarabangsa: peperangan, kemiskinan

58 comments:

  1. i am joshua samuel from smk bukit indah.teacher,when doing the essay,must the two nilai be from the same bidang or can campur?

    ReplyDelete
  2. Hi Joshua...

    Samada soalan struktur mahupun soalan essay, pelajar boleh gunakan nilai-nilai dari berlainan bidang untuk mana-mana 1 soalan nilai.

    ReplyDelete
  3. then...do you have all the Akta and Dasar?
    can you post it ?
    please......

    ReplyDelete
  4. Hi Foong Yee...

    You know what?....All the akta and the dasar are in the form 4 and 5 text books. That is 1 of the reason students must really study the two books. Never take short cuts...

    Nevetheless...probably students didn't get the info the way they should....and that is the most unfortunate thing that should happen to you all..and it should'nt.

    Anyway....do read all posts in my blog...and if you really read all my posts..you will find all the akta and dasar here.

    ReplyDelete
  5. Yap2077

    Cikgu,dalam soalan esei, saya tulis 1 nilai dalam 1 perenggan boleh diterima ?
    saya selalu tiada idea dalam menulis contoh dalam esei.Harap cikgu boleh bantu

    ReplyDelete
  6. Cikgu nak tanya, markah untuk kerja kursusakan dimasukkan campur bersama kertas moral dalam markah SPM ? 10 peratus??
    cikgu, sekolah cikgu saya ajar 1 nilai 1 perenggan dalam esei. jadi saya nak ikut format cikgu atau cikgu sekolah dalam SPM?
    cikgu saya boleh tambah garisan untuk jawapan saya? saya selalu tidak cukup ruang dalam menulis jawapan.
    Harap cikgu boleh reply ASAP

    ReplyDelete
  7. Yap,

    Tidak salah tulis 1 nilai dlm 1 perenggan, tapi digalakkan tulis semua 3 nilai dlm 1 perenggan kerada ada faedah yang tidak dpt cikgu ceritakan di sini.

    Jika tiada idea contoh, boleh diganti dengan tindakan karektor yg terdapat di dalan soalan

    Jika ruang menjawab tidak cukup, pelajar memang digalakkan buat garisan baru.

    Memasukkan markah kerja kursus ke dalam markah ujian bertulis, memang telah dicadangkan. Cuma cikgu tidak pasti bila ia akan dilaksanakan.

    ReplyDelete
  8. cikgu,

    lihat contoh esei jawapan saya .

    Rakyat haruslah mengamalkan nilai saling membantu dan bekerjasama. Rakyat harus mempunyai usaha yang baik yang dilakukan bersama untuk mencapai sesuatu matlamat.Contohnya,rakyat harus berganding bahu dalam melakukan sesuatu perkara misalnya gotong-royong.Selain itu, rakyat harus mempuyai usaha yang membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu,komuniti dan negara untunk membangunkan negara.Contohnya, rakyat harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai visi dan misi wawasan 2020

    saya menulis dengan formula:nilai-kata kunci1+situasi-contoh-kata kunci2+situasi-contoh

    adakah cara menulis esei ini betul?
    cikgu sekolah kata 1 ayat 1 markah.
    semua ini lain dengan cikgu iaitu Ka+N. Gn+def+contoh(how)
    jadi cikgu saya patut ikut cara cikgu?

    ReplyDelete
  9. Yap,

    Yang cikgu Yap ajar itu memang betul. Sebenarnya ada 2 cara menjawab soalan esei. 5 ayat atau pun 4 ayat. Cara 4 ayat itu telah gabungkan ayat 2 & 4 menjadi 1. Kerana itu ayat 2 dapat 2 markah.

    CARA 5 AYAT
    Ayat 1 - Ka+N
    Ayat 2 - Gn+kk1+isu
    Ayat 3 - contoh/how
    Ayat 4 - Gn+kk2+isu
    Ayat 5 - Why

    CARA 4 AYAT
    Ayat 1 - Ka+N
    Ayat 2 - Gn+def(kk1+kk2)+isu
    Ayat 3 - contoh/how
    Ayat 4 - Why

    Dalam jawapan Yap di atas, cikgu nak cadangkan supaya contoh ke dua itu ditukar kepada 'why'

    Rakyat haruslah mengamalkan nilai saling membantu dan bekerjasama. Rakyat harus mempunyai usaha yang baik yang dilakukan bersama untuk mencapai sesuatu matlamat contohnya rakyat berganding bahu bergotong-royong. Selain itu, rakyat harus mempuyai usaha yang membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu,komuniti dan negara untuk membangunkan negara.Ini supaya rakyat dapat mencapai visi dan misi wawasan 2020

    ReplyDelete
  10. Terima kasih cikgu.
    cikgu dalam jawapan saya boleh tulis JAS sahaja atau saya kena tulis Jabatan Alam Sekitar?

    Ini sama dengan Akta,adakah saya perlu menghafal tahun untuk akta?cth Akta Hasutan 1948

    cigku saya boleh guna slash (/) untuk jawapan tambahan atau tambah dengan menggunakan roman iaitu(i),(ii)

    ReplyDelete
  11. cikgu apa maksud tindakan karektor yang cikgu nyatakan di atas?

    Cikgu adakah saya boleh menggunakan sama situasi?
    Cth:Rakyat harus mempunyai usaha yang baik yang dilakukan bersama untuk mencapai sesuatu matlamat.
    situasi:Mencapai sesuatu matlamat boleh digunakan dalam ayat ke4?

    ReplyDelete
  12. Cikgu,adakah contoh mesti berkaitan dengan teks di atas?

    ReplyDelete
  13. Yap,

    1. Tulis 'Jabatan Alam Sekitar'

    2. Cikgu cadangkan hafal akta sahaja

    3. Maksud tindakan karektor:

    Mei menyesal kerana telah menengking dan menghalau ibunya yang sakit keluar dari rumah. Huraikan nilai-nilai yang Mei patut amalkan.

    Tindakan - menengking ibunya, menghalau ibunya

    4. Contoh memang perlu berkaitan dengan soalan/isu yang diberi.

    ReplyDelete
  14. maaf.cikgu soalan saya mengenai situasi dan soalan tambahan cikgu belum jawap?

    ReplyDelete
  15. cikgu kandungan dalam buku teks moral form 5 ada perbezaan dengan form 4?saya baca form 5 sahaja boleh?kerana saya hanya mempunyai teks form 5

    ReplyDelete
  16. Yap,

    1. Cikgu cadangkan Yap tumpukan kpd akta & dasar, fungsi badan kerajaan, pertubuhan & persatuan serta konsep ZOPFAN. Yap boleh semak post cikgu.

    2. Jawapan tambahan gunakan nombor roman i ii atau a) b)

    3. Ya situasi boleh digunakan 2 kali sebagai isu

    ReplyDelete
  17. ok.saya akan ikut kata cikgu.
    Terima kasih cikgu~ cikgu telah banyak bantu saya.
    Ada soalan saya akan kemukakan kepada cikgu.
    thx.

    ReplyDelete
  18. HI Pn Noraini..am really impressed.u nkow who's this? Prakash..your fellow TESLIAN in UM.Godd job!!! Carry on!!!
    0163818916
    keep in touch.thanks

    ReplyDelete
  19. Hi Prakash...

    It's good to hear from you. Keep on keep in touch...and my regards to our friends out there.

    ReplyDelete
  20. Hi semua pelajar...

    Sertakan nama pelajar dan sekolah setiap kali sebelum post komen supaya cikgu senang untuk greet ketika respond nanti

    ReplyDelete
  21. Cha- SMJK CHUNG HWA KLANGMay 23, 2010 10:17 pm

    Cikgu, bolehkah cikgu tolong tunjukkan cara menulis 4 ayat itu? Bolehkah cikgu tunjukkan dalam "Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari semasa ke semasa. Huraikan nilai yang patut diamalkan oleh pihak yang melakukan gejala tersebut."?

    ReplyDelete
  22. Hi Cha...

    Pihak yang melakukan gejala tersebut patut mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak. Mereka patut membela, memberi naungan dan memelihara hak bayi-bayi bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna. Contohnya mereka memelihara bayi mereka sendiri. Ini supaya kes pembuangan bayi dapat dihindarkan.

    ReplyDelete
  23. HI RESPECTED STUDENTS

    IT WOULD BE GOOD IF YOU COULD READ MY POSTS, THE COMMENTS FROM YOUR FRIENDS, AND MY COMMENTS BEFORE YOU ASK ANY QUESTION.

    THANK YOU

    ReplyDelete
  24. Semua blogger yang dihormati, saya hanya akan respon kepada comment-comment yang disertakan nama penuh blogger dan nama penuh sekolah sahaja. HARAP MAKLUM.

    ReplyDelete
  25. Hi cikgu noraini, saya Joe dari smjk chungling. Saya sentiasa mempunyai masalah menentukan nilai yang betul untuk soalan struktur dan esei, apakah yang cikgu cadangkan untuk menandangi masalah ini? Terima kasih dan Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete
  26. Hi Joe..
    Cikgu akan jawab selepas hari raya kerana perlukan contoh-contoh

    ReplyDelete
  27. Sebenarnya pada setiap soalan ada tersembungi clue dalam menentukan nilai yang betul. Perlu banyak latihan menentukan nilai.

    Contoh 1:

    Penduduk kampung yang KASIHAN dengan nasib malang Jean, seorang ANAK yatim yang KURANG UPAYA, telah mengumpul derma dan menyediakan keperluan harian Jean.

    Cadangan nilai: KASIH SAYANG, MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK, MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA

    Contoh 2:

    Arun tidak melupakan jasa KELUARGA yang telah membantunya menjadi seorang doktor yang berjaya. Beliau membelikan rumah untuk ibu bapanya, selalu meluangkan masa bersama ibunya,dan terus mematuhi semua nasihat mereka.

    Cadangan nilai: KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA/KASIH SAYANG,TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA/BERTANGGUNGJAWAB, HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA,

    ReplyDelete
  28. oh, i get the idea.
    Terima kasih cikgu.

    Joe

    ReplyDelete
  29. Hey cikgu.
    Im Shereen for Convent St francis.

    I would like to ask how to make a good essay. cause I never get higher marks on essay and I kinda weak on doing essay. any tips?

    ReplyDelete
  30. Hi Shereen,

    I would suggest u visit my post on 'latihan menjawab soalan esei' and 'contoh skrip jawapan calon'

    Good luck...

    ReplyDelete
  31. hi cikgu~say Lee di smk st kelvin,KL...boleh saya tahu format pendidikan moral SPM?

    ReplyDelete
  32. Hi Lee,

    format soalan peperiksaan pendidikan moral tidak berubah. sila baca post cikgu yang berkenaan ye....

    ReplyDelete
  33. Greetings teacher,
    I am Darethy from SMK Green Road, Kuching,Sarawak.

    Dear teacher,
    I have tried memorizing all the 36 nilai...and failed..I always get the nilai mixed up. As in I mix up the definition with the wrong nilai. Its always been a problem to me. I get confused because sometime the keywords are almost the same. Before an exam, I'd always try to memorize it but I'd always master memorizing the FIRST bidang ONLY..HELP teacher..i need tips on memorizing. Thank you :)

    ReplyDelete
  34. sy pricha . .dr smk sg.tong,, t'ganu
    sy nk tnye ckgu nie . .cikgu mengajar kt johor kn . .xada soalan percubaan spm 2011 yg ngeri johor nk share ke ckgu?? . .

    ReplyDelete
  35. Hi Darethy,

    i am so sorry for my late respond. this is because your comment does not appear on my screen. i don't know why, but this thing happen now and then. Anyway, my suggestion is that first, you write all the nilai on piece of paper until you master them. then, write the nilai with their definition, one at a time, until you master all....I really wish you luck. May you success

    ReplyDelete
  36. Hi pricha ...

    sebenarnya saya mngajar di kuala lumpur....

    ReplyDelete
  37. Cikgu, saya Indrejith..actually untuk nak hafal nilai-nilai Pendidikan Moral ini saya kena hafal 1 minggu sebelum ke? atau boleh ke saya hafal sehari atau dua hari sebelum peperiksaan...sebab kalau saya hafal awal, saya pasti akan lupa dan membuat kesilapan dalam menulis definisi nilai...esok exam saya cikgu...harap cikgu dapat membantu..

    ReplyDelete
  38. Hi Indrejith...

    Sebenarnya adalah lebih baik kalau dapat mula hafal dr ting 1 lagi...bagaimanapun, dlm hal ini cikgu cadangkan hafal dari sekarang hingga smpai hari peperiksaan. Inu utk pastikan penguasaan yg lebih lagi...apa-apa pun cikgu wish you all the best in your examination tomorrow

    ReplyDelete
  39. okay cikgu terima kasih..dan cikgu, kenapa kita tidak boleh menukar perkataan dalam definisi walaupun maksudnya sama?? adakah perkara ini akan menjejas sistem pemarkahan dalam SPM...??

    ReplyDelete
  40. Hi Indrejuith ....cikgu hanya boleh katakan ditakuti tidak akan mendapat markah jika menukar perkataan (takut boleh tukar maksud). Lebih selamat jgn tukar apa-apa pun untuk definisi nilai

    ReplyDelete
  41. Saya Avralinetine Epin, dari Program PERMATApintar Negara, UKM.

    Dalam post cikgu, cikgu ada menerangkan tentang cara untuk menentukan nilai yang betul berdasarkan clue yang terdapat dalam soalan.

    Contoh :-

    Penduduk kampung yang KASIHAN dengan nasib malang Jean, seorang ANAK yatim yang KURANG UPAYA, telah mengumpul derma dan menyediakan keperluan harian Jean.

    Cadangan nilai: KASIH SAYANG, MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK, MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA.

    Soalan saya,
    1. Bagaimana pula dengan soalan bergambar ?
    2. Apa perbezaan soalan huraikan " NILAI-NILAI " dan huraikan " DUA NILAI " ?

    Contohnya :-
    1. Gambar gempa bumi yang berlaku di Jepun.
    Arahan : Huraikan "nilai-nilai" yang harus diamalkan oleh masyarakat Malaysia berdasarkan gambar di atas.

    2. Gambar Mat Rempit
    Arahan : Huraikan "dua nilai" yang patut diamalkan oleh pelajar sekolah bagi mengelakkan gejala di atas.

    Mohon bantuan Cikgu. Facebook saya = Avralinetine Epin atau Avra Konouh.

    ReplyDelete
  42. cikgu susah sangat untuk hafal definisi...

    ReplyDelete
  43. Hi Avralinetine Epin, Cikgu minta maaf sangat-sangat kerana terlalu lewat respond kepada persoalan Avralinetine. Cikgu tidak tahu mengapa persoalan Avralinetine tidak muncul di dalam list. Nasib baik cikgu brouse post ini.

    Ok, berbalik kepada soalan Avralinetine:

    1. Bagaimana pula dengan soalan bergambar ?
    Lihat gambar, jika ada datuk, nenek, ibu, bapa, anak, cucu; maka kita boleh tahu nilai paling hampir ialah bidang kekeluargaan. Jika ada sampah, pokok-pokok, haiwan, tanah runtuh, dll, maka nilai paling hampir ialah bidang alam sekitar. begirulah seterusnya.

    2. Apa perbezaan soalan huraikan " NILAI-NILAI " dan huraikan "DUA NILAI" ?
    "huraikan NILAI-NILAI" biasanya kita jumpa untuk soalan esei. Bagi soalan esei, kita tahu mesti perlukan 2 nilai. "huraikan DUA NILAI" pula jelas bahawa kita perlu beri sekurang-kurangnya 2 nilai dalam jawapan kita.

    ReplyDelete
  44. vincent tan phang sengJune 18, 2012 7:44 pm

    CIKGU NORAINI,cikgu pendidikan moral bukanlah cikgu yg benar dalam bidang moral..jadi,saya nak tanya kamu berkenaan dengan bagaimana pemeriksa semak kertas pendidikan moral di SPM??selain itu,saya juga nak tanya bagaimana dapat markah yg tinggi dalam esei moral??kerana saya sejak 20markah penuh dalam esei di tingkatan 4 sudah jatuh ke 11 markah sekarang...saya tak mahu jatuh markah lagi...seperti berikut ialah soalan peperiksaan pertengahan tahun sekolah saya(sekolah menengah kebangsaan air itam): soalannya ialah 10.pernyataan berikut berkaitan dengan kempen"utamakan keluarga". kementerian pembangunan wanita,keluarga dan masyarakat telah menganjurkan kempen "utamakan keluarga" melalui media massa. huraikan nilai-nilai yang ingin diterapkan melalui kempen tersebut.jawapan anda mestilah disertakan dengan huraian atau contoh yang sesuai.(10markah) cikgu noraini,sila ajar tulis esei ini agar saya dapat markah yang tinggi kerana saya hanya dapat 4markah sahaja dalam esei tersebut..thank you for your helps

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Vincent,
      sepatutnya sertakan 10 pernyataan tersebut untuk saya gunakan sebagai contoh/huraian.

      nilai KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA. ahli keluarga perlu ada Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga. contohnya mereka sertai kempen utamakan keluarga yang mereka sayangi itu. contoh seterusnya mereka mengutamakan keluarga mereka didalam setiap tindakan mereka sebagai tanda cinta mendalam terhadap keluarga mereka. nilai RASIONAL. anggota keluarga perlu boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. contohnya mereka boleh berfikir mengenai kepentingan mengutamakan keluarga. contoh seterusnya mereka sentiasa mengutamakan keluarga ketika bertindak.

      Delete
  45. Hi cikgu saya Faridah Babalan from SMK Pinggan-Pinggan Pitas, Sabah,saya nak tanya cikgu bagaimana format esei yang di masukkan dalam folio/kerja kursus pendidikan moral? Adakah esei yang dimasukkan dalam folio sama format dengan format menjawab esei soalan SPM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Faridah

      esei untuk laporan kerja amal ialah seperti karangan biasa sahaja. ianya langsung tidak sama dengan format menjawab soalan esei. sila rujuk contoh yang saya berikan

      Delete
  46. Hi Cikgu, Saya dari Sekolah Sri Garden, KL. Nak tanya cikgu ada tak list untuk Jabatan-Jabatan, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan?

    Thank you cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf...saya masih belum sempat untuk membuat senarai tersebut

      Delete
  47. salam Pn Noraini
    saya Izma dr SMV PD
    sy guru baru yg kna mengajar subjek PM ini...
    dan sy byk belajar dr blog cgu... sbb mmg zero knowledge psl PM..
    tp Alhamdulillah.. skrg sy dah faham n rasa confident utk mengajar pelajar2 sy... apa yg saya ajar utk 2 tahun lps agak betul cuma sy kurang tekan pada Akta... cuma masalah pelajar sy ialah menghafal kata kunci...
    sy surf laman web lain.. kata kunci yg diberikan berbeza.. sy xpasti... jd sy ikut saja apa yg guru lama di sini beri.. pecahkan definisi kepada 2..
    hrp sy tak salah.. kesian pelajar sy..
    apa pun.. terima kasih dan.. teruskan usaha murni cgu ni...
    salam....

    ReplyDelete
  48. cikgu ada tak senarai akta, jabatan dan dasar? thank you

    ReplyDelete
  49. hello.. is this blog still active?

    ReplyDelete
  50. Cikgu,saya Lokita dari SMK St.Anne's Convent Kulim,Kedah. Bolehkah saya dapat Kandungan buku teks tingkatan 4 dan 5 yang ringkas,sebab saya tak ada buku teks tingkatan 4 dan rasanya tak sempat membaca seluruh buku teks tingkatan 5.kalau ada nota ringkas,mesti banyak membantu..harap cikgu bantu saya..saya calon spm 2013,lagi beberapa hari sahaja nak spm.tolonglah saya cikgu.saya ingin sangat nak dapat A+ dalam moral.

    ReplyDelete
  51. cikgu ada soalan ramalan bagi spm moral 2013 tak???

    ReplyDelete
  52. tidak.....bacalah semua dan menguasai semua nilai, akta dan dasar

    ReplyDelete
  53. did you have any targeted nilai 4 SPM 2014?????????????

    ReplyDelete

 

Rakan Blog Pendidikan Moral

My Blog List