INSAN BERMORAL ADALAH INSAN YANG BAHAGIA

Bila kita bermoral, masyarakat menyayangi dan menyukai kita, Tuhan juga sayang akan kita, yang paling penting, hati kita lapang, selesa dan bahagia

SEMOGA BERJAYA

PENDIDIKAN MORAL TIDAKLAH SUSAH.
YANG PENTING USAHA SEDIKIT, DISIPLIN,
DAN SEMANGAT UNTUK BERJAYA

xOnline Design

Saturday 12 September 2009

FORMAT KERTAS PENDIDIKAN MORAL SPM

Saturday 12 September 2009
NAMA KERTAS : PENDIDIKAN MORAL
KOD KERTAS    : 1225/1
MASA                  : 2 JAM 30 MINIT


Bentuk Penyoalan
80 markah =  8 x 10 markah (8 soalan struktur - wajib jawab semua soalan)
20 markah =  2 x 20 markah (3 soalan esei - wajib jawab 2 soalan)

Pengurusan masa (150 minit)
Soalan Struktur: Gunakan 11/12 minit untuk setiap soalan = 100 minit
soalan esei        : Gunakan 20 minit untuk setiap soalan      = 40 minit
Baki 10 minit boleh digunakan untuk menyemak jawapan atau untuk menawab soalan-soalan yang agak sukar

Bentuk Penyoalan

Bahagian A: Soalan Struktur

Soalan-soalan yang akan ditanyakan ialah:
o nilai, definisi nilai, penjelasan nilai
o akta, dasar, tokoh, organisasi, badan kerajaan, perjanjian/konsep
o isu semasa (isu, punca, kesan, cara mengatasi)

Bagi menjawab soalan di atas, pelajar mesti hafal nilai, definisi/kata kunci nilai, dan penjelasan nilai.
Contoh penyoalan:
o Nyatakan nilai/tokoh/kesan/organisasi/konsep/dasar/punca dll …………….
o Berikan maksud nilai …………….
o Berikan definisi nilai ……………..
o Huraikan nilai/kesan/punca.akibat dll………….
o Jelaskan nilai/kesan/akibat/punca dll……………
o Terangkan nilai/kesan/akibat/punca dll……………

Bahagian B: Soalan Esei

Soalan-soalan yang akan ditanyakan ialah huraian nilai berdasarkan:
  •  isu
  • situasi
  • ilustrasi
  • petikan akhbar
  • puisi
  • dsb

76 comments:

  1. HI RESPECTED STUDENTS

    IT WOULD BE GOOD IF YOU COULD READ MY POSTS, THE COMMENTS FROM YOUR FRIENDS, AND MY COMMENTS BEFORE YOU ASK ANY QUESTION.

    THANK YOU

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI TEACHER HOW ARE YOU??CAN U HELP ME HW TO DO THE ESEI QUESTION??I CAN DO BUT IT WAS HARD ABIT...SO CAN U PLEASE HELP ME TEACHER??

      Delete
  2. Semua blogger yang dihormati, saya hanya akan respon kepada comment-comment yang disertakan nama penuh blogger dan nama penuh sekolah sahaja. HARAP MAKLUM.

    ReplyDelete
  3. saya ketua panitia pm (madam paat hie ching) dari sarawak. saya nak tanya tentang definisi bagi topik alam sekitar...iaitu manakah betul-alam sekeliling atau alam sekitar? kalau ikut sukatan pelajaran, alam sekitar digunakan tetapi penggubal soalan pm sarawak kata guna "alam sekeliling" i keliru la... mana betul

    ReplyDelete
  4. Hi Madam Paat,

    Kita dinasihatkan merujuk kepada HSP jika menghadapi sebarang kekeliruan.

    Memang Bidang alam SEKITAR. Nilai pun semuanya alam SEKITAR. tetapi definisi semuanya alam SEKELILING.

    3.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR
    Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem

    3.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR
    Keadaan saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam SEKELILING supaya kualiti kehidupan manusia dan alam terpelihara

    3.3 KEMAPANAN ALAM SEKITAR
    Pengekalan keseimbangan alam SEKELILING sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup


    3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR
    Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam SEKELILING dan berusaha menyelesaikannya

    ReplyDelete
  5. sy pricha dr smk sungai tong..
    sy nk tnya kpd cikgu adakah soalan bhagian a thn ni akn keluar ttg akta2 sdgkn soaln yg thn lpas xkluar soal akta2 ni??

    ReplyDelete
  6. Hi Pricha,
    soalan akta akan keluar ikut suka dia...dia suka nk keluar...dia keluar. dia tk suka nk keluar...dia tk keluar. apa pun, kita perlu sentiasa bersedia. Anyway...all the best to you...

    ReplyDelete
  7. thnx ckgu..ada 1 soalan lg sy nk tnya kn kepada ckgu,hrap ckgu sudi menjawabnya..knape ya kertas soalan peperiksaan sbnar pend.moral x diterbitkan dalam bku koleksi kertas2 soalan peperiksaan sbnar tidak seperti add math n others?...adakah soalan2 seperti pend.moral d'bank kan? pricha again . .

    ReplyDelete
  8. Pricha, kertas pendidikan moral adalah kertas tertutup. kerana itu kita tidak jumpa koleksi kertas pendidikan moral di mana-mana.

    ReplyDelete
  9. PUAN,
    saya ada kemusykilan tentang soalan yang berkaitan dengan definisi nilai. Adakah definisi nilai itu perlu dijawab sama seperti dalam HSP tanpa ada sedikit kesalahan atau markah tetap diberi walau pun ada kesalahan seperti tertinggal satu perkataan, namun maksudnya tetap sama. Saya mohon jasa baik puan dapat menjelaskan pemarkahan berkaitan dengan definisi nilai. terima kasih..

    ReplyDelete
  10. seperti biasa...saya perlu tahu nama penuh blogger dn nama penuh sekolah sebelum sy dpt menjawab persoalan....terima kasih

    ReplyDelete
  11. salam puan.. saya kp moral kat smk kat sarawak.. masalah saya adalah saya baru posting terus diberikan sebagai kp.. saya cuma nak tanya berkenaan pentaksiran kerja kursus, macam mana nak bagi markah?

    ReplyDelete
  12. salam cikgu Ummu Humaiirra, susah juga nk bantu ni. kita perlu bedepan, dan disertakan dengan cntoh kerja kursus pelajar. Apa pun cikgu boleh hubungi guru-guru cemerlang di sarawak untuk membantu cikgu. mereka sepatutnya boleh keluar membantu guru-guru yang memerlukan pada setiap hari khamis. cuba cari blog GURU CEMERLANG SARAWAK, cikgu mungkin dapat atasi masalah cikgu...

    ReplyDelete
  13. PUAN,
    saya ada kemusykilan tentang soalan yang berkaitan dengan definisi nilai. Adakah definisi nilai itu perlu dijawab sama seperti dalam HSP tanpa ada sedikit kesalahan atau markah tetap diberi walau pun ada kesalahan seperti tertinggal satu perkataan, namun maksudnya tetap sama. Saya mohon jasa baik puan dapat menjelaskan pemarkahan berkaitan dengan definisi nilai. terima kasih..
    Puan Rasidah, Lahad Datu, Sabah

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Puan Rasidah, skima pemarkahan SPM kita tidak dapat jangka. mungkin ada tahun yg penandaan 'strict' dn mungkin ada yang kurang 'strict'. Saya suka cadangkan kita sediakan pelajar kita 'for the worst' supaya kita tidak berikan mereka harapan palsu. Kerana itu saya cadangkan kita biasakan murid kita dengan penandaan yg 'strict' di sekolah. Dengan kata lain, jika ada 1 perubahan (huruf, perkataan, penambahan, susunan perkataan) pun berdasarkan HSP, jangan beri markah kepada jawapan definisi, maksud, erti, makna nilai. Begitu juga dengan jawapan berkaitan nilai.

    ReplyDelete
  15. Puan, boleh berikan saya contoh bagaimana membuat bengkel menjawab soalan strukur dan esei Pendidikan Moral yang baik.
    Cik Nanaki, K.Belud Sabah

    ReplyDelete
  16. Hi Cik Nanaki, Saya bukan pandai dalam memberikan bengkel, bagaimana pun, secara kasarnya kita boleh sediakan bahan bengkel yang meliputi perkara-perkara di bawah untuk digunakan murid semasa sesi bengkel:

    1. makluman umum mengenai kertas 1225/1
    2. panduan umum mengenai persediaan menghadapi kertas 1225/1
    3. panduan umum bentuk soalan kertas 1225/1
    4. formula menjawab
    5. bimbing murid menjawab: penerangan - latihan berpandu - latih tubi
    6. contoh jawapan baik
    7. contoh jawapan yang lemah

    Apa pun Cik Ananki boleh juga hubungi guru cemerlang berdekatan untuk panduan lebih lanjut. Cik Nanaki juga boleh gunakan blog ini sebagai bahan bengkel.

    ReplyDelete
  17. saya george arthur dari smk kuhara,tawau. kalau soalan esei jawab 3 soalan pemeriksa akan choose dua yang highest mark atau first two jak,tq.

    ReplyDelete
  18. hi george.....pemeriksa akan pilih 2 jawappan paling tinggi markahnya. jadi cikgu cadangkan george jawab semua soalan esei.

    ReplyDelete
  19. hi cikgu.. .sekiranya soalan menyoalkan tentang nyatakan definisi nilai tersebut , adaka jwpan yg ditulis haruslah 100% mengikut definisi yg telah diberikan dlm buku teks? adakah markah akan dipotong jikalau kesilapan seperti perkataan "demi" digantikan dgn "bagi" atau "untuk"? contoh : nilai toleransi- kesanggupan bertolak ansur,sabar, dan mengawal diri 'bagi' mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham 'demi' kesejahteraan hidup..
    contoh 2 : tindakan dan keputusan 'yang' saksama serta tidak berat sebelah.
    (jika sya tercicir perkataan "yang" adaka mrkah akan dipotong?

    ReplyDelete
  20. viee,

    cikgu hanya boleh cadangkan as much as possible try to give the original definition. kita tidak tahu sistem penandaan SPM semasa. jadi yg paling selamat, jgn ubah apa2...

    ReplyDelete
  21. okay ^^ tq cikgu.. ermm, cikgu , jika soalan tnyakan tntang huraikan? perlu bgi kk 1 n 2?

    ReplyDelete
  22. jika soalan huraikan, bincangkan, jelaskan nilai, dn markahnya 2, jawab begini:

    Nilai X. watak + definisi/kata kunci.

    ReplyDelete
  23. hi cikgu, adaka sya bleh memberi jwpan lebi daripd dminta dlm soalan struktur?

    ReplyDelete
  24. Hi Viee, memang di galakkan pelajar tambah SATU jawapan lebih bagi setiap soalan

    ReplyDelete
  25. ok terima kasih cikgu :) d esei part , we can use kaedah 4 ayat or 5 ayat rite? both oso can? kaedah 4 ayat no nid 2 separate the kata kunci rite? in my scl, my teacher owes teach us to use kaedah 5 ayat..but i found that its easier to use kaedah 4 ayat coz i dun have to separate the definisi into kk1 and kk2. isnt keadah 4 ayat acceptable in spm?

    ReplyDelete
  26. Hi Viee, my answer for all your questions above is:

    YES, YOU ARE RIGHT. ^_^

    ReplyDelete
  27. hehe.once again, terima kasih cikgu :)

    ReplyDelete
  28. Hei, cikgu. I'm Kavin from Klang..
    Cikgu apakah kesalahan lazim pelajar dalam soalan sturktur dan apa yang harus diambil perhation ( things that we must know )...?
    Want to know so that i won't repet it... and cikgu the esei part.. how does the format goes.. my teacher say must add situasi in our esei.. or else u won't get marks for the whole esei thing although ur essay is correct... but what is the situasi actually... the last time i did my exam i had to repeat the situasi each time... for each contoh and i got full marks... is it really like that..? thank you..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kavin

      1. yang paling penting bila menjawab soalan nilai (struktur), mesti ada NILAI, WATAK, KATA KUNCI/DEFINISI.

      2. yang paling penting bila menjawab soalan esei, mesti ada NILAI, WATAK, KATA KUNCI 1&2/DEFINISI, DAN HURAIAN (CONTOH - DIAMBIL DARI PADA SITUASI SOALAN. HURAIAN TIDAK BOLEH DIULANG.

      Delete
  29. Hai,Saya christy dari Smk luak sarawak, kalau nak tulis definisi haruskah mengikut nilai yang tertera dalam buku 100%?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Christy

      lebih baik ikut 100%. tapi kalau ada ubah (minimum) perkataan kecil yg tidak mengubah maksud pun masih ok

      Delete
  30. HI, SAYA SASIKUMAR DARI SMK PETER MAJUNTIN,SABAH.CIKGU SAYA DIBERITAHU SOALAN SPM 2011 TIDAK TERTUTUP.BETUL KE?SAYA ADA SOALANNYA TAPI APALA GUNA KALAU TIADA SKEMA JAWAPANNYA..JADI BOLEHKAH CG DENGAN HATI TERBUKA HANTAR KE EMAIL SAYA. rohsik10@yahoo.com. .kalau boleh secepat mungkin cg sebab spm 29 hari LAGI!!TQVVM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. O.o....Im a SPM 2011 student..How come you got the paper..You can be jailed! You know..:/

      Delete
    2. soalan moral SPM adalah kertas tertutup. tiada siapa yang boleh bawa keluar kertas tersebut daripada bilik peperiksaan. semua kertas soalan yang lebih MESTI dikembalikan

      Delete
  31. Hi Mdm.Noraini im N.Rishinath 4m St.Micheal's Instituition Ipoh Perak.I've been viewing ur blog for quite some time now . All ur info's and technique's are useful .Thankz very much .I was juz wondering wat last minute back up revision i can do wen tomorrow is my paper ...???

    ReplyDelete
  32. HI RISHINATH
    JUST MEMORIZE ALL THE NILAI, DEFINISI, AKTA, DASAR, JABATAN KERAJAAN, NGO, DAN TEKNIK MENJAWAB YANG BETUL.
    ALL THE BEST....MAY YOU SCORE A+

    ReplyDelete
  33. Hi PN NORAINI BINTI AMRAN, Saya ChiamHanCheng dari Kelantan SMJK CHung Hwa..
    saya nak tanye untuk soalan esei yang contohnya begini:
    Berikan 2 nilai yang patut diamalkan oleh masyarakat supaya tidak berlaku kemalngan jalanraya dan tidak dikenakan saman di jalanraya...
    Bolehkah saya bagi 1 nilai untuk kemalangan jalanraya, 1 nilai lagi untuk tidak dikenakan saman...maksudnya saya pisahkan isu itu dan berikan 1 nilai untuk setiap isu yang disebut...

    ReplyDelete
  34. Hi. Am Maria from SMK Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  35. I need your help.. Can i have the esei answer for the folio moral?
    :(

    ReplyDelete
  36. Hi.. Good afternoon ma'am..
    I am jason. I needed ur help so now am trying to search for esei answer for the Moral Folio.. Would you mind giving me the esei answer including the nilai inside? :(
    I need it..

    ReplyDelete
  37. Hi I'm Reuben from Wesley Methodist School Seremban and I would like to know if the essay question needs examples?

    ReplyDelete
  38. cikgu salam sejahtera, saya patrick dari smk ulu layar betong sarawak. saya ingin mendapatkan kepastian tentang format esei pm 2013. adakah ayat kedua bagi satu nilai tidak lagi menggunakan kata kunci bagi nilai tersebut. menurut yang diberitahu oleh guru moral saya pada bulan 10 2013, kata kunci tidak lagi digunakan namun apa yang digunakan ialah definisi penuh dan seterusnya diikuti dgn ayat nilai. saya ingin mendapatkan kepastian secepatnya. saya minta tolong cikgu emailkan untuk saya di dany131183@gmail.com

    ReplyDelete
  39. Teacher, what's the score to obtain an A+ in SPM ?

    ReplyDelete
  40. Hai Puan Noraini..
    Saya rafika merlinda vivi richard dari SM ALL SAINTS,SABAH
    Saya ingin tanya mengenai format menjawab tahun ini berubah?
    Adakah betul cikgu?

    ReplyDelete
  41. Cikgu nama saya Keerthi Dari SMK Seri Garing Rawang.Mengapakah format Pend moral ditukarkan secara tiba2 ?

    ReplyDelete
  42. Cikgu nama saya Keerthi Dari SMK Seri Garing Rawang.Mengapakah format Pend moral ditukarkan secara tiba2 ?

    ReplyDelete
  43. Cikgu!Saya sudah gila!
    kenapa soalan esei sudah tukar format?
    and kenapa soalan stuktur begitu many soalan KBKK?
    bagaimana semak?
    Cikgu ada tanda kertas SPM?

    ReplyDelete
  44. Hello Cikgu... Harap cikgu berada dalam keadaan yang sihat. Mohon pencerahan cikgu... seperti juga soalan di atas...mengapa soalan ditukar format secara tiba-tiba? Kelihatan walaupun soalan KBKK itu baik, namun ada student yg menjawab secara umum tanpa mengaitkan nilai. Soalan esei pun berbeza? Terima kasih...Keep Calm and Chill...
    - GURU P. Moral -

    ReplyDelete
  45. BOLEH TAK KONGSI MAKLUMAT TENTANG FORMAT PENDIDIKAN MORAL YANG BAHARU? SETAKAT INI TIADA KURSUS ATAU TAKLIMAT DIBERIKAN. BAGAIMANA NAK MENGAJAR PADA TAHUN 2014?

    ReplyDelete
  46. assalam puan, boleh tak bagi format terkini pendidikan moral?

    ReplyDelete
  47. assalam puan, boleh tak bagi format terkini pendidikan moral?

    ReplyDelete
  48. Salam Puan..Saya KP.pendidikan Moral...dan opsyen ijazah P.moral (UPM)..Puan saya ingin tahu format menjawab soalan kertas esei ( 2) yang terkini.Contoh bagaimana nak menjawab soalan (Berdasarkan Kejayaan Golongan Oku Di atas...berikan 5 pengajaran yang boleh di ambil kira berdasarkan Kejayaan Golongan OKU di atas ) 10 markah.Soalan saya adakah pelajar perlu memberikan 5 nilai..kalau perlu bagaimana hendak menghuraikan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan..Saya KP.pendidikan Moral...dan opsyen ijazah P.moral (UPM)..Puan saya ingin tahu format menjawab soalan kertas esei ( 2) yang terkini.Contoh bagaimana nak menjawab soalan (Berdasarkan Kejayaan Golongan Oku Di atas...berikan 5 pengajaran yang boleh di ambil kira berdasarkan Kejayaan Golongan OKU di atas ) 10 markah.Soalan saya adakah pelajar perlu memberikan 5 nilai..kalau perlu bagaimana hendak menghuraikan..tq

      Delete
  49. salam. sy bru ditugaskn mengajar pendidikan moral ting 4 dan 5.. boleh saya tahu format terkini pendidikan moral utk spm?

    ReplyDelete
  50. Selamat sejahtera cikgu. Saya Low Shu Xian dari SMKMR2.
    Saya ingin tanya cikgu beberapa soslan tentang. Harap cikgu membalas soalan.
    1. Jika kata kunci mempunyai maksud yang sama, tetapi bertukar perkataan akan salah tak?
    2. Saya terdapat senior saya kata, kata kunci moral akan bertukar setiap beberapa tahun, adakah ini betul? Jadi, bagaimanakah kita mendapat kata kunci yang betul?
    3. Saya dengar senior saya kata, tahun lepas telah bertukar format, adakah ini berita betul? Jadi bagaimanakah kita mendapat fotmat yang betul?

    Terima kasih cikgu atas gangguan anda. Gratitude

    ReplyDelete
  51. assalamualaikum....puan ada x contoh soalan esei KBAT pendidikan moral...

    ReplyDelete
  52. saya linges dari kajang.saya nak tahu format terkini

    ReplyDelete
  53. Selamat Sejahtera PN NORAINI BINTI AMRAN,

    Saya merupakan seorang pelajar "CALON PERSENDIRIAN". Saya ingin bertanya dengan cikgu mengenai

    1.format peperiksaan pendidikan moral terkini dan juga cara menjawab soalan tersebut.

    Memandangkan saya merupakan seorang calon persendirian, saya seharusnya memikirkan cara menguasai matapelajaran ini dan pada masa yang sama saya juga memerlukan satu set kaedah atau guideline yang dapat membantu saya.

    Saya juga telah memebaca semua komen yang tertera di atas dan saya berharap cikgu dapat membentu saya.

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga calon persendirian 2020,folio ada kah kalau spm persendirian

      Delete
  54. Hi Cikgu ...saya Adrienne dri smk Beluran Bestari, Sabah..Sya ingin tnya klau esei part..Soalan mnta huraikan/jelaskan nilai yang diamalkan Oleh.....Perlu kah dan wajarkah sya meletakkan nilai beserta definisinya sekali...Sya hrp Cikgu dpt tlong sya untuk mncapai markah penuh dlm soalan bhgian esei....��

    ReplyDelete

 

Rakan Blog Pendidikan Moral

My Blog List