INSAN BERMORAL ADALAH INSAN YANG BAHAGIA

Bila kita bermoral, masyarakat menyayangi dan menyukai kita, Tuhan juga sayang akan kita, yang paling penting, hati kita lapang, selesa dan bahagia

SEMOGA BERJAYA

PENDIDIKAN MORAL TIDAKLAH SUSAH.
YANG PENTING USAHA SEDIKIT, DISIPLIN,
DAN SEMANGAT UNTUK BERJAYA

xOnline Design

Thursday 13 August 2009

LATIHAN MENJAWAB SOALAN STRUKTUR

Thursday 13 August 2009
78 comments
Soalan struktur meliputi beberapa jenis dan aras penyoalan. Soalan-soalan yang akan ditanya meliputi menyatakan nilai, menyatakan definisi nilai, mencari nilai yang sesuai dengan situasi, menjelas dan menghuraikan nilai.

Soalan struktur juga akan bertanya mengenai kemahiran berfikir. Ini termasuklah penyoalan mengenai cara membendung/mengatasi/menangani/membasmi/ isu, mencari punca isu dan kesan sesuatu isu terhadap diri sendiri, masyarakat, negara, dunia dan alam sekitar. Cikgu cadangkan pelajar semua jangan biarkan soalan jenis ini ditinggalkan tidak berjawab, kerana soalan jenis ini adalah penyelamat kepada pelajar yang tidak menguasai nilai. Lagi pun, soalan jenis ini adalah berkisar dalam lingkungan kehidupan seharian pelajar sendiri.

PERTIMBANGAN PENTING SEBELUM MENJAWAB
  1. Baca situasi yang diberi dan kenal pasti isu dan atau tindakan
  2. Baca soalan dan kenal pasti kata tugas dan karektor jika soalan berkaitan dengan nilai
  3. Lihat markah untuk soalan kerana markah membantu menentukan bilangan ayat jawapan

CONTOH SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN

1. Baca sedutan lirik lagu patriotik di bawah dan jawab soalan yang berikutnya:

Puncak dunia telah kau tawan,
Lautan luas telah kau redah,
Membawa semangat jiwa merdeka,
Semarak jaya kami warganya

a) Namakan lagu patriotik ini. (1 markah)
Jalur Gemilang

b) Tuliskan nama dua buah lagu patriotik yang terkenal di Malaysia. (2 markah)
i. Negaraku
ii. Tanggal 31   

c) Berikan dua kepentingan penerapan lagu-lagu berunsur patriotik kepada rakyat. (2 markah)
i. Menanam semangat cinta akan negara
ii. Memupuk perpaduan dikalangan rakyat

d) Rakyat Malaysia sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menaikkan nama negara di persada dunia melalui pelbagai aktiviti. Huraikan satu nilai yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia melalui usaha ini. (3 markah)
Nilai cinta akan negara. Rakyat Malaysia sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Contohnya kami memenangi pingat dalam aktiviti sukan antarabangsa.

e) Rakyat Malaysia juga menyokong segala usaha kerajaan untuk memajukan negara dengan mengamalkan nilai ' penglibatan diri dalam pembangunan negara'. Berikan maksud nilai 'Penglibatan diri dalam pembangunan negara'. (2 markah)
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan memetuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia


2. Berikut merupakan dua slogan yang berkaitan dengan kempen keselamatan jalan raya.

PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG

a) Jelaskan dua nilai yang pengguna jalan raya perlu terapkan melalui dua slogan di atas. (4 markah)
i. Nilai kasih sayang terhadap keluarga. Pengguna jalanraya perlu ada perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga ketika memandu.
ii. Nilai rasional. Pengguna jalanraya perlu boleh berfikir tentang kesan buruk kemalangan dan bertindak wajar ketika memandu.

b) Selain menganjurkan kempen keselamatan jalan raya, senaraikan dua usaha lain yang dijalankan oleh kerajaan untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan semasa di jalan raya. (2 markah)
i. Menempatkan polis trafik di jalan raya yang sibuk
ii. Mengeluarkan saman kepada pemandu yang melebihi had laju
 
c) Senaraikan dua contoh tindakan yang melanggar peraturan jalan raya. (2 markah)
i. tidak mematuhi lampu isyarat
ii. mabuk ketika memandu

d) Berikan dua tindakan yang akan dikenakan kepada mereka yang melanggar perauran jalan raya. (2 markah)
i. gantung lesen memandu
ii. saman

read more
 

Rakan Blog Pendidikan Moral

My Blog List