Sebenarnya Kertas Pendidikan Moral paling senang untuk skor. Ini kerana persediaan yang diperlukan hanyalah:
Hafal semua nilai dan definisinya
Sangat senang, kerana pelajar telah belajar semua nilai semenjak dari tingkatan satu lagi.
Baca semua teks utama Buku Teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5
Hampir 80% soalan SPM adalah berdasarkan teks utama daripada buku teks tingkatan 4 dan 5.
Hafal semua nilai dan definisinya
Sangat senang, kerana pelajar telah belajar semua nilai semenjak dari tingkatan satu lagi.
Baca semua teks utama Buku Teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5
Hampir 80% soalan SPM adalah berdasarkan teks utama daripada buku teks tingkatan 4 dan 5.
Jawab soalan 'Fikir dan jawab'
Setiap teks utama diikuti dengan latihan'Fikir dan jawab'. Latihan ini sangat hampir dengan soalan-soalan SPM
Hafal Akta dan Dasar yang terdapat di buku teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5
Soalan mengenai akta dan dasar ini tidak dapat kita jangkakan. Bagaimanapun sebagai persediaan, adalah baik jika pelajar dapat mengenalpasti semua akta dan dasar yang terdapat di buku teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5. Saya mencadangkan guru-guru menjadikan Akta dan Dasar ini sebagai salah satu daripada tugasan kepada pelajar untuk di kumpulkan dalam bentuk buku skrap. Ini sangat baik sebagai bahan rujukan pelajar.
Hafal Jabatan kerajaan, Pertubuhan, dan konsep yang terdapat di buku teks Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5
Soalan di atas juga tidak dapat dijangka. Pelajar juga perlu tahu dan faham fungsi dan konsepnya. Contoh: konsep ZOPFAN (buku teks ting 4, m/s 228
Menguasai teknik menjawab
Menjawab kertas 1225/1 memerlukan teknik yang betul dan berkesan. Kadang kala pelajar merasakan jawapan mereka sudah sangat tepat....tetapi sebaliknya sebenarnya jawapan mereka tidak diterima.
Mengikuti perkembangan isu semasa
Isu-isu yang diketengahkan di kertas 1225/1 adalah berdasarkan isu-isu semasa. Oleh itu pelajar harus peka terhadap punca dan cara menghadapi dan mengatasi isu-isu terbabit.
Contohnya:
- Isu sosial remaja: seks bebas, pengambilan dadah, jenayah juvana, ponteng sekolah/kelas, lari dari rumah
- Pencemaran alam: lambakan sampah, pembuangan sisa toksik, eksploitasi alam
- Bencana alam: banjir kilat, tanah runtuh
- Masalah antarabangsa: peperangan, kemiskinan
i am joshua samuel from smk bukit indah.teacher,when doing the essay,must the two nilai be from the same bidang or can campur?
ReplyDeleteHi Joshua...
ReplyDeleteSamada soalan struktur mahupun soalan essay, pelajar boleh gunakan nilai-nilai dari berlainan bidang untuk mana-mana 1 soalan nilai.
then...do you have all the Akta and Dasar?
ReplyDeletecan you post it ?
please......
Hi Foong Yee...
ReplyDeleteYou know what?....All the akta and the dasar are in the form 4 and 5 text books. That is 1 of the reason students must really study the two books. Never take short cuts...
Nevetheless...probably students didn't get the info the way they should....and that is the most unfortunate thing that should happen to you all..and it should'nt.
Anyway....do read all posts in my blog...and if you really read all my posts..you will find all the akta and dasar here.
Yap2077
ReplyDeleteCikgu,dalam soalan esei, saya tulis 1 nilai dalam 1 perenggan boleh diterima ?
saya selalu tiada idea dalam menulis contoh dalam esei.Harap cikgu boleh bantu
Cikgu nak tanya, markah untuk kerja kursusakan dimasukkan campur bersama kertas moral dalam markah SPM ? 10 peratus??
ReplyDeletecikgu, sekolah cikgu saya ajar 1 nilai 1 perenggan dalam esei. jadi saya nak ikut format cikgu atau cikgu sekolah dalam SPM?
cikgu saya boleh tambah garisan untuk jawapan saya? saya selalu tidak cukup ruang dalam menulis jawapan.
Harap cikgu boleh reply ASAP
Yap,
ReplyDeleteTidak salah tulis 1 nilai dlm 1 perenggan, tapi digalakkan tulis semua 3 nilai dlm 1 perenggan kerada ada faedah yang tidak dpt cikgu ceritakan di sini.
Jika tiada idea contoh, boleh diganti dengan tindakan karektor yg terdapat di dalan soalan
Jika ruang menjawab tidak cukup, pelajar memang digalakkan buat garisan baru.
Memasukkan markah kerja kursus ke dalam markah ujian bertulis, memang telah dicadangkan. Cuma cikgu tidak pasti bila ia akan dilaksanakan.
cikgu,
ReplyDeletelihat contoh esei jawapan saya .
Rakyat haruslah mengamalkan nilai saling membantu dan bekerjasama. Rakyat harus mempunyai usaha yang baik yang dilakukan bersama untuk mencapai sesuatu matlamat.Contohnya,rakyat harus berganding bahu dalam melakukan sesuatu perkara misalnya gotong-royong.Selain itu, rakyat harus mempuyai usaha yang membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu,komuniti dan negara untunk membangunkan negara.Contohnya, rakyat harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai visi dan misi wawasan 2020
saya menulis dengan formula:nilai-kata kunci1+situasi-contoh-kata kunci2+situasi-contoh
adakah cara menulis esei ini betul?
cikgu sekolah kata 1 ayat 1 markah.
semua ini lain dengan cikgu iaitu Ka+N. Gn+def+contoh(how)
jadi cikgu saya patut ikut cara cikgu?
Yap,
ReplyDeleteYang cikgu Yap ajar itu memang betul. Sebenarnya ada 2 cara menjawab soalan esei. 5 ayat atau pun 4 ayat. Cara 4 ayat itu telah gabungkan ayat 2 & 4 menjadi 1. Kerana itu ayat 2 dapat 2 markah.
CARA 5 AYAT
Ayat 1 - Ka+N
Ayat 2 - Gn+kk1+isu
Ayat 3 - contoh/how
Ayat 4 - Gn+kk2+isu
Ayat 5 - Why
CARA 4 AYAT
Ayat 1 - Ka+N
Ayat 2 - Gn+def(kk1+kk2)+isu
Ayat 3 - contoh/how
Ayat 4 - Why
Dalam jawapan Yap di atas, cikgu nak cadangkan supaya contoh ke dua itu ditukar kepada 'why'
Rakyat haruslah mengamalkan nilai saling membantu dan bekerjasama. Rakyat harus mempunyai usaha yang baik yang dilakukan bersama untuk mencapai sesuatu matlamat contohnya rakyat berganding bahu bergotong-royong. Selain itu, rakyat harus mempuyai usaha yang membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu,komuniti dan negara untuk membangunkan negara.Ini supaya rakyat dapat mencapai visi dan misi wawasan 2020
Terima kasih cikgu.
ReplyDeletecikgu dalam jawapan saya boleh tulis JAS sahaja atau saya kena tulis Jabatan Alam Sekitar?
Ini sama dengan Akta,adakah saya perlu menghafal tahun untuk akta?cth Akta Hasutan 1948
cigku saya boleh guna slash (/) untuk jawapan tambahan atau tambah dengan menggunakan roman iaitu(i),(ii)
cikgu apa maksud tindakan karektor yang cikgu nyatakan di atas?
ReplyDeleteCikgu adakah saya boleh menggunakan sama situasi?
Cth:Rakyat harus mempunyai usaha yang baik yang dilakukan bersama untuk mencapai sesuatu matlamat.
situasi:Mencapai sesuatu matlamat boleh digunakan dalam ayat ke4?
Cikgu,adakah contoh mesti berkaitan dengan teks di atas?
ReplyDeleteYap,
ReplyDelete1. Tulis 'Jabatan Alam Sekitar'
2. Cikgu cadangkan hafal akta sahaja
3. Maksud tindakan karektor:
Mei menyesal kerana telah menengking dan menghalau ibunya yang sakit keluar dari rumah. Huraikan nilai-nilai yang Mei patut amalkan.
Tindakan - menengking ibunya, menghalau ibunya
4. Contoh memang perlu berkaitan dengan soalan/isu yang diberi.
maaf.cikgu soalan saya mengenai situasi dan soalan tambahan cikgu belum jawap?
ReplyDeletecikgu kandungan dalam buku teks moral form 5 ada perbezaan dengan form 4?saya baca form 5 sahaja boleh?kerana saya hanya mempunyai teks form 5
ReplyDeleteYap,
ReplyDelete1. Cikgu cadangkan Yap tumpukan kpd akta & dasar, fungsi badan kerajaan, pertubuhan & persatuan serta konsep ZOPFAN. Yap boleh semak post cikgu.
2. Jawapan tambahan gunakan nombor roman i ii atau a) b)
3. Ya situasi boleh digunakan 2 kali sebagai isu
ok.saya akan ikut kata cikgu.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu~ cikgu telah banyak bantu saya.
Ada soalan saya akan kemukakan kepada cikgu.
thx.
Yap,
ReplyDeleteYou're wellcome :)
HI Pn Noraini..am really impressed.u nkow who's this? Prakash..your fellow TESLIAN in UM.Godd job!!! Carry on!!!
ReplyDelete0163818916
keep in touch.thanks
Hi Prakash...
ReplyDeleteIt's good to hear from you. Keep on keep in touch...and my regards to our friends out there.
Hi semua pelajar...
ReplyDeleteSertakan nama pelajar dan sekolah setiap kali sebelum post komen supaya cikgu senang untuk greet ketika respond nanti
Cikgu, bolehkah cikgu tolong tunjukkan cara menulis 4 ayat itu? Bolehkah cikgu tunjukkan dalam "Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari semasa ke semasa. Huraikan nilai yang patut diamalkan oleh pihak yang melakukan gejala tersebut."?
ReplyDeleteHi Cha...
ReplyDeletePihak yang melakukan gejala tersebut patut mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak. Mereka patut membela, memberi naungan dan memelihara hak bayi-bayi bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna. Contohnya mereka memelihara bayi mereka sendiri. Ini supaya kes pembuangan bayi dapat dihindarkan.
HI RESPECTED STUDENTS
ReplyDeleteIT WOULD BE GOOD IF YOU COULD READ MY POSTS, THE COMMENTS FROM YOUR FRIENDS, AND MY COMMENTS BEFORE YOU ASK ANY QUESTION.
THANK YOU
Semua blogger yang dihormati, saya hanya akan respon kepada comment-comment yang disertakan nama penuh blogger dan nama penuh sekolah sahaja. HARAP MAKLUM.
ReplyDeleteHi cikgu noraini, saya Joe dari smjk chungling. Saya sentiasa mempunyai masalah menentukan nilai yang betul untuk soalan struktur dan esei, apakah yang cikgu cadangkan untuk menandangi masalah ini? Terima kasih dan Selamat Hari Raya.
ReplyDeleteHi Joe..
ReplyDeleteCikgu akan jawab selepas hari raya kerana perlukan contoh-contoh
Sebenarnya pada setiap soalan ada tersembungi clue dalam menentukan nilai yang betul. Perlu banyak latihan menentukan nilai.
ReplyDeleteContoh 1:
Penduduk kampung yang KASIHAN dengan nasib malang Jean, seorang ANAK yatim yang KURANG UPAYA, telah mengumpul derma dan menyediakan keperluan harian Jean.
Cadangan nilai: KASIH SAYANG, MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK, MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA
Contoh 2:
Arun tidak melupakan jasa KELUARGA yang telah membantunya menjadi seorang doktor yang berjaya. Beliau membelikan rumah untuk ibu bapanya, selalu meluangkan masa bersama ibunya,dan terus mematuhi semua nasihat mereka.
Cadangan nilai: KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA/KASIH SAYANG,TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA/BERTANGGUNGJAWAB, HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA,
oh, i get the idea.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu.
Joe
U r welcome Joe n good luck 2 u.
ReplyDeleteHey cikgu.
ReplyDeleteIm Shereen for Convent St francis.
I would like to ask how to make a good essay. cause I never get higher marks on essay and I kinda weak on doing essay. any tips?
Hi Shereen,
ReplyDeleteI would suggest u visit my post on 'latihan menjawab soalan esei' and 'contoh skrip jawapan calon'
Good luck...
hi cikgu~say Lee di smk st kelvin,KL...boleh saya tahu format pendidikan moral SPM?
ReplyDeleteHi Lee,
ReplyDeleteformat soalan peperiksaan pendidikan moral tidak berubah. sila baca post cikgu yang berkenaan ye....
Greetings teacher,
ReplyDeleteI am Darethy from SMK Green Road, Kuching,Sarawak.
Dear teacher,
I have tried memorizing all the 36 nilai...and failed..I always get the nilai mixed up. As in I mix up the definition with the wrong nilai. Its always been a problem to me. I get confused because sometime the keywords are almost the same. Before an exam, I'd always try to memorize it but I'd always master memorizing the FIRST bidang ONLY..HELP teacher..i need tips on memorizing. Thank you :)
sy pricha . .dr smk sg.tong,, t'ganu
ReplyDeletesy nk tnye ckgu nie . .cikgu mengajar kt johor kn . .xada soalan percubaan spm 2011 yg ngeri johor nk share ke ckgu?? . .
Hi Darethy,
ReplyDeletei am so sorry for my late respond. this is because your comment does not appear on my screen. i don't know why, but this thing happen now and then. Anyway, my suggestion is that first, you write all the nilai on piece of paper until you master them. then, write the nilai with their definition, one at a time, until you master all....I really wish you luck. May you success
Hi pricha ...
ReplyDeletesebenarnya saya mngajar di kuala lumpur....
Cikgu, saya Indrejith..actually untuk nak hafal nilai-nilai Pendidikan Moral ini saya kena hafal 1 minggu sebelum ke? atau boleh ke saya hafal sehari atau dua hari sebelum peperiksaan...sebab kalau saya hafal awal, saya pasti akan lupa dan membuat kesilapan dalam menulis definisi nilai...esok exam saya cikgu...harap cikgu dapat membantu..
ReplyDeleteHi Indrejith...
ReplyDeleteSebenarnya adalah lebih baik kalau dapat mula hafal dr ting 1 lagi...bagaimanapun, dlm hal ini cikgu cadangkan hafal dari sekarang hingga smpai hari peperiksaan. Inu utk pastikan penguasaan yg lebih lagi...apa-apa pun cikgu wish you all the best in your examination tomorrow
okay cikgu terima kasih..dan cikgu, kenapa kita tidak boleh menukar perkataan dalam definisi walaupun maksudnya sama?? adakah perkara ini akan menjejas sistem pemarkahan dalam SPM...??
ReplyDeleteHi Indrejuith ....cikgu hanya boleh katakan ditakuti tidak akan mendapat markah jika menukar perkataan (takut boleh tukar maksud). Lebih selamat jgn tukar apa-apa pun untuk definisi nilai
ReplyDeleteSaya Avralinetine Epin, dari Program PERMATApintar Negara, UKM.
ReplyDeleteDalam post cikgu, cikgu ada menerangkan tentang cara untuk menentukan nilai yang betul berdasarkan clue yang terdapat dalam soalan.
Contoh :-
Penduduk kampung yang KASIHAN dengan nasib malang Jean, seorang ANAK yatim yang KURANG UPAYA, telah mengumpul derma dan menyediakan keperluan harian Jean.
Cadangan nilai: KASIH SAYANG, MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK, MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA.
Soalan saya,
1. Bagaimana pula dengan soalan bergambar ?
2. Apa perbezaan soalan huraikan " NILAI-NILAI " dan huraikan " DUA NILAI " ?
Contohnya :-
1. Gambar gempa bumi yang berlaku di Jepun.
Arahan : Huraikan "nilai-nilai" yang harus diamalkan oleh masyarakat Malaysia berdasarkan gambar di atas.
2. Gambar Mat Rempit
Arahan : Huraikan "dua nilai" yang patut diamalkan oleh pelajar sekolah bagi mengelakkan gejala di atas.
Mohon bantuan Cikgu. Facebook saya = Avralinetine Epin atau Avra Konouh.
cikgu susah sangat untuk hafal definisi...
ReplyDeleteHi Avralinetine Epin, Cikgu minta maaf sangat-sangat kerana terlalu lewat respond kepada persoalan Avralinetine. Cikgu tidak tahu mengapa persoalan Avralinetine tidak muncul di dalam list. Nasib baik cikgu brouse post ini.
ReplyDeleteOk, berbalik kepada soalan Avralinetine:
1. Bagaimana pula dengan soalan bergambar ?
Lihat gambar, jika ada datuk, nenek, ibu, bapa, anak, cucu; maka kita boleh tahu nilai paling hampir ialah bidang kekeluargaan. Jika ada sampah, pokok-pokok, haiwan, tanah runtuh, dll, maka nilai paling hampir ialah bidang alam sekitar. begirulah seterusnya.
2. Apa perbezaan soalan huraikan " NILAI-NILAI " dan huraikan "DUA NILAI" ?
"huraikan NILAI-NILAI" biasanya kita jumpa untuk soalan esei. Bagi soalan esei, kita tahu mesti perlukan 2 nilai. "huraikan DUA NILAI" pula jelas bahawa kita perlu beri sekurang-kurangnya 2 nilai dalam jawapan kita.
CIKGU NORAINI,cikgu pendidikan moral bukanlah cikgu yg benar dalam bidang moral..jadi,saya nak tanya kamu berkenaan dengan bagaimana pemeriksa semak kertas pendidikan moral di SPM??selain itu,saya juga nak tanya bagaimana dapat markah yg tinggi dalam esei moral??kerana saya sejak 20markah penuh dalam esei di tingkatan 4 sudah jatuh ke 11 markah sekarang...saya tak mahu jatuh markah lagi...seperti berikut ialah soalan peperiksaan pertengahan tahun sekolah saya(sekolah menengah kebangsaan air itam): soalannya ialah 10.pernyataan berikut berkaitan dengan kempen"utamakan keluarga". kementerian pembangunan wanita,keluarga dan masyarakat telah menganjurkan kempen "utamakan keluarga" melalui media massa. huraikan nilai-nilai yang ingin diterapkan melalui kempen tersebut.jawapan anda mestilah disertakan dengan huraian atau contoh yang sesuai.(10markah) cikgu noraini,sila ajar tulis esei ini agar saya dapat markah yang tinggi kerana saya hanya dapat 4markah sahaja dalam esei tersebut..thank you for your helps
ReplyDeleteHi Vincent,
Deletesepatutnya sertakan 10 pernyataan tersebut untuk saya gunakan sebagai contoh/huraian.
nilai KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA. ahli keluarga perlu ada Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga. contohnya mereka sertai kempen utamakan keluarga yang mereka sayangi itu. contoh seterusnya mereka mengutamakan keluarga mereka didalam setiap tindakan mereka sebagai tanda cinta mendalam terhadap keluarga mereka. nilai RASIONAL. anggota keluarga perlu boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. contohnya mereka boleh berfikir mengenai kepentingan mengutamakan keluarga. contoh seterusnya mereka sentiasa mengutamakan keluarga ketika bertindak.
Hi cikgu saya Faridah Babalan from SMK Pinggan-Pinggan Pitas, Sabah,saya nak tanya cikgu bagaimana format esei yang di masukkan dalam folio/kerja kursus pendidikan moral? Adakah esei yang dimasukkan dalam folio sama format dengan format menjawab esei soalan SPM?
ReplyDeleteHi Faridah
Deleteesei untuk laporan kerja amal ialah seperti karangan biasa sahaja. ianya langsung tidak sama dengan format menjawab soalan esei. sila rujuk contoh yang saya berikan
Hi Cikgu, Saya dari Sekolah Sri Garden, KL. Nak tanya cikgu ada tak list untuk Jabatan-Jabatan, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan?
ReplyDeleteThank you cikgu
maaf...saya masih belum sempat untuk membuat senarai tersebut
Deletesalam Pn Noraini
ReplyDeletesaya Izma dr SMV PD
sy guru baru yg kna mengajar subjek PM ini...
dan sy byk belajar dr blog cgu... sbb mmg zero knowledge psl PM..
tp Alhamdulillah.. skrg sy dah faham n rasa confident utk mengajar pelajar2 sy... apa yg saya ajar utk 2 tahun lps agak betul cuma sy kurang tekan pada Akta... cuma masalah pelajar sy ialah menghafal kata kunci...
sy surf laman web lain.. kata kunci yg diberikan berbeza.. sy xpasti... jd sy ikut saja apa yg guru lama di sini beri.. pecahkan definisi kepada 2..
hrp sy tak salah.. kesian pelajar sy..
apa pun.. terima kasih dan.. teruskan usaha murni cgu ni...
salam....
cikgu ada tak senarai akta, jabatan dan dasar? thank you
ReplyDeletehello.. is this blog still active?
ReplyDeleteCikgu,saya Lokita dari SMK St.Anne's Convent Kulim,Kedah. Bolehkah saya dapat Kandungan buku teks tingkatan 4 dan 5 yang ringkas,sebab saya tak ada buku teks tingkatan 4 dan rasanya tak sempat membaca seluruh buku teks tingkatan 5.kalau ada nota ringkas,mesti banyak membantu..harap cikgu bantu saya..saya calon spm 2013,lagi beberapa hari sahaja nak spm.tolonglah saya cikgu.saya ingin sangat nak dapat A+ dalam moral.
ReplyDeletecikgu ada soalan ramalan bagi spm moral 2013 tak???
ReplyDeletetidak.....bacalah semua dan menguasai semua nilai, akta dan dasar
ReplyDeletedid you have any targeted nilai 4 SPM 2014?????????????
ReplyDelete