INSAN BERMORAL ADALAH INSAN YANG BAHAGIA

Bila kita bermoral, masyarakat menyayangi dan menyukai kita, Tuhan juga sayang akan kita, yang paling penting, hati kita lapang, selesa dan bahagia

SEMOGA BERJAYA

PENDIDIKAN MORAL TIDAKLAH SUSAH.
YANG PENTING USAHA SEDIKIT, DISIPLIN,
DAN SEMANGAT UNTUK BERJAYA

xOnline Design

Friday 7 August 2009

MENGESAN KESILAPAN DALAM PEPERIKSAAN

Friday 7 August 2009
MENGESAN KESILAPAN DALAM PEPERIKSAAN

Bandingkan cara cikgu menulis jawapan.



a)
i - Masyarakat patut mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak. Mereka patut Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna dengan mengelakkan penganiayaan. Ini kerana kanak-kanak berhak untuk membesar dengan selamat.

ii- Masyarakat patut mengamalkan nilai kasih sayang. Mereka patut ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati serta mengelakkan berlakunya penganiayaan kanak-kanak. Contohnya mereka memberi kasih sayang kepada kanak-kanak



b)
i - Kanak-kanak merupakan pemimpin masa hadapan
ii - Kanak-kanak adalah insan yang lemah dan tidak tahu melindungi diri sendiri

c)
Saya akan menghantar kanak-kanak itu ke rumah kebajikan. Ini kerana di sana kanak-kanak itu akan mendapat perlindungan dan pembelaan yang maksima.


a)
Masyarakat patut mengamalkan nilai melindungi hak pengguna. Mereka patut membela dan memelihara hak untuk menjadi pengguna berilmu dan mendapat perkhidmatan dan barangan berkualiti serta tidak dieksploitasi dengan cara prihatin terhadap hak mereka. Contohnya makanan dalam tin yang dibeli tidak luput tarikh.

b)
i - Persatuan pengguna Melaka
ii - Tribunal tuntutan pengguna
iii - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna

c)
i - harga barangan dinaikkan dengan sewenangnya
ii - peniaga menjual barangan yang tidak bermutu sesuka hati

d) Saya akan mengadakan bengkel kepenggunaan di sekolah. Ini supaya rakan-rakan saya sedar dan tahu akan hak mereka sebagai pengguna.





a)

i - kebebasan beragama
ii - hidup bersama secara aman
iii - mengekalkan tradisi kekeluargaan

b)
i - Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia
ii - Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya

c)
Saya akan memakai cheong sam merah pada hari tahun baru cina. Ini supaya tradisi keluarga saya akan diteruskan hingga generasi seterusnya.

d)
i - kaum cina
ii - kaum Melayu
iii - kaum India





 


Anggota masyarakat perlu mengamalkan nilai Amanah. Mereka perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain untuk membenteras gejala negatif. Contohnya pengarah syarikat tidak menerima rasuah. Ini supaya syarikatnya terus diperayai oleh pelanggan lain. Seterusnya masyarakat perlu mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan untuk membenteras gejala negatif. Contohnya petugas mahkamah tidak melesapkan bukti mahkamah. Ini supaya keadilan dapat dipelihara dan negara kita dihormati negara luar. Akhir sekali masyarakat perlu mengamalkan nilai bertanggungjawab. Mereka perlu sanggup untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan untuk membenteras gejala negatif. Contohnya pegawai BPR siasat pemalsuan mykad. Ini supaya hak rakyat Malaysia tidak dirampas oleh pendatang haram.

19 comments:

  1. Pn Noraini,

    1.Adakah format menulis esei moral seperti di bawah? ( cara guru saya mengajar )

    - tulis dalam satu perenggan
    - menggunakan lima ayat untuk menghuraikan satu isi iaitu:

    ayat 1: Nyatakan nilai yang hendak ditulis.
    ayat 2: Nyatakan subjek dan kata kunci nilai pertama bersama dengan huraian.
    ayat 3: Berikan contoh untuk kata kunci pertama.
    ayat 4: Nyatakan subjek dan kata kunci nilai kedua bersama dengan huraian.
    ayat 5: Berikan contoh untuk kata kunci kedua.

    2. Cikgu, berapa nilai sebenarnya yang perlu ditulis untuk esei (20 markah )?

    - ada guru yang mengatakan bahawa tiga nilai sudah mencukupi (di mana dua nilai yang mendapati lebih markah akan diterima manakala bagi nilai yang kurang markahnya akan diabaikan). Tetapi, ada guru yang mengatakan bahawa ketiga-tiga nilai yang ditulis akan diberi markah.

    3. Sekiranya kita mengunakan perkataan (seperti: iaitu, bermaksud, didefinisikan sebagai) dalam sesetengah soalan, markah akan terus ditolak? Betul ke?

    -cth: Masyarakat harus mengamalkan nilai kepercayaan kepada tuhan yang bermaksud keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

    P/S: Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Noraini kerana sudi membantu saya dan menjawab sebarang pertanyaan saya dalam subjek pendidikan moral.

    Terima Kasih.

    Yvonne

    ReplyDelete
  2. Hi Yvonne...
    tak mengapa...yg penting Yvonne dapat A1.

    Sebenarnya Yvonne boleh rujuk bahagian PANDUAN MENJAWAB KERTAS 1225/1 yg telah cikgu sediakan. Di sana notanya lebih lengkap

    Soalan 1

    - Betul jawab dlm 1 perenggan.
    - Dahulu memang jawab dalam 5 ayat. Sekarang boleh jawab dalam 4 ayat. ayat 1 (1 mark), ayat 2 (2 mark), ayat 3 (1 mark) dan ayat 4 (1 mark)

    ayat 1 - karektor + nilai.
    ayat 2 - Gantinama + definisi/kata kunci + isu/tindakan karektor.
    ayat 3 - contoh/how to practice the above definition
    ayat 4 - kebaikan/the reason/why we practice the above action

    Yang cikgu Yvonne ajar tu memang betul

    2. Untuk soalan esei hanya perlu berikan 3 nilai sahaja. Dua nilai dengan markah terbaik akan diambil kira. Tidak betul markah ketiga-tiga nilai diambil kira. Sebenarnya nilai yang ketiga itu bertindak sebagai back up sahaja. Kalau nilai 1/2 salah, nilai 3 boleh membantu

    3. Memang betul. Malah nilai tersebut dianggap salah, dan keseluruhan jawapan bagi nilai tersebut dianggap salah. Mana ada nilai " kepercayaan kepada tuhan yang bermaksud keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara" kan.. Yang ada ialah nilai "kepercayaan kepada tuhan"

    ReplyDelete
  3. HI PELAJAR SEMUA....

    TERIMA KASIH KERANA MENGHUBUNGI CIKGU, CIKGU MINTA MAAF KERANA AGAK LEWAT MENJAWAB BEBERAPA PERSOALAN ANDA DISEBABKAN MASALAH SERVER DI TEMPAT CIKGU.

    BAGI PELAJAR SELAIN DARIPADA SMK TAMAN KOSAS, CIKGU HARAP PELAJAR DAPAT SERTAKAN NAMA DAN SEKOLAH ANDA BAGI SETIAP PERSOALAN YANG DIBERIKAN.

    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  4. Cikgu kata 4 ayat cukup untuk esei tetapi boleh dapat 5 markah?

    ReplyDelete
  5. Hi Simon..

    Ya betul.

    Ayat 1 = 1 markah
    Ayat 2 = 2 markah
    Ayat 3 = 1 markah
    Ayat 4 = 1 markah
    JUMLAH = 5 MARKAH

    ReplyDelete
  6. Hi semua pelajar...

    Sertakan nama pelajar dan sekolah setiap kali sebelum post komen supaya cikgu senang untuk greet ketika respond nanti

    ReplyDelete
  7. HI RESPECTED STUDENTS

    IT WOULD BE GOOD IF YOU COULD READ MY POSTS, THE COMMENTS FROM YOUR FRIENDS, AND MY COMMENTS BEFORE YOU ASK ANY QUESTION.

    THANK YOU

    ReplyDelete
  8. Semua blogger yang dihormati, saya hanya akan respon kepada comment-comment yang disertakan nama penuh blogger dan nama penuh sekolah sahaja. HARAP MAKLUM.

    ReplyDelete
  9. cikgu
    saya nak tanya sedikit
    contohnya ... nilai kerajinan
    kata kuncinya adalah
    usaha yang berterusan / semangat ketekunan /kecekalan / kegigihan /dedikasi /berdaya maju
    cikgu saye ada bagi kertas yang mengandungi kata kunci , dia tulis macam ni , tapi saya tak faham
    kalau .... kite nak guna kata kunci "kegigihan" ,kita perlu tulis "individu mempunyai semangat kegigihan" atau "individu mempunyai kegigihan" ?

    DAN
    nilai kasih sayang , kata kuncinya adalah :
    peka / perasaan cinta yang mendalam/ berkekalan
    kalau kita nak tulis kata kunci "peka" kita kena tulis "individu perlu peka terhadap haiwan" atau "individu perlu mempunyai peka yang mendalam dan berkekalan terhadap animal "

    yang saya tak faham ialah " / " yang digunakan dalam senarai kata kunci itu

    ReplyDelete
  10. Semua blogger yang dihormati, saya hanya akan respon kepada comment-comment yang disertakan nama penuh blogger dan nama penuh sekolah sahaja. HARAP MAKLUM.

    ReplyDelete
  11. cikgu
    saya nak tanya sedikit
    contohnya ... nilai kerajinan
    kata kuncinya adalah
    usaha yang berterusan / semangat ketekunan /kecekalan / kegigihan /dedikasi /berdaya maju
    cikgu saye ada bagi kertas yang mengandungi kata kunci , dia tulis macam ni , tapi saya tak faham
    kalau .... kite nak guna kata kunci "kegigihan" ,kita perlu tulis "individu mempunyai semangat kegigihan" atau "individu mempunyai kegigihan" ?

    DAN
    nilai kasih sayang , kata kuncinya adalah :
    peka / perasaan cinta yang mendalam/ berkekalan
    kalau kita nak tulis kata kunci "peka" kita kena tulis "individu perlu peka terhadap haiwan" atau "individu perlu mempunyai peka yang mendalam dan berkekalan terhadap animal "

    yang saya tak faham ialah " / " yang digunakan dalam senarai kata kunci itu

    ReplyDelete
  12. Derrick
    1. nilai kerajinan, Gunakan individu ada usaha berterusan dengan kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju..... atau jika mahu pecahkan kepada 2 , gunakan individu ada usaha yang berterusan.....
    individu juga penuh dengan semangat tekun, cekal, gigih, dedikasi, berdaya maju.....

    2. Nilai kasih sayang, individu perlu ada perasaan cinta terhadap haiwan yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati. Atau jika mahu pecahkan kepada 2, individu perlu ada kepekaan mendalam dari hati yang ikhlas terhadap haiwan .....individu juga perlu ada perasaan cinta terhadap haiwan yang berkekalan dari hati yang ikhlas

    ReplyDelete
  13. puan.
    soalan: Peniaga sering melakukan penipuan ke atas pengguna.

    a)nyatakan satu nilai yang sewajarnya diamalkan oleh peniaga.
    jwp: peniaga sewajarnya amalkan nilai Melindungi Hak pengguna. (bolehkan jawapan ini diterima)

    ReplyDelete
  14. puan.
    soalan: Peniaga sering melakukan penipuan ke atas pengguna.

    a)nyatakan satu nilai yang sewajarnya diamalkan oleh peniaga.
    jwp: peniaga sewajarnya amalkan nilai Melindungi Hak pengguna. (bolehkan jawapan ini diterima)

    ReplyDelete
  15. kumar a/l ravi . (smk tasek damai,ipoh)June 22, 2012 5:46 pm

    puan.
    soalan: Peniaga sering melakukan penipuan ke atas pengguna.

    a)nyatakan satu nilai yang sewajarnya diamalkan oleh peniaga.
    jwp: peniaga sewajarnya amalkan nilai Melindungi Hak pengguna. (bolehkan jawapan ini diterima)

    ReplyDelete
  16. Hai cikgu, nama saya alice dari Sabah. Betulkah esei tahun ini ada format baru dan lama? Bolehkah cikgu bantu saya, sebab cikgu di sekolah saya kata format lama tidak perlukan perenggan manakala format baru perlukan perenggan. It makes me confuse. =(

    ReplyDelete

 

Rakan Blog Pendidikan Moral

My Blog List