INSAN BERMORAL ADALAH INSAN YANG BAHAGIA

Bila kita bermoral, masyarakat menyayangi dan menyukai kita, Tuhan juga sayang akan kita, yang paling penting, hati kita lapang, selesa dan bahagia

SEMOGA BERJAYA

PENDIDIKAN MORAL TIDAKLAH SUSAH.
YANG PENTING USAHA SEDIKIT, DISIPLIN,
DAN SEMANGAT UNTUK BERJAYA

xOnline Design

Saturday, 4 July 2009

CONTOH SKRIP JAWAPAN CALON

Saturday, 4 July 2009
CIKGU YAKIN PELAJAR SEKALIAN JUGA MENGALAMI MASALAH YANG SAMA.CUBA BANDINGKAN CARA CIKGU MENJAWAB.

Pelajar harus ambil perhatian bahawa penandaan kertas 1225/1 adalah amat teliti. Bagaimana pun, jika pelajar kurang mahir berbahasa Melayu, jangan bimbang dengan struktur ayat dan tatabahasa anda; selagi pemeriksa faham maksud pelajar, dan jawapannya adalah betul... pelajar selamat.




Klik untuk baca soalan


1 a)
Watak: masyarakat
Isu: mengelakkan berlakunya penganiayaan
Nilai: Melindungi hak kanak-kanak , kasih sayang


i. Masyarakat patut mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak. Mereka patut Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna untuk mengelakkan berlakunya penganiayaan.


ii. Masyarakat patut mengamalkan nilai kasih sayang. Mereka patut ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati untuk mengelakkan berlakunya penganiayaan.


1 b)
i. Mereka pemimpin masa hadapan
ii. Mereka belum mampu melindungi diri sendiri


c)
Saya akan meminta ibu saya menghantar kanak-kanak tersebut ke rumah perlindungan kanan-kanak. Ini kerana di sana kanak-kanak tersebut akan mendapat perlindungan dan pembelaan yang sewajarnya.



Klik untuk baca soalan
2 a)
Watak: Masyarakat
Isu: prihatin terhadap hak mereka sebagai pengguna
Nilai: Melindungi hak pengguna


Masyarakat patut mengamalkan nilai melindungi hak pengguna. Mereka patut membela dan memelihara hak untuk menjadi pengguna berilmu dan mendapat perkhidmatan dan barangan berkualiti serta tidak dieksploitasi dengan cara prihatin terhadap hak mereka sebagai pengguna.


2 b)
i. Persatuan pengguna Pulau Pinang (CAP)
ii. Tribunal tuntutan pengguna
iii. Kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna

2 c)
Saya akan menganjurkan bengkel pengguna dengan cara memanggil penceramah dari luar. Ini supaya kami dapat pengetahuan terperinci tentang hak-hak kami sebagai pengguna.




Klik untuk baca soalan

3 a)
i. Kebebasan beragama
ii. Hidup bersama secara aman
iii. Mengekalkan tradisi kekeluargaan


3 b)
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya

3 c)
Saya akan memakai pakaian tradisi setiap kali menyambut hari perayaan kami. Ini supaya pakaian tradisi kami akan dapat dikekalkan.


3 d)
i. kaum Cina
ii. kaum Melayu
iii. kaum India






Klik untuk baca soalan
4 a)
i. Nilai cinta akan negara
ii. Nilai sanggup berkorban untuk negara


4 b)
i. Kami adalah rakyat Malaysia yang ikhlas berjuang untuk negara. Kami tidak akan meminta ganjaran di atas perjuangan kami kerana semuanya adalah untuk negara kami yang tercinta.

ii. Kami sentiasa bersedia berkorban harta, masa ataupun nyawa untuk negara pada bila-bila masa. Pengorbanan kami ini adalah semata-mata untuk ibu pertiwi yang kami cintai ini.


4 c)
i. Pelajar Malaysia pulang berkhidmat di negara sendiri walaupun mendapat tawaran gaji yang lumayan daripada negara luar. Ini kerana negara negara sangat memerlukan tenaga pakar mereka.

ii. Rakyat malaysia mematuhi semua peraturan dan undang-undang negara. Contohnya tidak menyertai aktiviti subversif.







Klik untuk baca soalan


5 a)
i. YB Wong mempamerkan nilai Berdikari. Beliau boleh dan sanggup melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain untuk melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan sempurna. Contohnya beliau berusaha sendiri mencari sumber kewangan bagi membina dewan


ii. YB Wong membamerkan nilai Hemah tinggi. Beliau beradap sopan dan berbudi pekerti mulia ketika melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan sempurna. Contohnya beliau terkenal dengan sikap peramah dan bermesra dengan semua lapisan rakyat.


5 b)
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya


5 c)
i. Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar
ii. Nilai kemapanan alam sekitar





Klik untuk baca soalan
6 a)
i. Kita patut mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Kita patut prihatin terhadap persoalan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya dengan menyahut slogan di atas. Contohnya melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui mengenai aktiviti pemburuan haram.
ii. Kita patut mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Kita patut memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan ekosistem dengan berusaha memelihara hidupan liar di seluruh dunia. Contohnya tidak terlibat dalam urusan jual beli haiwan yang dilindungi kerajaan.

6 b)

Jabatan alam Sekitar mengadakan banyak kempen mendidik masyarakat dalam usaha mengekalkan keseimbangan alam sekitar. Contohnya mengadakan Program Kesedaran Pemuliharaan Asia (ACAP)


6 c) 2 jenis hidupan liar yang yang diberi perlindungan di negara kita:
i. Harimau
ii. Orang utan





Klik untuk baca soalan
7 a)
i. Jiran tetangga ingin diterapkan nilai kasih sayang. Mereka diharapkan ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati menerusi kempen budi bahasa budaya kita. contohnya sayang menyayangi dan bertegur sapa ketika berjumpa.


ii. Bangsa Malaysia ingin diterapkan nilai Hemah tinggi. Mereka diharapkan beradap sopan dan berbudi pekerti mulia menerusi kempen budi bahasa budaya kita. contohnya bertimbang rasa dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

7 b)
i - Saya akan berbudi bahasa dengan semua guru saya. Contohnya saya akan mengucap selamat kepada guru ketika bertemu dengan mereka.


ii - Saya akan membantu rakan saya. Contohnya membimbing rakan yang kurang faham dalam sesuatu topik pelajaran.





Klik untuk baca soalan
8 a)
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain


8 b)
i - Mengemas tempat tidur sendiri. Tanpa menunggu arahan, pelatih mengemas tempat tidur masing-masing sebaik bangun tidur sebelum meneruskan aktiviti latihan tanpa mengharapkan bantuan. 


ii - Membasuh pakaian sendiri. Tanpa mengharapkan bantuan sesiapa pelatih telah membasuh pakaian masing-masing, menjemurnya dan akhirnya melipat pakaian mereka sendiri.
 

8 c)
Pelatih Program Khidmat Negara mempamerkan nilai saling membantu dan bekerjasama. Mereka ada usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara ketika menyumbang tenaga membantu mangsa Tsunami.



Klik untuk baca soalan
1.
Anggota masyarakat perlu mengamalkan nilai Amanah. Mereka perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain untuk membenteras gejala negatif. Contohnya pengarah syarikat tidak menerima rasuah. Ini supaya syarikatnya terus diperayai oleh pelanggan lain. Seterusnya masyarakat perlu mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan untuk membenteras gejala negatif. Contohnya petugas mahkamah tidak melesapkan bukti mahkamah. Ini supaya keadilan dapat dipelihara dan negara kita dihormati negara luar. Akhir sekali masyarakat perlu mengamalkan nilai bertanggungjawab. Mereka perlu sanggup untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan untuk membenteras gejala negatif. Contohnya pegawai BPR siasat pemalsuan mykad. Ini supaya hak rakyat Malaysia tidak dirampas oleh pendatang haram.






Klik untuk baca soalan



3.
Melalui pernyataan di atas, dapat dikesan majikan mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan dengan mematuhi Akta Kerja 1955. Contohnya mewajibkan semua pekerja diberikan gaji yang setimpal dengan jawatan tanpa diskriminasi. Ini supaya majikan tidak dikenakan tindakan undang-undang. Seterusnya majikan mengamalkan nilai menghormati hak golongan kurang berupaya. Majikan memberi layanan bersopan supaya pekerja cacat tidak berasa tersisih sebagai insan ciptaan Tuhan dengan cara memberi pengiktirafan kepada mereka. Contohnya majikan menyediakan kemudahan khas untuk memudahkan pergerakan pekerja cacat di tempat kerja. Ini supaya mereka selesa ketika bekerja. Akhir sekali majikan mengamalkan nilai melindungi hak pekerja. Mereka menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan pekerja dengan cara berkongsi keuntungan. Contohnya pekerja diberi bonus mengikut keuntungan yang diperolehi mengikut tahun kewangan tertentu. Ini supaya pekerja lebih gembira dan bersemangat untuk bekerja dengan lebih tekun.






Klik untuk baca soalan
1 a)
i. Peniaga sepatutnya mengamalkan nilai amanah. Mereka sepatutnya bersikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan pengguna ketika mengadakan jualan murah. contohnya peniaga tidak menipu pengguna. 

ii. Peniaga sepatutnya mengamalkan nilai melindungi hak pengguna. Mereka sepatutnya membela dan memelihara hak untuk menjadi pengguna berilmu dan mendapat perkhidmatan dan barangan berkualiti serta tidak dieksploitasi ketika mengadakan jualan penghabisan stok. Contohnya mereka tidak menipu pengguna.




1 b)
i. Akta kawalan harga
ii. Akta timbang dan sukat








Klik untuk baca soalan
1 c)
i. Menguatkuasakan undang-undang terhadap aktiviti cetak rompak. Contohnya merampas video cetak rompak daripada penjual dan menghantar mereka ke muka pengadilan.

ii. Meneliti tarikh luput makanan dalam tin sebelum membelinya. Ini supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan peniaga. 

2 a)
i. Asas pembentukan keluarga bahagia ialah ahli keluarga mengamalkan nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga. Mereka memuliakan, berinteraksi dan memberi layanan sopan untuk melahirkan keluarga harmonis dengan cara sentiasa berusaha menghindarkan konflik.


ii. Asas pembentukan keluarga bahagia ialah ahli keluarga mengamalkan nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan. Mereka menerima dan menghormati adat dan kepercayaan yang diwarisi turun temurun dengan cara mengamalkan amalan tradisi keluarga sebagai cara hidup.
 

iii. Asas pembentukan keluarga bahagia ialah ahli keluarga mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Mereka ada perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan dengan cara mengamalkan budaya penyayang sebagai pegangan hidup berkeluarga.



Klik untuk baca soalan
3 a)
i. Setiap individu sepatutnya mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Kita sepatutnya prihatin terhadap persoalan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya dengan cara melindungi laut dan sungai daripada pencemaran toksik.



ii. Setiap individu sepatutnya mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Kita sepatutnya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan ekosistem dengan cara memelihara keaslian bumi.
3 b)
i. pencemaran aalam sekitar
ii. kepupusan flora dan fauna
iii. kesihatan manusia terjejas


3 c)
i. kitar semula untuk mengelakkan pembaziran sumber alam.
ii. Tidak melakukan pembakaran terbuka
iii. Melapor kepada pihak berkuasa jika mengetahui ada penerokaan hutan secara haram.

62 comments:

  1. thanks,puan noraini..blog ini memang berguna untuk setiap pelajar untuk mendapat teknik menjawab soalan dalam moral dengan tepat..i will do my best for the exam!

    ReplyDelete
  2. Hi Aeron....

    That's the spirit young man....

    ReplyDelete
  3. HI PELAJAR SEMUA....

    TERIMA KASIH KERANA MENGHUBUNGI CIKGU, CIKGU MINTA MAAF KERANA AGAK LEWAT MENJAWAB BEBERAPA PERSOALAN ANDA DISEBABKAN MASALAH SERVER DI TEMPAT CIKGU.

    BAGI PELAJAR SELAIN DARIPADA SMK TAMAN KOSAS, CIKGU HARAP PELAJAR DAPAT SERTAKAN NAMA DAN SEKOLAH ANDA BAGI SETIAP TERSOALAN YANG DIBERIKAN.

    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  4. Erm, I'm quite confused with what the question is asking for sometimes...

    For instance, if the question is asking me to "huraikan nilai" or "jelaskan nilai", is it the same as "berikan maksud nilai"?

    in the above cases, how should I answer? State the related nilai and give the meaning or elaborate them in my own words?

    Regards, Mei Lyn.

    ReplyDelete
  5. Mei Lyn...

    Perhatikan contoh di bawah.

    SITUASI

    Ng telah menyelamatkan seekor anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang.

    NYATAKAN/BERIKAN/SENARAIKAN SATU NILAI YANG NG TELAH AMALKAN. (1 markah)
    Ng telah mengamalkan nilai kasih sayang.

    BERIKAN MAKSUD/DEFINISI NILAI DI ATAS. (2 markah)
    Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

    HURAIKAN/JELASKAN/TERANGKAN NILAI YANG TELAH NG AMALKAN. (2 markah)
    Ng telah mengamalkan nilai kasih sayang. Dia ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati dengan menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang.

    ReplyDelete
  6. thanks a lot! I'm dubious about these for a long time... thanks! =)

    ReplyDelete
  7. Salam sejahtera Puan Noraini. Nama saya Wong Yen Siang dari SMK Saint Anthony,Teluk Intan, Perak. Cikgu, dalam esei bolehkah saya menulis macam ini:
    Nilai bertanggungjawab. Pelajar tersebut ( kata kunci pertama ). Contoh pertama. Pelajar tersebut ( kata kunci kedua). Contoh kedua.
    Maknanya saya tidak letak watak pada baris pertama. Dan saya juga pisahkan kata kunci dan disertakan contoh yg berbeza.
    Untuk pengetahuan cikgu, guru saya ajar cara ini.

    ReplyDelete
  8. Wong,

    Tahun2 lepas jika tiada karektor dlm ayat 1, keseluruhan jawapan bagi nilai itu dianggap salah. Bagaimanapun cikgu dimaklumkan, thn ini diterima atas sebab ruang menjawab yg sedikit. Cara yang cikgu Wong ajar itu memang betul. Cuma cikghu nak cadangkan, contoh pertama itu menyentuh CARA, dan contoh kedua itu pula menyentuh SEBAB.

    CONTOH:

    Hema mengamalkan nilai hemah tinggi. Dia beradap sopan dalam pergaulan sehariannya. Contohnya dia mengucap selamat bila bertemu gurunya. Hema juga berbudi pekerti mulia dalam pergaulan sehariannya. Ini supaya dapat menjaga hati kawan-kawannya.

    ReplyDelete
  9. Hi semua pelajar...

    Sertakan nama pelajar dan sekolah setiap kali sebelum post komen supaya cikgu senang untuk greet ketika respond nanti

    ReplyDelete
  10. Narendar@gunnerMay 30, 2010 10:45 pm

    Salam sejahtera Puan Noraini. Saya Narendar dari SMK Dato' Mohd Said Nilai.Cikgu,saya keliru apabila cikgu menyelitkan keseluruhan definisi dalam soalan yang meminta pelajar menjelaskan/menghuraikan nilai yang patut diamalkan.Cikgu saya hanya memberitahu saya hanya selitkan salah satu kata kunci nilai yang bekenaan dan disertai dengan 'tindakan/isu' daripada soalan.Bagaimana cikgu????

    ReplyDelete
  11. Hi Narender....

    Maafkan cikgu kerana lewat respond....cikgu agak sibuk dengan persiapan jamuan tahunan pengawas sekolah cikgu.

    Bagi soalan struktur (bahagian A) soalan jelaskan, huraikan, dan terangkan, pelajar perlu sertakan sekurang-kurangnya separuh daripada definisi nilai berkaitan.

    Ada sekolah meringkaskan definisi kepada 5 kata kunci, oleh itu pelajar perlu gunakan 3 drp 5 kata kunci.

    Bagi sekolah yang membahagikan definisi kepada 2 kata kunci, pelajar perlu gunakan 1 drp 2 kata kunci tersebut, dan bagi sekolah yg membahagikan definisi kepada 3, maka pelajar perlu gunakan 2 drp 3 kata kunci.

    Cikgu sengaja gunakan semua kata kunci untuk membiasakan pelajar, kerana bagi soalan esei, pelajar perlu gunakan semua kata kunci bagi nilai berkaitan ketika menjawab.

    Bagaimana..?? cikgu menjawab soalan Narendar ke...?

    ReplyDelete
  12. Narendar@gunnerJune 05, 2010 5:41 pm

    TERIMA KASIH CIKGU...KINI,SAYA LEBIH JELAS..

    ReplyDelete
  13. HI RESPECTED STUDENTS

    IT WOULD BE GOOD IF YOU COULD READ MY POSTS, THE COMMENTS FROM YOUR FRIENDS, AND MY COMMENTS BEFORE YOU ASK ANY QUESTION.

    THANK YOU

    ReplyDelete
  14. SAYA THENG~
    CIKGU^^
    SEDIKIT KELAM-KABUT ...
    CIKGU DI SEKOLAH SAYA MENGAJAR KAMI KENA TULIS PENERANGAN...DAN CONTOH HENDAKLAH FIKIR SENDIRI...NAMUN SAYA DAPATI KAMU GUNA MAKLUMAT ATAS YANG DIBEKALAN ...SANGAT CONUSED~SAYA RASA CIKGU SEKOLAH SAYA TAK TAHU TENTANG TEKNIN MENJAWAB...NAMUN SAYA PULA HENDAK MENGIKUTI SUKATANNYA...(DEMI MARKAH)...SAYA SKOR A DALAM SPM...TAPI SAYA RASA SAYA TIDAK KEMANPUAN KERANA TAK TAHU TENTANG TEKNIK....HAIZZ...
    BAGAIMANA SAYA SKOR ???
    PENGGUNAAN BAHASA SAYA TERUK..HARAP MAAF

    ReplyDelete
  15. SEKALI LAGI NAK TANYA...
    CONTOH BOLEHKAH TIDAY SEMPADAN DENGAN KATA KUNCI?
    KERANA SAYA SELALU MENGHADAPI MASALAH INI...

    SAYA THENG,DARI SMK MATANG...^^
    RIBUAN TERIMAH KASIH

    ReplyDelete
  16. Hi Theng

    Theng boleh terus gunakan maklumat yang dibekalkan (apakah cikgu Theng akan tanda sebagai salah jika Theng lakukan seperti yang cikgu cadangkan?).

    Jangan susah hati mengenai bahasa Melayu yang teruk. Silap ejaan, tatabahasa dan susunan ayat dalam jawapan, selagi pemeriksa faham maksud Theng, tidak dipotong markah. Tetapi ejaan untuk nilai tidak boleh salah. susunan perkataan dalam nilai juga tidak boleh diubah.

    Contoh mesti berkaitan dengan/merujuk kepada kata kunci.

    ReplyDelete
  17. TERIMA KASIH ATAS PANDANGAN~

    ReplyDelete
  18. salam puan noraini...saya afzal pelajar pendidikan opsyen p.moral dr uiam, soalan saya adakah pelajar akan dipotong markah sekiranya menjawab soalan esei dalam 2 perenggan iaitu satu nilai 1 perenggan..terima kasih

    ReplyDelete
  19. Salam kembali Afzal...

    Tidak akan potong markah jika pelajar menjawab soalan esei dalam 2 atau 3 perenggan.

    ReplyDelete
  20. Semua blogger yang dihormati, saya hanya akan respon kepada comment-comment yang disertakan nama penuh blogger dan nama penuh sekolah sahaja. HARAP MAKLUM.

    ReplyDelete
  21. jason tioh
    pelajar smk jalan damai. pp
    semasa menjelaskan atau menghuraikan nilai, adakah saya perlu menulis nilai yang terdapat di situasi di atas (menyalin soalan baru jawab)

    atau boleh terus menulis seperti berikut:
    nilai ... kemudian tambah penerangan sahaja

    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  22. Hi Jason,

    Betul, tidak perlu salin soalan semula. Terus sahaja jawab.

    Contoh: Nilai bertanggungjawab. Kamala sanggup untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipannya sebagai seorang pelajar dengan sempurna.

    ReplyDelete
  23. thank's a lot pn noraini, this blog sangat sangat membantu saya yang baru tahun ini diberi tanggungjawab mengajar pendidikan moral. Ia boleh dijadikan sebagai sumber rujukan utama walaupun terdapat laman web lain yang berkaitan. sekali lagi terima kasih banyak.
    daripada: cikgu sharifah hasliza , SMK Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.

    ReplyDelete
  24. Salam Cikgu Sharifah Hasliza,

    Terima kasih kembali...saya gembira dapat memberi kegembiraan...selamat datang ke dunia Pendidikan Moral

    ReplyDelete
  25. excuse me,
    i have some question regarding the essay questions

    my moral teacher says that we should answer using
    nilai 1, penerangan, contoh, penerangan,contoh
    nilai 2, penerangan, contoh, penerangan,contoh

    but your way suggests
    nilai 1, penerangan, contoh
    nilai 2, penerangan, contoh
    nilai 3, penerangan, contoh

    Can I know which format of answering is currently in use? this is urgent, i'm taking spm on tuesday =)

    ReplyDelete
  26. btw, i'm from lasalle klang

    ReplyDelete
  27. Hi Rain,

    10 marks is given for each essay question. 1 nilai brings 5 marks so u need 2 nilai. But I strongly suggest u give 3 nilai. Why?? d 3rd nilai works as the backup. The 2 highest mark will be taken as your score.

    for each nilai, follow this format.

    Nilai. karektor + definisi + isu. how/contoh. why.

    ReplyDelete
  28. hi pn noraini. blog puan sangat membantu saya dalam pengajaran pendidikan moral. tahun ini ialah tahun pertama saya mengajar pendidikan moral. saya sedikit confuse dengan penandaan skrip 'TR'. bagaimana untuk mengenalpasti penerangan yang tidak relevan untuk soalan? TQVM!
    regards, Darlene Malinoh, SMK Sepagaya Lahad Datu, Sabah.

    ReplyDelete
  29. Hi Darlene,

    Nyatakan 1 peranan anda untuk membantu sektor pelancongan negara.
    1. PERANAN SAYA UNTUK MEMBANTU SEKTOR PELANCUNGAN IALAH MENGADAKAN KARNIVAL.
    2. SAYA AMALKAN NILAI CINTA AKAN NEGARA

    Kedua2 jawapan di atas TR. Adakah saya membantu?

    ReplyDelete
  30. tq pn noraini. Contoh yg telah diberi sangat membantu! Tqvm! -darlene malinoh, smk sepagaya lahad datu-

    ReplyDelete
  31. salam pn noraini, saya cikgu Shazlin dr SMK Saratok, saya nak tahu adakah jawapan pelajar akan ditanda salah sekiranya tersilap menulis perkataan patut mengamalkan.contohnya:
    Huraikan dua nilai yang diamalkan oleh Adam.

    Adam sepatutnya mengamalkan nilai rasional.
    adakah jawapan seperti ini betul ataupun salah kerana kesilapan meletakkan perkataan 'sepatutnya'. terima kasih

    ReplyDelete
  32. salam pn noraini, saya cikgu Shazlin dr SMK Saratok, saya nak tahu adakah jawapan pelajar akan ditanda salah sekiranya tersilap menulis perkataan patut mengamalkan.contohnya:
    Huraikan dua nilai yang diamalkan oleh Adam.

    Adam sepatutnya mengamalkan nilai rasional.
    adakah jawapan seperti ini betul ataupun salah kerana kesilapan meletakkan perkataan 'sepatutnya'. terima kasih

    ReplyDelete
  33. salam cikgu Shazlin,

    tidak salah, boleh diterima jawapan pelajar tersebut. tapi bolehlah kita ingatkan dia supaya tidak mengulanginya lagi

    ReplyDelete
  34. omg the checker of the papers above is so strict+++++... My teacher will give correct all the kbkk question as long as it make a sense exmple ' TINDAKAN YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MENYELAMATKAN BUMI = menanam semula pokok bungs (correct for me)
    three times i got 100%. but i wasnt too high for that, just my teacher is very pemurah hati and can accept all the 'logic answer'
    but for the akta/jabatan/badan+++ no doubt i should memorize include the year. to attract the checker hearrttt... ;D;D;D
    btw i am jeremy

    ReplyDelete
  35. Hi Jeremy,
    dalam contoh Jeremy di atas, memang apa yang cikgu Jeremy beri adalah betul. Cuma bagi soalan akta/dasar tak letak tahun pun ok, asalkan speling akta/dasar adalah tepat, begitu juga dengan ejaan jabatan dan badan, mesti tepat

    ReplyDelete
  36. Salam Pn Noraini..saya Pn Rumaizah drpd SMK Pusing, Batu Gajah Perak...saya guru matapelajaran pendidikan moral di sekolah...saya baru lg mengajar n tak tahu teknik yang betul untuk disampaikan kepada pelajar...blog Puan sgt2 berguna untk saya, terima kasih...bolehkah Puan izinkan saya kongsikan semua maklumat ini kepada pelajar di sekolah saya?dan adakah semua maklumat masih lagi relevan atau terdapat sebarang perubahan teknik menjawab dan teknik penskoran?terima kasih atas maklum balas daripada Puan nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam juga buat cikgu Rumaizah. sila baca semula post saya di atas kerana saya telah pun up date post tersebut. Saya juga telah up date post saya mengenai PANDUAN MENJAWAB PENDIDIKAN MORAL SPM. Saya sebenarnya dari masa kemasa akan up date post-post yang mengalami perubahan.

      Delete
  37. Cikgu, saya nak confirm balik dgn cikgu ttg cara menjawab di bawah..

    cara 1: Hanif telah mengamalkan nilai bertanggungjawab.
    cara 2: Nilai bertanggungjawab.
    cara 3: Bertanggungjawab.

    Saya mengajar pelajar cara 1 (seperti cara cikgu kn?alhamdulillah betul) tetapi pelajar suka ikut guru tuisyen menggunakan cara 2, dan saya terima jawapan bagi kedua-dua cara walaupun saya lebih gemar pelajar jawab guna cara 1. cuma cara 3, saya tak terima jika pelajar jawab begitu kerana pada saya tidak lengkap..betul ke cara pemarkahan saya?

    boleh saya minta cikgu komen?terima kasih cikgu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara amnya cara 1 dan 2 confirm betul. Cara 3 lebih baik nasihatkan pelajar supaya jangan amalkan, kerana takut2 tiba2 tidak diterima pula dalam peperiksaan sebenar.

      Cara 1: kalau dah letak watak dalam ayat 1, maka dlm ayat seteusnya hanya guna gantinama sahaja.

      Cara 2: kalau hanya letak nilai dalam ayat 2, maka ayat ke2 MESTI letak watak, dan ayat seterusnya letak gantinama sahaja.

      Tapi lebih cantik cara 1 kannn....

      Delete
    2. oo ok..saya nak minta pendapat cikgu bagaimana nak ajar teknik ini kepada pelajar lemah?ada tak tips yg cikgu boleh kongsikan?

      Delete
    3. susah juga saya nak terangkan di sini. kalau boleh berhadapan rasanya lebih senang. saya dah cuba taip di sini, tapi sentiasa terpaksa delete semula....ada saja yang tak kena dan tak tepatnya.

      Delete
    4. AdAkah boleh jika menghubungi cikgu menggunakan telefon?saya nak bantu pelajar yang lemah untuk menjawab dan sekurang-kurangnya lulus dalam spm untuk subjek pendidikan moral, tp mereka tak mampu hafal nilai n definisi nilai...apa yg saya buat skrg adalah minta mereka jawab nilai rasional untuk semua soalan. untuk penerangan sy minta mereka jwb begini "watak+boleh berfikir dan bertindak wajar."
      Adakah cara menjawab begitu, pelajar boleh dapat markah?

      Delete
    5. mungkin cikgu boleh hubungi/PM saya melalui laman FB saya di alamat https://www.facebook.com/noraini.amran .

      Delete
  38. i am christina from smk bukit jambul, penang. lets say in the essay, how are you suppose to know when to use nilai kasih sayang or kasih sayang terhadap keluarga?
    if the question goes like this "ali menjaga adik kerana ayah sedang sibuk menjaga ibu yang terlantar di hospital walaupun peperiksaannya akan menjelang tidak lama lagi"
    can i put the nilai kasih sayang and kasih sayang terhadap keluarga too?
    is it wrong if i do so?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Christina,

      Dari ransangan,perkataan-perkataan adik, ayah, ibu, adalah klu untuk nilai-nilai bidang kekeluargaan. Jadi soalan di atas merujuk kepada nilai-nilai dari bidang kekeluargaan seperti KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA, HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA, TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA juga boleh di tambah nilai-nilai dari bidang perkembangan diri yang sesuai seperti BERTANGGUNGJAWAB, KASIH SAYANG, dan RASIONAL. Tetapi adalah sangat bagus jika boleh elakkan penggunaan nilai KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA dan KASIH SAYANG serentak untuk 1 soalan, juga nilai TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA dan BERTANGGUNGJAWAB serentak untuk 1 sialan.

      Delete
  39. Salam sejahtera Puan Noraini. Saya Marcellina Marcella, dari Maktab Sabah, Kota Kinabalu. Seperti yang dinyatakan cikgu dalam menjawab komen2 diatas, esei moral boleh dijawab dgn teknik ini (Nilai. karektor + definisi + isu. how/contoh. why.) Bagi saya, saya agar kurang menguasainya. Sudikah cikgu membantu saya dengan mengarang satu esei berdasarkan teknik diatas? Segala kesilapan bahasa amat dikesali. =)

    ReplyDelete
  40. hi Marcellina

    nilai rasional. peniaga perlu boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. contohnya mereka boleh berfikir keburukan menipu timbangan. contoh seterusnya mereka bertindah tidak menipu timbangan.

    ReplyDelete
  41. saya Lawrence dari SMK KAPIT Sarawak. Saya tak thu mcm mna nak jwab esei. lagipun saya selalu terlibat dengan aktiviti sekolah dan ktinggalan mtapljran. bleh ke cgu bri sya bbrapa tips untuk buat esei yg mdah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ADA BANYAK CONTOH YANG CIKGU TELAH BERIKAN...BOLEHLAH BROUSE THROUGH

      Delete
  42. Im kenrl from Tsun Jin High School
    i would like to ask about do we need to write capital letter for the nilai?
    for example: Nilai Harga Diri
    cause i saw many answer sheet dun have put capital letter but our school teacher told us better put capital letter for it
    So i have a little bit confuse to it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI KENRL
      NO IT IS NOT COMPULSORY TO WRITE IT IN CAPITAL LETTER. BUT IT DO HELP THE MARKER A LOT.

      Delete
    2. so if i write in capital or not also correct for me? It just help the markers right?

      Delete
  43. Ya, and also our teacher also teach us to answer the essay like this:
    Nilai + penerangan 1 + contoh 1 + penerangan 2 + contoh 2
    May i get wrong or it is also correct for spm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. NILAI. WATAK+KATA KUNCI 1. CONTOH/HURAIAN/PENERANGAN 1. WATAK+KATA KUNCI 2. CONTOH/HURAIAN/PENERANGAN 2.

      Delete
    2. TQ teacher, my class r crazy for asking this ques cause the seminar r teaching different ways ^^

      Delete
  44. Hi Puan Noraini , im sally.im writing this in a state of dilema.. i hope you could solve the problem that i am currently facing.. today in school my teacher drop us a bombshell by saying that starting in skema spm 2013 kata kunci is not awarded any marks, however we should write lengthy huraian and contoh.. n there are questions such as berikan definisi nilai, if we write the exact maksud or definisi nilai we will not be awrded any marks..instead we should write the maksud based on our understanding..so to sum up, the penceramah which is believed to be the penggubal soalan spm 2013, said that we no need to memorise the definisi and the kata kunci..n here i would like to add that there is a new format on answering the essei quest. which is we must kemukakan 3 nilai n each nilai compromise of the nilai, the huraian and the contoh.. there is no more writing the first nilai, then followed by the 1st kata kunci,huraian,contoh 2nd kata kunci,huraian and contoh..so which one shold i follow at this rate where spm is like next week!!! i hope you could enlighten me with some solutions.. thanx!!!

    ReplyDelete

 

Rakan Blog Pendidikan Moral

My Blog List

  • 24 NOVEMBER 2010 - Takde mood. Rasa melancholic je. Tak happy...makan pn tak mau... Teringat pula kisah rakan di tempat kerja. Kehilangan suami secara tiba-tiba. Tanpa tanda....
    4 years ago
  • SMK TAMAN KOSAS, AMPANG, SELANGOR - Program Sekolah Selamat sememangnya menjadi kemestian bagi semua sekolah di Malaysia. Pada tahun 2009 saya telah ditugaskan sebagai penyelaras bagi Progr...
    4 years ago
  • JAMUAN AKHIR TAHUN 09 - Nampaknya ahli Persatuan Moral menjadikan tradisi mengadakan jamuan akhir tahun pada tarikh hari lahir cikgu. Sayang betul pelajar-pelajar cikgu pada cikgu...
    5 years ago