INSAN BERMORAL ADALAH INSAN YANG BAHAGIA

Bila kita bermoral, masyarakat menyayangi dan menyukai kita, Tuhan juga sayang akan kita, yang paling penting, hati kita lapang, selesa dan bahagia

SEMOGA BERJAYA

PENDIDIKAN MORAL TIDAKLAH SUSAH.
YANG PENTING USAHA SEDIKIT, DISIPLIN,
DAN SEMANGAT UNTUK BERJAYA

xOnline Design

Thursday 13 August 2009

LATIHAN MENJAWAB SOALAN STRUKTUR

Thursday 13 August 2009
Soalan struktur meliputi beberapa jenis dan aras penyoalan. Soalan-soalan yang akan ditanya meliputi menyatakan nilai, menyatakan definisi nilai, mencari nilai yang sesuai dengan situasi, menjelas dan menghuraikan nilai.

Soalan struktur juga akan bertanya mengenai kemahiran berfikir. Ini termasuklah penyoalan mengenai cara membendung/mengatasi/menangani/membasmi/ isu, mencari punca isu dan kesan sesuatu isu terhadap diri sendiri, masyarakat, negara, dunia dan alam sekitar. Cikgu cadangkan pelajar semua jangan biarkan soalan jenis ini ditinggalkan tidak berjawab, kerana soalan jenis ini adalah penyelamat kepada pelajar yang tidak menguasai nilai. Lagi pun, soalan jenis ini adalah berkisar dalam lingkungan kehidupan seharian pelajar sendiri.

PERTIMBANGAN PENTING SEBELUM MENJAWAB
  1. Baca situasi yang diberi dan kenal pasti isu dan atau tindakan
  2. Baca soalan dan kenal pasti kata tugas dan karektor jika soalan berkaitan dengan nilai
  3. Lihat markah untuk soalan kerana markah membantu menentukan bilangan ayat jawapan

CONTOH SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN

1. Baca sedutan lirik lagu patriotik di bawah dan jawab soalan yang berikutnya:

Puncak dunia telah kau tawan,
Lautan luas telah kau redah,
Membawa semangat jiwa merdeka,
Semarak jaya kami warganya

a) Namakan lagu patriotik ini. (1 markah)
Jalur Gemilang

b) Tuliskan nama dua buah lagu patriotik yang terkenal di Malaysia. (2 markah)
i. Negaraku
ii. Tanggal 31   

c) Berikan dua kepentingan penerapan lagu-lagu berunsur patriotik kepada rakyat. (2 markah)
i. Menanam semangat cinta akan negara
ii. Memupuk perpaduan dikalangan rakyat

d) Rakyat Malaysia sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menaikkan nama negara di persada dunia melalui pelbagai aktiviti. Huraikan satu nilai yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia melalui usaha ini. (3 markah)
Nilai cinta akan negara. Rakyat Malaysia sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Contohnya kami memenangi pingat dalam aktiviti sukan antarabangsa.

e) Rakyat Malaysia juga menyokong segala usaha kerajaan untuk memajukan negara dengan mengamalkan nilai ' penglibatan diri dalam pembangunan negara'. Berikan maksud nilai 'Penglibatan diri dalam pembangunan negara'. (2 markah)
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan memetuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia


2. Berikut merupakan dua slogan yang berkaitan dengan kempen keselamatan jalan raya.

PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG

a) Jelaskan dua nilai yang pengguna jalan raya perlu terapkan melalui dua slogan di atas. (4 markah)
i. Nilai kasih sayang terhadap keluarga. Pengguna jalanraya perlu ada perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga ketika memandu.
ii. Nilai rasional. Pengguna jalanraya perlu boleh berfikir tentang kesan buruk kemalangan dan bertindak wajar ketika memandu.

b) Selain menganjurkan kempen keselamatan jalan raya, senaraikan dua usaha lain yang dijalankan oleh kerajaan untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan semasa di jalan raya. (2 markah)
i. Menempatkan polis trafik di jalan raya yang sibuk
ii. Mengeluarkan saman kepada pemandu yang melebihi had laju
 
c) Senaraikan dua contoh tindakan yang melanggar peraturan jalan raya. (2 markah)
i. tidak mematuhi lampu isyarat
ii. mabuk ketika memandu

d) Berikan dua tindakan yang akan dikenakan kepada mereka yang melanggar perauran jalan raya. (2 markah)
i. gantung lesen memandu
ii. saman

78 comments:

  1. HI RESPECTED STUDENTS

    IT WOULD BE GOOD IF YOU COULD READ MY POSTS, THE COMMENTS FROM YOUR FRIENDS, AND MY COMMENTS BEFORE YOU ASK ANY QUESTION.

    THANK YOU

    ReplyDelete
  2. Semua blogger yang dihormati, saya hanya akan respon kepada comment-comment yang disertakan nama penuh blogger dan nama penuh sekolah sahaja. HARAP MAKLUM.

    ReplyDelete
  3. hi teacher, sorry this might be a little irrelevant but i would like to ask, which definisi should i follow? the one in the textbook or the notes teacher gives? One of the note teacher gave me is " cinta akan negara - perasaan sayang dan bangga KEPADA negara serta meletakkan ........" but in the textbook it says AKAN. Which one should i follow. ?

    ReplyDelete
  4. Hi Kelly,

    4.1 CINTA AKAN NEGARA
    Perasaan sayang dan bangga KEPADA negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

    ReplyDelete
  5. saya jawab macam ini boleh tak?

    soalan2 (A)
    Nilai rasional diamalkan pengguna jalan raya. Pengguna jalan raya perlu boleh berfikir dan bertindk dengan wajar.

    ReplyDelete
  6. Hi Nicole



    1. Nilai rasional. Pengguna jalan raya perlu boleh berfikir dan bertindk dengan wajar.

    2. Nilai rasional perlu diamalkan pengguna jalan raya. Mereka perlu boleh berfikir dan bertindk dengan wajar.

    3. Pengguna jalan raya perlu mengamalkan nilai rasional. mereka perlu boleh berfikir dan bertindk dengan wajar.

    ReplyDelete
  7. cikgu, saya macam ini jawab soalan ...
    bolah dapat 2 markah yes tak...

    ReplyDelete
  8. Hi Nicole,

    Untuk markah penuh...

    1. Nilai rasional. Pengguna jalan raya perlu boleh berfikir dan bertindak berasaskan pertimbangan yang wajar.

    2. Nilai rasional perlu diamalkan pengguna jalan raya. Mereka perlu boleh berfikir dan bertindak berasaskan pertimbangan yang wajar.

    3. Pengguna jalan raya perlu mengamalkan nilai rasional. mereka perlu boleh berfikir dan bertindak berasaskan pertimbangan yang wajar.

    ReplyDelete
  9. sudam faham, cikgu...terima kasih

    ReplyDelete
  10. Puan Noraini,
    Saya merupakan seorang guru pendidikan moral yang baru mengajar di sebuah sekolah menengah di negeri Selangor. ingin saya bertanya, adakah pelajar perlu menjawab dengan ayat penuh dan lengkap dalam setiap soalan struktur dalam Bahagian A?
    contoh soalan 2 a)
    Jawap:Nilai yang pengguna jalan raya perlu terapkan melalui dua slogan di atas ialah nilai kasih sayang terhadap keluarga. Pengguna jalanraya perlu ada perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga ketika memandu.

    terima kasih.

    Mrs Lau

    ReplyDelete
  11. Hi Mrs Lau,

    Tidak perlu jawab begitu. Bagaimana pun tidak salah jika jawab begitu. Cuma agak panjang sedikit dan takut mencuri masa calon. Jawab sahaja seperti begini:

    Nilai kasih sayang terhadap keluarga. Pengguna jalanraya perlu ada perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga ketika memandu.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih, Pn Noraini..
    Ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan kerana blog ini amat(10x) membantu saya dalam mengajar Pendidikan Moral(PM) SPM yang baru saya mengajar tahun lepas dan tahun ini,sedangkan PM bukan opsyen saya..Akan tetapi, selepas membaca blog puan, saya mula mempunyai keyakinan dalam diri saya dalam pengajaran PM kerana segala kemusykilan telah Puan jawab melalui blog ini.
    Akhir kata, semoga Tuhan memberkati Puan selama-lamanya..

    daripada,
    Mrs Lau

    ReplyDelete
  13. you are most welcome Mrs Lau...and thank your for the credit and and the wish.

    ReplyDelete
  14. hi..saya jenny dari smk kat sarawak..saya ingin tahu jika saya masukkan definisi lengkap dalam jawapan struktur. adakah saya dapat markah penuh.
    contohnya:
    Pengguna jalan raya perlu mengamalkan nilai rasional. mereka perlu Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar ketika memandu.

    ReplyDelete
  15. Hi Jenny...contoh jawapan yang sangat baik. :)

    ReplyDelete
  16. terima kasih banyak banyak..Pn Noraini..
    saya ada 1 soalan lagi Pn..adakah menjadi kewajipan untuk menambah situasi di belakang penerangan krn kadangkala bukan senang nak menambah situasi selepas menggunakan definisi lengkap.
    contohnya:
    Pengguna jalan raya perlu mengamalkan nilai rasional. mereka perlu boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.adakah jwp berhenti seperti ini mendpt markah penuh.

    drpa,
    jenny

    ReplyDelete
  17. Jenny...

    jawapan di atas mendapat markah penuh...jd bolehkah jenny buat kesimpulan drp jawapan sy mengenai soalan jenny?

    ReplyDelete
  18. hi..sy naica dri smk kota marudu, sabah. sy ada 1 soalan.. erm, soalannya spt ini..contohnya ->'nyatakan dua faktor gejala ponteng sekolah berlaku'. jwpan ->i. faktor pertama ialah pengaruh rakan sebaya.ii. faktor kedua ialah malas belajar.
    adakah sy perlu jawab spt ini? ataupun -> i.pengaruh rakan sebaya. ii.malas belajar.

    ReplyDelete
  19. Hi Naica,

    Dua-dua cara pun betul....tetapi lagi senang gunakan cara kedua...lebih jimat masa dan tenaga kannnnn...

    Nyatakan dua faktor gejala ponteng sekolah berlaku

    i. Pengaruh rakan sebaya
    ii.Pelajar sendiri malas belajar

    ReplyDelete
  20. trima kasih Pn.Noraini. sy akan menggunakan teknik ini untuk menjawab dlm kertas SPM Pendidikan Moral nanti. :)

    ReplyDelete
  21. you are welcome...and I wish you all the best in your SPM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye,cikgu...

      Sye franne dari kolej vokasional matang...saya susah hafal semua nilai moral...jadi selalu tiru dalam exam...3bulan...dah nak spm....saya risau saya akan tiru,lagi...any advice???
      Pls cikgu...my spm is really important...

      Delete
  22. thank you Pn.Noraini.. i will do my best!!!!

    from,
    naica,5Effort SMK Kota Marudu

    ReplyDelete
  23. Hi Naica, you are welcome...and I wish you all the best in your SPM, especially in your Pendidikan Moral paper.

    ReplyDelete
  24. trima kasih skali lagi Pn.Noraini... sy akan buat yg terbaik untuk paper Pendidikan Moral minggu hadapan...

    from,
    naica, %Effort SMK Kota Marudu

    ReplyDelete
  25. cikgu,saya Pang dari SMKKH

    saya mahu tanya tentang soalan ESEI

    dalam formula 4 ayat itu,bolehkah saya gunakan kata ganti nama+definisi+isu untuk ganti kk 1 dan 2?

    ReplyDelete
  26. contoh:
    Wartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu amalkan kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan ketika membuat laporan.

    bolehkah saya tukar bagi macam ini:
    Wartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu amalkan kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman ketika membuat laporan.

    harap cikgu boleh reply saya secepat mungkin kerana exam Moral tinggal 2 hari lagi.ribuan terima kasih saya ucapkan kepada cikgu terdahulu..=)

    ReplyDelete
  27. You are welcome naica, and I pray that you score A+ in your Pendidikan Moral paper...all the best and good luck..

    ReplyDelete
  28. Hi Pang,

    SOALAN: dalam formula 4 ayat itu,bolehkah saya gunakan kata ganti nama+definisi+isu untuk ganti kk 1 dan 2?

    JAWAPAN: Formula 4 ayat = Nilai X. Watak + definisi. contoh/huraian. contoh/huraian.

    ReplyDelete
  29. Hi Pang,

    SOALAN:
    bolehkah saya tukar bagi macam ini:
    Wartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu amalkan kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman ketika membuat laporan.

    JAWAPAN: Boleh. ^_^ I do pray that you will get A+ in your Pendidikan Moral paper. all the best and good luck.

    ReplyDelete
  30. Kalau macam itu,jimatlah masa saya untuk hafal kata kunci :)

    Saya nak ucapkan terima kasih sekali lagi kepada cikgu kerana sudah lewat malam cikgu masih reply post saya.Haha.Blog cikgu memang sudah banyak tolong saya.Thanks,I will do my best in my Pendidikan Moral paper.=D

    ReplyDelete
  31. Minta maaf cikgu,saya nak tanya tentang satu perkara lagi.

    Saya telah tengok beberapa skema jawapan soalan percubaan SPM tahun ini,adakah nilai Rasional selalu boleh digunakan untuk menjawab soalan sekiranya kita terlupa akan sesuatu nilai yang lebih sesuai kepada soalan?

    ReplyDelete
  32. Hi Puan Noraini, saya ingin bertanya sedikit tentang pendidikan moral spm 2011
    1)a)Nyatakan 2 nilai yang harus diamalkan oleh Siti[2] ( contoh )
    i)Rasional (contoh)
    ii)Hemah tinggi (contoh)
    b)Berikan salah satu maksud nilai di atas. [2]

    Persoalannya, haruskah saya menyatakan nilai saya terdahulu selepas itu baru menulis maksudnya ataupun terus menulis maksudnya.
    Cth: Rasional bermaksud boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar
    ATAU
    Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar

    2)Kalau SPM tanya soalan seperti :
    a) Apakah nilai yang ingin diterapkan oleh sekolah dalam sanubari murid?

    Bagaimana hendak menjawabnya?

    Perlukah saya menjawab soalan tersebut sedemikian? :
    i) Sekolah ingin menerapkan nilai...etc. Sekolah ingin .....etc
    ATAU
    ii) Murid dapat mengamalkan nilai...etc. Murid dapat .....etc
    ATAU
    iii)( Terus bagi nilai). Sekolah ingin....etc

    ReplyDelete
  33. Hi Pang,

    Memang betul banyak nilai rasional di dalam skema jawapan peperiksaan kebelakangan ini. Walaubagaimana pun ini tidak bermakna kita boleh gunakan nilai rasional untuk semua soalan. Jadi hati2 ya...

    satu lagi, bagi persoalan Pang yang terdahulu tadi, jangan lupa tambah ayat 3 dan ayat 4 ye. yang Pang beri td hanya ayat 1 dan ayat 2 sahaja kan.

    ReplyDelete
  34. Hi Nicholas,

    1. Boleh terus tulis definisi sahaja. hendak tulis nilai dahulu baru tulis definisi pun boleh. Dua-dua cara pun betul.

    2. semua pun betul.... tetapi harus hati-hati:
    a) Nilai bertanggungjawab. Sekolah ingin terapkan sikap kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dikalangan murid.
    b) Nilai bertanggungjawab. Murid diharapkan ada kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan.

    ReplyDelete
  35. Ok.Saya sudah faham.

    Terima kasih,cikgu.

    ReplyDelete
  36. Selamat petang cikgu. Saya Sam dari SMK Batu Lintang, Kuching.

    Saya berasa amat hairan terhadap Skema Jawapan dari kertas trial Perak 2011.

    Soalannya adalah sebegini :

    *Terangkan nilai yang sepatutnya diamalkan oleh Abu dalam petikan tersebut (2 markah)

    Skema jawapan yang diberi untuk nilai ialah rasional tetapi skema jawapan untuk definisi hanyalah seperti yang berikut : "berfikir/bertindak wajar"

    Adakah penyemak kertas peperiksaan SPM moral terus memberi markah apabila melihat kata-kata kunci yang terdapat dalam ayat tersebut sahaja?

    Nilai rasional <--- 1 markah
    Markah kedua : Sebaik sahaja pemeriksa nampak perkataan "berfikir" dan "bertindak" wajar dalam ayat tersebut markah kedua terus diberi?

    Bukan itu sahaja cikgu, kalaulah soalan tersebut adalah 2 markah, andaikan saya terlupa kata kunci "bertindak wajar" tetapi saya ada menulis kata kunci "berfikir", jawapan saya akan menjadi seperti yang berikut

    Nilai yang harus diamalkan oleh Abu ialah nilai rasional. Abu haruslah boleh berfikir dengan tidak *situasi soalan*

    Ayat pertama iaitu menyatakan nilai memberi markah kedua
    Bagaimana pula dengan ayat kedua saya? Adakah markah masih diberi?

    Saya menanyakan soalan tersebut kerana cikgu di sekolah saya hanya menjelaskan bahawa kita harus menulis ayat pertama sebegitu dan ayat kedua pula menggunakan "definisi nilai" tersebut.

    Cara cikgu sekolah saya amat memakan masa. Tambahan pula tangan boleh bengkak jadinya..tulis ayat sepanjang itu dengan 8 soalan struktur dan 2 soalan esei..pity my hand T_T

    ReplyDelete
  37. Typing error cikgu, "ayat pertama iaitu menyatakan nilai memberi markah *pertama*

    ReplyDelete
  38. cikgu, saya nak tanya soalan tentang bahagian esei. kalau saya jawab begini, boleh tak?

    Nilai. Watak+ kk1+contoh. kk2+contoh. harap2 cikgu boleh reply asap..ribuan terima kasih!!:)

    ReplyDelete
  39. Hi Sam,
    Panjangnya soalan....hahaha

    SOALAN 1:
    cikgu minta maaf kerana tidak dapat mendedahkan cara penandaan SPM, rahsia sulit kerajaan. Apa pun cikgu cadangkan Sam ikut sahaja cara menjawab yang cikgu Sam dan cikgu ajar. Apa pun bagi soalan2 bhg A, jawablah gunakan semua kk yang Sam boleh ingat. Kalau tak ingat semua pun tulislah kk yang Sam ingat. Jangan stress sangat ye.

    SOALAN 2:
    kalau soalan nilai beri 2 markah, jawab sahaja begini:
    Nilai rasional. Abu harus boleh berfikir dan bertindak berasaskan pertimbangan yang wajar.

    Hahahaha....memang kasihan dengan tangan Sam. Kerana itu cikgu cadangkan Sam ikut sahaja cara yang ringkas ini.

    SOALAN 3:
    cikgu, saya nak tanya soalan tentang bahagian esei. kalau saya jawab begini, boleh tak?

    Nilai. Watak+ kk1+contoh. kk2+contoh. harap2 cikgu boleh reply asap..ribuan terima kasih!!:)
    JAWAPAN: MEMANG SANGAT-SANGAT BOLEH DAN BETUL....CIKGU DOAKAN SAM DAPAT A+

    ReplyDelete
  40. Baiklah, terima kasih atas tunjuk ajar cikgu =) Budi baik cikgu tidak akan saya lupakan. Soalan ketiga bukan ditanya oleh saya cikgu.

    -Sam

    ReplyDelete
  41. oh ya ke...kerana itu cikgu perlukan ID pelajar dan nama penuh sekolah masing2. tak mengapalah cikgu komen balik. nanti

    ReplyDelete
  42. Hai Anonymous, cikgu perlukan nama penuh pelajar serta nama penuh sekolah pelajar.

    SOALAN:
    cikgu, saya nak tanya soalan tentang bahagian esei. kalau saya jawab begini, boleh tak?

    Nilai. Watak+ kk1+contoh. kk2+contoh. harap2 cikgu boleh reply asap..ribuan terima kasih!!:)

    JAWAPAN: MEMANG SANGAT-SANGAT BOLEH DAN BETUL...

    ReplyDelete
  43. Cikgu, saya Lisa dari SIGS, Johor...
    Bolehlah saya mendapat 5 markah jikalau menjawab sebegini?

    Terdapat beberapa nilai yang harus diamalkan oleh para penjual semasa menjual barang niaganya.Nilai Rasional.Para peniaga sewajarnya boleh berfikir dan bertindak mengikut pertimbangan yang wajar semasa menjalankan perniagaan mereka. Contohnya, mereka hendaklah memberi layanan yang baik kepada pelanggan mereka supaya pelanggan gemar berjual beli dengan mereka. Selain itu, para penjual seharusnya menjalankan perniagaan dengan jujur dengan tidak menipu pelanggan dari segi harga dan sukatan barangan.

    ReplyDelete
  44. thank u teacher.
    By Mc Tee

    ReplyDelete
  45. Cikgu, saya 'Kucing' dari sekolah di semenanjung utara.

    Saya nak tanya, kalau soalan memberi dua markah, bolehkah saya terus bagi nilai (1 markah) dan Watak + KK. Haruskah saya beri contoh dalam ayat lain? Ataupun haruskah saya beri contoh dalam ayat yang sama, ataupun tidak perlu contoh langsung pun dapat markah penuh?

    Kedua, kalau soalan tersebut berkaitan nilai alam sekitar, bolehkah saya beri mana2 nilai berkaitan alam sekitar, ataupun mesti beri berkaitan situasi sahaja? Sama juga untuk nilai berkaitan keluarga (kecuali mengekalkan tradisi kekeluargaan).

    Terima kasih banyak-banyak cikgu! :)

    ReplyDelete
  46. Oh cikgu, saya lupa. Untuk soalan 2(a), kalau saya beri nilai mematuhi peraturan dan undang2 dan harga diri, boleh diterima tak?

    - Kucing.

    ReplyDelete
  47. Hi Lisa, untuk jawapan di atas, saya akan beri 5 markah. Perincian pemarkahan saya adalah seperti di bawah:

    Terdapat beberapa nilai yang harus diamalkan oleh para penjual semasa menjual barang niaganya. (tiada markah)
    Nilai Rasional. (1 markah)
    Para peniaga sewajarnya boleh berfikir dan bertindak mengikut pertimbangan yang wajar semasa menjalankan perniagaan mereka. (2 markah)
    Contohnya, mereka hendaklah memberi layanan yang baik kepada pelanggan mereka (1 markah)
    supaya pelanggan gemar berjual beli dengan mereka. (1 markah)
    Selain itu, para penjual seharusnya menjalankan perniagaan dengan jujur dengan tidak menipu pelanggan dari segi harga dan sukatan barangan. (tiada markah kerana tidak merujuk kepada definisi nilai rasional)

    Cadangan jawapan yg lebih kemas adalah seperti berikut:

    Nilai Rasional.Para peniaga sewajarnya boleh berfikir dan bertindak mengikut pertimbangan yang wajar semasa menjalankan perniagaan mereka. Contohnya, mereka hendaklah memberi layanan yang baik kepada pelanggan mereka. Ini supaya pelanggan gemar berjual beli dengan mereka. (5 markah)

    ReplyDelete
  48. Hi kucing, saya hanya akan respon kepada soalan yang disertai dengan nama penuh penyoal (seperti di dalam IC) serta nama penuh sekolah penyoal.

    ReplyDelete
  49. Saya Zoe Chow dari SMKBJ, cikgu.

    ReplyDelete
  50. Hi Zoe,
    SMKBJ bermaksud?

    1. kalau soalan memberi dua markah, bolehkah saya terus bagi nilai (1 markah) dan Watak + KK. Haruskah saya beri contoh dalam ayat lain? Ataupun haruskah saya beri contoh dalam ayat yang sama, ataupun tidak perlu contoh langsung pun dapat markah penuh?
    JAWAPAN: BOLEH NILAI X. WATAK+KK. UNTUK SOALAN NILAI YANG BERI 2 MARKAH, TIDAK PERLU BERI HURAIAN ATAU PUN CONTOH.

    3. kalau soalan tersebut berkaitan nilai alam sekitar, bolehkah saya beri mana2 nilai berkaitan alam sekitar, ataupun mesti beri berkaitan situasi sahaja? Sama juga untuk nilai berkaitan keluarga (kecuali mengekalkan tradisi kekeluargaan).
    JAWAPAN: SEMUA JAWAPAN MESTI BERDASARKAN SITUASI SOALAN SAHAJA. BAGAIMANA PUN BERDASARKAN SITUASI SOALAN ITU, KITA BIASANYA BOLEH MENGESAN BIDANG YANG SESUAI, DAN BOLEHLAH KITA PILIH NILAI YG SESUAI BERDASARKAN SOALAN.

    ReplyDelete
  51. halo cikgu i'm cindy from SMK Chung Hua.
    i want to ask about the watak when we're writing nilai. can media massa/ non-living things eg : bendera negara be the watak?
    and is it we must insert every situation after writing definisi/kata kunci.
    eg : Ramli telah mengamalkan nilai rasional. Dia haruslah boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar dengan menyertai aktiviti kokurikulum. ( if i didn't write the dengan..., is it consider wrong? )

    ReplyDelete
  52. cikgu saya juga ingin bertanya tentang penggunaan kata 'sesuatu', 'seseorang' dan 'iaitu'. jika saya menggunakan cara menjawab soalan dengan menggunakan definisi dan bukan kata kunci, penggunaan kata-kata tersebut adalah dianggap salah?

    misalnya,
    Ali mengamalkan nilai bertanggungjawab. Ali mempunyai kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna dengan menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

    contoh 2:
    Ali mengamalkan nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan. Ali menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga dengan mengamalkan tradisi pemakanan keluarganya.

    adakah kedua-dua jawapan itu betul?
    saya berharap cikgu dapat memberi panduan kepada saya kerana guru saya mengajar agar kami menggunakan cara ini tetapi saya baru mendapati bahawa kebanyakan sekolah menggunakan teknik kata kunci.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  53. Cikgu, saya Jimmy dari smk raja mahadi. Untuk esei,

    Saya tau contoh kedua tak boleh sama dgn contoh pertama dalam satu nilai. Tapi untuk nilai kedua, contohnya boleh sama dgn contoh bagi nilai pertama tak?

    ReplyDelete
  54. Cikgu, saya Faridah dari smk baru.

    Saya mau tanya jika soalan ialah macam ini, apakah watak yg harus saya tulis?

    'Berikan nilai yg ingin diterapkan kpd semua pihak'

    ribuan terima kasih saya ucapkan kepada cikgu terdahulu...

    ReplyDelete
  55. Hi Cindy
    Watak only refers to human being, and not to non-living things. So bendera cannot be a watak.

    You don't have to write the situation. just the nilai and the watak+definition.

    ReplyDelete
  56. Hi Cindy, apa yang cikgu Cindy ajar itu tidak salah pun.

    ReplyDelete
  57. Hi Jimmy,
    untuk 1 soalan esei, cikgu sarankan Jimmy beri contoh/huraian yang berlainan untuk setiap nilai.

    ReplyDelete
  58. Jimmy here again, thank you teacher. One more little question, can i use a yellow highlighter to highlight the nilai so it looks more obvious during exam? Just for the convenience for myself and marker as well.

    ReplyDelete
  59. Terima kasih Cikgu... hv a nice rest, cikgu =)

    Faridah

    ReplyDelete
  60. Cikgu, saya Wong King Kui dari SMK Chung Hua Miri

    Boleh kah saya gunakan teknik kata kunci untuk menjawab soalan?

    Dan di manakah saya boleh mendapat kata kunci yang tepat?

    Terima kasih

    ReplyDelete
  61. Hi Jimmy, so far belum ada calon peperiksaan yang gunakan highlighter di dalam peperiksaan SPM

    ReplyDelete
  62. You are welcome Faridah....will do...I do need my rest actually.

    ReplyDelete
  63. Hi Wong King Kui, cari sahaja post saya "kata kunci 1 KK" atau "kata kunci 2KK"

    ReplyDelete
  64. Hi cikgu, saya Michelle dari SMK Dato Permaisuri lagi.

    Ingin saya memastikan sama ada kefahaman saya dari latihan dan perbincangan di sini adalah betul.

    Bagi soalan struktur yang berbunyi sebegini: "Terangkan nilai yang patut diamalkan... " (2m)
    Hanya nilai dan definisi diperlukan, tidak perlu mengaitkan definisi dengan situasi yang diberikan?

    Terima kasih!

    ReplyDelete
  65. Hi Michelle, betul, tidak perlu kaitkan dengan situasi, tetapi MESTI jawab begini.

    Nilai ______. Watak + definisi. (jika tiada watak, hanya dapat markah nilai sahaja = 1 markah)

    ReplyDelete
  66. vincent tan phang sengJune 18, 2012 7:59 pm

    hi cikgu,betulkah jika tidak tulis watak akan ditolak markah??tetapi cikgu saya semak betul,tetapi saya dah tahu ada buku rujukan ada tulis akan tolak markah walaupun jawapan betul tapi tiada watak...ada lagi cikgu, jika 1 soalan ada 2 kosong tempat bagi mengisikan jawapan dan markahnya ialah 6.. bagaimana saya nyatakan jawapan dengan mendapatkanteknik menjawap yang betul ?? bolehkah saya tulis watak+definisi+huraian/contoh bagi setiap jawapan...saya juga nak tahu teknik menjawap esei??betulkah jika saya tulis nilai+kk 1+contoh/huraian,kk 2+contoh/huraian dan nilai kedua kk 1+contoh/huraian,kk 2+contoh/huraian untuk mendapatkan 10markah dalam satu esei..inilah cara cikgu moral saya ajar..sila beri tunjuk ajar kepada saya kerana anda menolong saya supaya saya boleh dapat A dalam pendidikan moral..saya benar nak ambil A

    ReplyDelete
  67. Hi Vincent
    jika tiada watak memang akan ditolak markah

    ReplyDelete
  68. Selamat sejahtera cikgu, nama saya Daniel dan saya ingin bertanya:

    1. Jika saya ingin menjawab soalan struktur yang meminta 1 nilai (2 markah), adakah saya boleh menjawab sebegini: "Ibu bapa mengamalkan nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga. Ibu bapa memuliakan setiap anggota keluarga dengan tidak mengenakan hukuman negatif terhadap anak-anak". Adakah saya boleh mendapat markah penuh? Ada tips cikgu boleh cadangkan untuk menjawab soalan yang berbentuk seperti ini?

    2. Adakah teknik menjawab kertas SPM Pendidikan Moral yang cikgu tulis di blog ini masih relevan sehingga sekarang?

    3. Adakah salah jika saya menggunakan teknik menulis esei 5 ayat tetapi dalam dua perenggan (setiap perenggan untuk nilai yang berlainan)?

    4. Pelajar-pelajar cikgu yang berjaya mendapat gred A+ dalam Pendidikan Moral SPM di sekolah cikgu diajar menggunakan teknik yang cikgu tuliskan di sinikah?

    Saya benar-benar ingin mendapatkan A+ dalam kertas Pendidikan Moral SPM esok, saya harap cikgu dapat memberikan balasan dalam kadar segera.

    ReplyDelete
  69. HI DANIAL

    1. nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Ibu bapa ada kewajipan untuk melahirkan keluarga bahagia.

    2. Adakah teknik menjawab kertas SPM Pendidikan Moral yang cikgu tulis di blog ini masih relevan sehingga sekarang?
    YA

    3. Adakah salah jika saya menggunakan teknik menulis esei 5 ayat tetapi dalam dua perenggan (setiap perenggan untuk nilai yang berlainan)?
    TIDAK SALAH

    4. Pelajar-pelajar cikgu yang berjaya mendapat gred A+ dalam Pendidikan Moral SPM di sekolah cikgu diajar menggunakan teknik yang cikgu tuliskan di sinikah?
    YA

    ReplyDelete
  70. Cikgu, saya Siva dari SMK Telok Datok...saya ingin tanya ...bagi soalan " Berikan 2 nilai yg harus diamalkan......." Bolehkah saya memberikan 3 atau 4 nilai? Jadi, kalau nilai yg pertama tu salah...nilai ketiga dan keempat boleh jadi back-up" Adakah cara ini diterima cikgu? Sama utk soalan kbkk yg menanyakan kesan atau langkah....blh saya bagi lebih cikgu?.....terima kasih cikgu.....

    ReplyDelete
  71. salam hormat cikgu,
    cikgu apakah agensi yg melindungi hak pekerja?

    ReplyDelete
  72. Selamat malam cikgu, Terima kasih atas informasi yang sangat membantu yang disertakan juga jawapan bagi soalan-soalan yang dinyatakan pelajar dari sekolah lain. Sangat Membantu! Terima kasih Cikgu!
    SELAMAT MALAM

    - Theresa Michael (SMK TAMBUNAN, SABAH)

    ReplyDelete

 

Rakan Blog Pendidikan Moral

My Blog List