Soalan struktur juga akan bertanya mengenai kemahiran berfikir. Ini termasuklah penyoalan mengenai cara membendung/mengatasi/menangani/membasmi/ isu, mencari punca isu dan kesan sesuatu isu terhadap diri sendiri, masyarakat, negara, dunia dan alam sekitar. Cikgu cadangkan pelajar semua jangan biarkan soalan jenis ini ditinggalkan tidak berjawab, kerana soalan jenis ini adalah penyelamat kepada pelajar yang tidak menguasai nilai. Lagi pun, soalan jenis ini adalah berkisar dalam lingkungan kehidupan seharian pelajar sendiri.
PERTIMBANGAN PENTING SEBELUM MENJAWAB
- Baca situasi yang diberi dan kenal pasti isu dan atau tindakan
- Baca soalan dan kenal pasti kata tugas dan karektor jika soalan berkaitan dengan nilai
- Lihat markah untuk soalan kerana markah membantu menentukan bilangan ayat jawapan
CONTOH SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN
1. Baca sedutan lirik lagu patriotik di bawah dan jawab soalan yang berikutnya:
Puncak dunia telah kau tawan,
Lautan luas telah kau redah,
Membawa semangat jiwa merdeka,
Semarak jaya kami warganya
a) Namakan lagu patriotik ini. (1 markah)
Jalur Gemilang
b) Tuliskan nama dua buah lagu patriotik yang terkenal di Malaysia. (2 markah)
i. Negaraku
ii. Tanggal 31
c) Berikan dua kepentingan penerapan lagu-lagu berunsur patriotik kepada rakyat. (2 markah)
i. Menanam semangat cinta akan negara
ii. Memupuk perpaduan dikalangan rakyat
d) Rakyat Malaysia sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menaikkan nama negara di persada dunia melalui pelbagai aktiviti. Huraikan satu nilai yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia melalui usaha ini. (3 markah)
Nilai cinta akan negara. Rakyat Malaysia sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Contohnya kami memenangi pingat dalam aktiviti sukan antarabangsa.
e) Rakyat Malaysia juga menyokong segala usaha kerajaan untuk memajukan negara dengan mengamalkan nilai ' penglibatan diri dalam pembangunan negara'. Berikan maksud nilai 'Penglibatan diri dalam pembangunan negara'. (2 markah)
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan memetuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia
2. Berikut merupakan dua slogan yang berkaitan dengan kempen keselamatan jalan raya.
PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG
a) Jelaskan dua nilai yang pengguna jalan raya perlu terapkan melalui dua slogan di atas. (4 markah)
i. Nilai kasih sayang terhadap keluarga. Pengguna jalanraya perlu ada perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga ketika memandu.
ii. Nilai rasional. Pengguna jalanraya perlu boleh berfikir tentang kesan buruk kemalangan dan bertindak wajar ketika memandu.
i. Menempatkan polis trafik di jalan raya yang sibuk
ii. Mengeluarkan saman kepada pemandu yang melebihi had laju
c) Senaraikan dua contoh tindakan yang melanggar peraturan jalan raya. (2 markah)
i. tidak mematuhi lampu isyarat
ii. mabuk ketika memandu
d) Berikan dua tindakan yang akan dikenakan kepada mereka yang melanggar perauran jalan raya. (2 markah)
i. gantung lesen memandu
ii. saman
HI RESPECTED STUDENTS
ReplyDeleteIT WOULD BE GOOD IF YOU COULD READ MY POSTS, THE COMMENTS FROM YOUR FRIENDS, AND MY COMMENTS BEFORE YOU ASK ANY QUESTION.
THANK YOU
u helped me alot
DeleteSemua blogger yang dihormati, saya hanya akan respon kepada comment-comment yang disertakan nama penuh blogger dan nama penuh sekolah sahaja. HARAP MAKLUM.
ReplyDeletehi teacher, sorry this might be a little irrelevant but i would like to ask, which definisi should i follow? the one in the textbook or the notes teacher gives? One of the note teacher gave me is " cinta akan negara - perasaan sayang dan bangga KEPADA negara serta meletakkan ........" but in the textbook it says AKAN. Which one should i follow. ?
ReplyDeleteHi Kelly,
ReplyDelete4.1 CINTA AKAN NEGARA
Perasaan sayang dan bangga KEPADA negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
saya jawab macam ini boleh tak?
ReplyDeletesoalan2 (A)
Nilai rasional diamalkan pengguna jalan raya. Pengguna jalan raya perlu boleh berfikir dan bertindk dengan wajar.
Hi Nicole
ReplyDelete1. Nilai rasional. Pengguna jalan raya perlu boleh berfikir dan bertindk dengan wajar.
2. Nilai rasional perlu diamalkan pengguna jalan raya. Mereka perlu boleh berfikir dan bertindk dengan wajar.
3. Pengguna jalan raya perlu mengamalkan nilai rasional. mereka perlu boleh berfikir dan bertindk dengan wajar.
cikgu, saya macam ini jawab soalan ...
ReplyDeletebolah dapat 2 markah yes tak...
Hi Nicole,
ReplyDeleteUntuk markah penuh...
1. Nilai rasional. Pengguna jalan raya perlu boleh berfikir dan bertindak berasaskan pertimbangan yang wajar.
2. Nilai rasional perlu diamalkan pengguna jalan raya. Mereka perlu boleh berfikir dan bertindak berasaskan pertimbangan yang wajar.
3. Pengguna jalan raya perlu mengamalkan nilai rasional. mereka perlu boleh berfikir dan bertindak berasaskan pertimbangan yang wajar.
sudam faham, cikgu...terima kasih
ReplyDeletePuan Noraini,
ReplyDeleteSaya merupakan seorang guru pendidikan moral yang baru mengajar di sebuah sekolah menengah di negeri Selangor. ingin saya bertanya, adakah pelajar perlu menjawab dengan ayat penuh dan lengkap dalam setiap soalan struktur dalam Bahagian A?
contoh soalan 2 a)
Jawap:Nilai yang pengguna jalan raya perlu terapkan melalui dua slogan di atas ialah nilai kasih sayang terhadap keluarga. Pengguna jalanraya perlu ada perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga ketika memandu.
terima kasih.
Mrs Lau
Hi Mrs Lau,
ReplyDeleteTidak perlu jawab begitu. Bagaimana pun tidak salah jika jawab begitu. Cuma agak panjang sedikit dan takut mencuri masa calon. Jawab sahaja seperti begini:
Nilai kasih sayang terhadap keluarga. Pengguna jalanraya perlu ada perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga ketika memandu.
Terima kasih, Pn Noraini..
ReplyDeleteIngin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan kerana blog ini amat(10x) membantu saya dalam mengajar Pendidikan Moral(PM) SPM yang baru saya mengajar tahun lepas dan tahun ini,sedangkan PM bukan opsyen saya..Akan tetapi, selepas membaca blog puan, saya mula mempunyai keyakinan dalam diri saya dalam pengajaran PM kerana segala kemusykilan telah Puan jawab melalui blog ini.
Akhir kata, semoga Tuhan memberkati Puan selama-lamanya..
daripada,
Mrs Lau
you are most welcome Mrs Lau...and thank your for the credit and and the wish.
ReplyDeletehi..saya jenny dari smk kat sarawak..saya ingin tahu jika saya masukkan definisi lengkap dalam jawapan struktur. adakah saya dapat markah penuh.
ReplyDeletecontohnya:
Pengguna jalan raya perlu mengamalkan nilai rasional. mereka perlu Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar ketika memandu.
Hi Jenny...contoh jawapan yang sangat baik. :)
ReplyDeleteterima kasih banyak banyak..Pn Noraini..
ReplyDeletesaya ada 1 soalan lagi Pn..adakah menjadi kewajipan untuk menambah situasi di belakang penerangan krn kadangkala bukan senang nak menambah situasi selepas menggunakan definisi lengkap.
contohnya:
Pengguna jalan raya perlu mengamalkan nilai rasional. mereka perlu boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.adakah jwp berhenti seperti ini mendpt markah penuh.
drpa,
jenny
Jenny...
ReplyDeletejawapan di atas mendapat markah penuh...jd bolehkah jenny buat kesimpulan drp jawapan sy mengenai soalan jenny?
hi..sy naica dri smk kota marudu, sabah. sy ada 1 soalan.. erm, soalannya spt ini..contohnya ->'nyatakan dua faktor gejala ponteng sekolah berlaku'. jwpan ->i. faktor pertama ialah pengaruh rakan sebaya.ii. faktor kedua ialah malas belajar.
ReplyDeleteadakah sy perlu jawab spt ini? ataupun -> i.pengaruh rakan sebaya. ii.malas belajar.
Hi Naica,
ReplyDeleteDua-dua cara pun betul....tetapi lagi senang gunakan cara kedua...lebih jimat masa dan tenaga kannnnn...
Nyatakan dua faktor gejala ponteng sekolah berlaku
i. Pengaruh rakan sebaya
ii.Pelajar sendiri malas belajar
trima kasih Pn.Noraini. sy akan menggunakan teknik ini untuk menjawab dlm kertas SPM Pendidikan Moral nanti. :)
ReplyDeleteyou are welcome...and I wish you all the best in your SPM
ReplyDeleteHye,cikgu...
DeleteSye franne dari kolej vokasional matang...saya susah hafal semua nilai moral...jadi selalu tiru dalam exam...3bulan...dah nak spm....saya risau saya akan tiru,lagi...any advice???
Pls cikgu...my spm is really important...
thank you Pn.Noraini.. i will do my best!!!!
ReplyDeletefrom,
naica,5Effort SMK Kota Marudu
Hi Naica, you are welcome...and I wish you all the best in your SPM, especially in your Pendidikan Moral paper.
ReplyDeletetrima kasih skali lagi Pn.Noraini... sy akan buat yg terbaik untuk paper Pendidikan Moral minggu hadapan...
ReplyDeletefrom,
naica, %Effort SMK Kota Marudu
*5Effort
ReplyDeletecikgu,saya Pang dari SMKKH
ReplyDeletesaya mahu tanya tentang soalan ESEI
dalam formula 4 ayat itu,bolehkah saya gunakan kata ganti nama+definisi+isu untuk ganti kk 1 dan 2?
contoh:
ReplyDeleteWartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu amalkan kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan ketika membuat laporan.
bolehkah saya tukar bagi macam ini:
Wartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu amalkan kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman ketika membuat laporan.
harap cikgu boleh reply saya secepat mungkin kerana exam Moral tinggal 2 hari lagi.ribuan terima kasih saya ucapkan kepada cikgu terdahulu..=)
You are welcome naica, and I pray that you score A+ in your Pendidikan Moral paper...all the best and good luck..
ReplyDeleteHi Pang,
ReplyDeleteSOALAN: dalam formula 4 ayat itu,bolehkah saya gunakan kata ganti nama+definisi+isu untuk ganti kk 1 dan 2?
JAWAPAN: Formula 4 ayat = Nilai X. Watak + definisi. contoh/huraian. contoh/huraian.
Hi Pang,
ReplyDeleteSOALAN:
bolehkah saya tukar bagi macam ini:
Wartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu amalkan kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman ketika membuat laporan.
JAWAPAN: Boleh. ^_^ I do pray that you will get A+ in your Pendidikan Moral paper. all the best and good luck.
Kalau macam itu,jimatlah masa saya untuk hafal kata kunci :)
ReplyDeleteSaya nak ucapkan terima kasih sekali lagi kepada cikgu kerana sudah lewat malam cikgu masih reply post saya.Haha.Blog cikgu memang sudah banyak tolong saya.Thanks,I will do my best in my Pendidikan Moral paper.=D
You are very much welcome Pang
ReplyDeleteMinta maaf cikgu,saya nak tanya tentang satu perkara lagi.
ReplyDeleteSaya telah tengok beberapa skema jawapan soalan percubaan SPM tahun ini,adakah nilai Rasional selalu boleh digunakan untuk menjawab soalan sekiranya kita terlupa akan sesuatu nilai yang lebih sesuai kepada soalan?
Hi Puan Noraini, saya ingin bertanya sedikit tentang pendidikan moral spm 2011
ReplyDelete1)a)Nyatakan 2 nilai yang harus diamalkan oleh Siti[2] ( contoh )
i)Rasional (contoh)
ii)Hemah tinggi (contoh)
b)Berikan salah satu maksud nilai di atas. [2]
Persoalannya, haruskah saya menyatakan nilai saya terdahulu selepas itu baru menulis maksudnya ataupun terus menulis maksudnya.
Cth: Rasional bermaksud boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar
ATAU
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar
2)Kalau SPM tanya soalan seperti :
a) Apakah nilai yang ingin diterapkan oleh sekolah dalam sanubari murid?
Bagaimana hendak menjawabnya?
Perlukah saya menjawab soalan tersebut sedemikian? :
i) Sekolah ingin menerapkan nilai...etc. Sekolah ingin .....etc
ATAU
ii) Murid dapat mengamalkan nilai...etc. Murid dapat .....etc
ATAU
iii)( Terus bagi nilai). Sekolah ingin....etc
Hi Pang,
ReplyDeleteMemang betul banyak nilai rasional di dalam skema jawapan peperiksaan kebelakangan ini. Walaubagaimana pun ini tidak bermakna kita boleh gunakan nilai rasional untuk semua soalan. Jadi hati2 ya...
satu lagi, bagi persoalan Pang yang terdahulu tadi, jangan lupa tambah ayat 3 dan ayat 4 ye. yang Pang beri td hanya ayat 1 dan ayat 2 sahaja kan.
Hi Nicholas,
ReplyDelete1. Boleh terus tulis definisi sahaja. hendak tulis nilai dahulu baru tulis definisi pun boleh. Dua-dua cara pun betul.
2. semua pun betul.... tetapi harus hati-hati:
a) Nilai bertanggungjawab. Sekolah ingin terapkan sikap kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dikalangan murid.
b) Nilai bertanggungjawab. Murid diharapkan ada kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan.
Ok.Saya sudah faham.
ReplyDeleteTerima kasih,cikgu.
Selamat petang cikgu. Saya Sam dari SMK Batu Lintang, Kuching.
ReplyDeleteSaya berasa amat hairan terhadap Skema Jawapan dari kertas trial Perak 2011.
Soalannya adalah sebegini :
*Terangkan nilai yang sepatutnya diamalkan oleh Abu dalam petikan tersebut (2 markah)
Skema jawapan yang diberi untuk nilai ialah rasional tetapi skema jawapan untuk definisi hanyalah seperti yang berikut : "berfikir/bertindak wajar"
Adakah penyemak kertas peperiksaan SPM moral terus memberi markah apabila melihat kata-kata kunci yang terdapat dalam ayat tersebut sahaja?
Nilai rasional <--- 1 markah
Markah kedua : Sebaik sahaja pemeriksa nampak perkataan "berfikir" dan "bertindak" wajar dalam ayat tersebut markah kedua terus diberi?
Bukan itu sahaja cikgu, kalaulah soalan tersebut adalah 2 markah, andaikan saya terlupa kata kunci "bertindak wajar" tetapi saya ada menulis kata kunci "berfikir", jawapan saya akan menjadi seperti yang berikut
Nilai yang harus diamalkan oleh Abu ialah nilai rasional. Abu haruslah boleh berfikir dengan tidak *situasi soalan*
Ayat pertama iaitu menyatakan nilai memberi markah kedua
Bagaimana pula dengan ayat kedua saya? Adakah markah masih diberi?
Saya menanyakan soalan tersebut kerana cikgu di sekolah saya hanya menjelaskan bahawa kita harus menulis ayat pertama sebegitu dan ayat kedua pula menggunakan "definisi nilai" tersebut.
Cara cikgu sekolah saya amat memakan masa. Tambahan pula tangan boleh bengkak jadinya..tulis ayat sepanjang itu dengan 8 soalan struktur dan 2 soalan esei..pity my hand T_T
Typing error cikgu, "ayat pertama iaitu menyatakan nilai memberi markah *pertama*
ReplyDeletecikgu, saya nak tanya soalan tentang bahagian esei. kalau saya jawab begini, boleh tak?
ReplyDeleteNilai. Watak+ kk1+contoh. kk2+contoh. harap2 cikgu boleh reply asap..ribuan terima kasih!!:)
Hi Sam,
ReplyDeletePanjangnya soalan....hahaha
SOALAN 1:
cikgu minta maaf kerana tidak dapat mendedahkan cara penandaan SPM, rahsia sulit kerajaan. Apa pun cikgu cadangkan Sam ikut sahaja cara menjawab yang cikgu Sam dan cikgu ajar. Apa pun bagi soalan2 bhg A, jawablah gunakan semua kk yang Sam boleh ingat. Kalau tak ingat semua pun tulislah kk yang Sam ingat. Jangan stress sangat ye.
SOALAN 2:
kalau soalan nilai beri 2 markah, jawab sahaja begini:
Nilai rasional. Abu harus boleh berfikir dan bertindak berasaskan pertimbangan yang wajar.
Hahahaha....memang kasihan dengan tangan Sam. Kerana itu cikgu cadangkan Sam ikut sahaja cara yang ringkas ini.
SOALAN 3:
cikgu, saya nak tanya soalan tentang bahagian esei. kalau saya jawab begini, boleh tak?
Nilai. Watak+ kk1+contoh. kk2+contoh. harap2 cikgu boleh reply asap..ribuan terima kasih!!:)
JAWAPAN: MEMANG SANGAT-SANGAT BOLEH DAN BETUL....CIKGU DOAKAN SAM DAPAT A+
Baiklah, terima kasih atas tunjuk ajar cikgu =) Budi baik cikgu tidak akan saya lupakan. Soalan ketiga bukan ditanya oleh saya cikgu.
ReplyDelete-Sam
oh ya ke...kerana itu cikgu perlukan ID pelajar dan nama penuh sekolah masing2. tak mengapalah cikgu komen balik. nanti
ReplyDeleteHai Anonymous, cikgu perlukan nama penuh pelajar serta nama penuh sekolah pelajar.
ReplyDeleteSOALAN:
cikgu, saya nak tanya soalan tentang bahagian esei. kalau saya jawab begini, boleh tak?
Nilai. Watak+ kk1+contoh. kk2+contoh. harap2 cikgu boleh reply asap..ribuan terima kasih!!:)
JAWAPAN: MEMANG SANGAT-SANGAT BOLEH DAN BETUL...
Cikgu, saya Lisa dari SIGS, Johor...
ReplyDeleteBolehlah saya mendapat 5 markah jikalau menjawab sebegini?
Terdapat beberapa nilai yang harus diamalkan oleh para penjual semasa menjual barang niaganya.Nilai Rasional.Para peniaga sewajarnya boleh berfikir dan bertindak mengikut pertimbangan yang wajar semasa menjalankan perniagaan mereka. Contohnya, mereka hendaklah memberi layanan yang baik kepada pelanggan mereka supaya pelanggan gemar berjual beli dengan mereka. Selain itu, para penjual seharusnya menjalankan perniagaan dengan jujur dengan tidak menipu pelanggan dari segi harga dan sukatan barangan.
*BOlehkah?
ReplyDeletethank u teacher.
ReplyDeleteBy Mc Tee
Cikgu, saya 'Kucing' dari sekolah di semenanjung utara.
ReplyDeleteSaya nak tanya, kalau soalan memberi dua markah, bolehkah saya terus bagi nilai (1 markah) dan Watak + KK. Haruskah saya beri contoh dalam ayat lain? Ataupun haruskah saya beri contoh dalam ayat yang sama, ataupun tidak perlu contoh langsung pun dapat markah penuh?
Kedua, kalau soalan tersebut berkaitan nilai alam sekitar, bolehkah saya beri mana2 nilai berkaitan alam sekitar, ataupun mesti beri berkaitan situasi sahaja? Sama juga untuk nilai berkaitan keluarga (kecuali mengekalkan tradisi kekeluargaan).
Terima kasih banyak-banyak cikgu! :)
Oh cikgu, saya lupa. Untuk soalan 2(a), kalau saya beri nilai mematuhi peraturan dan undang2 dan harga diri, boleh diterima tak?
ReplyDelete- Kucing.
Hi Lisa, untuk jawapan di atas, saya akan beri 5 markah. Perincian pemarkahan saya adalah seperti di bawah:
ReplyDeleteTerdapat beberapa nilai yang harus diamalkan oleh para penjual semasa menjual barang niaganya. (tiada markah)
Nilai Rasional. (1 markah)
Para peniaga sewajarnya boleh berfikir dan bertindak mengikut pertimbangan yang wajar semasa menjalankan perniagaan mereka. (2 markah)
Contohnya, mereka hendaklah memberi layanan yang baik kepada pelanggan mereka (1 markah)
supaya pelanggan gemar berjual beli dengan mereka. (1 markah)
Selain itu, para penjual seharusnya menjalankan perniagaan dengan jujur dengan tidak menipu pelanggan dari segi harga dan sukatan barangan. (tiada markah kerana tidak merujuk kepada definisi nilai rasional)
Cadangan jawapan yg lebih kemas adalah seperti berikut:
Nilai Rasional.Para peniaga sewajarnya boleh berfikir dan bertindak mengikut pertimbangan yang wajar semasa menjalankan perniagaan mereka. Contohnya, mereka hendaklah memberi layanan yang baik kepada pelanggan mereka. Ini supaya pelanggan gemar berjual beli dengan mereka. (5 markah)
Hi kucing, saya hanya akan respon kepada soalan yang disertai dengan nama penuh penyoal (seperti di dalam IC) serta nama penuh sekolah penyoal.
ReplyDeleteSaya Zoe Chow dari SMKBJ, cikgu.
ReplyDeleteHi Zoe,
ReplyDeleteSMKBJ bermaksud?
1. kalau soalan memberi dua markah, bolehkah saya terus bagi nilai (1 markah) dan Watak + KK. Haruskah saya beri contoh dalam ayat lain? Ataupun haruskah saya beri contoh dalam ayat yang sama, ataupun tidak perlu contoh langsung pun dapat markah penuh?
JAWAPAN: BOLEH NILAI X. WATAK+KK. UNTUK SOALAN NILAI YANG BERI 2 MARKAH, TIDAK PERLU BERI HURAIAN ATAU PUN CONTOH.
3. kalau soalan tersebut berkaitan nilai alam sekitar, bolehkah saya beri mana2 nilai berkaitan alam sekitar, ataupun mesti beri berkaitan situasi sahaja? Sama juga untuk nilai berkaitan keluarga (kecuali mengekalkan tradisi kekeluargaan).
JAWAPAN: SEMUA JAWAPAN MESTI BERDASARKAN SITUASI SOALAN SAHAJA. BAGAIMANA PUN BERDASARKAN SITUASI SOALAN ITU, KITA BIASANYA BOLEH MENGESAN BIDANG YANG SESUAI, DAN BOLEHLAH KITA PILIH NILAI YG SESUAI BERDASARKAN SOALAN.
halo cikgu i'm cindy from SMK Chung Hua.
ReplyDeletei want to ask about the watak when we're writing nilai. can media massa/ non-living things eg : bendera negara be the watak?
and is it we must insert every situation after writing definisi/kata kunci.
eg : Ramli telah mengamalkan nilai rasional. Dia haruslah boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar dengan menyertai aktiviti kokurikulum. ( if i didn't write the dengan..., is it consider wrong? )
cikgu saya juga ingin bertanya tentang penggunaan kata 'sesuatu', 'seseorang' dan 'iaitu'. jika saya menggunakan cara menjawab soalan dengan menggunakan definisi dan bukan kata kunci, penggunaan kata-kata tersebut adalah dianggap salah?
ReplyDeletemisalnya,
Ali mengamalkan nilai bertanggungjawab. Ali mempunyai kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna dengan menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
contoh 2:
Ali mengamalkan nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan. Ali menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga dengan mengamalkan tradisi pemakanan keluarganya.
adakah kedua-dua jawapan itu betul?
saya berharap cikgu dapat memberi panduan kepada saya kerana guru saya mengajar agar kami menggunakan cara ini tetapi saya baru mendapati bahawa kebanyakan sekolah menggunakan teknik kata kunci.
terima kasih.
Cikgu, saya Jimmy dari smk raja mahadi. Untuk esei,
ReplyDeleteSaya tau contoh kedua tak boleh sama dgn contoh pertama dalam satu nilai. Tapi untuk nilai kedua, contohnya boleh sama dgn contoh bagi nilai pertama tak?
Cikgu, saya Faridah dari smk baru.
ReplyDeleteSaya mau tanya jika soalan ialah macam ini, apakah watak yg harus saya tulis?
'Berikan nilai yg ingin diterapkan kpd semua pihak'
ribuan terima kasih saya ucapkan kepada cikgu terdahulu...
Hi Cindy
ReplyDeleteWatak only refers to human being, and not to non-living things. So bendera cannot be a watak.
You don't have to write the situation. just the nilai and the watak+definition.
Hi Cindy, apa yang cikgu Cindy ajar itu tidak salah pun.
ReplyDeleteHi Jimmy,
ReplyDeleteuntuk 1 soalan esei, cikgu sarankan Jimmy beri contoh/huraian yang berlainan untuk setiap nilai.
Hi Faridah, wataknya ialah SEMUA PIHAK
ReplyDeleteJimmy here again, thank you teacher. One more little question, can i use a yellow highlighter to highlight the nilai so it looks more obvious during exam? Just for the convenience for myself and marker as well.
ReplyDeleteTerima kasih Cikgu... hv a nice rest, cikgu =)
ReplyDeleteFaridah
Cikgu, saya Wong King Kui dari SMK Chung Hua Miri
ReplyDeleteBoleh kah saya gunakan teknik kata kunci untuk menjawab soalan?
Dan di manakah saya boleh mendapat kata kunci yang tepat?
Terima kasih
Hi Jimmy, so far belum ada calon peperiksaan yang gunakan highlighter di dalam peperiksaan SPM
ReplyDeleteYou are welcome Faridah....will do...I do need my rest actually.
ReplyDeleteHi Wong King Kui, cari sahaja post saya "kata kunci 1 KK" atau "kata kunci 2KK"
ReplyDeleteHi cikgu, saya Michelle dari SMK Dato Permaisuri lagi.
ReplyDeleteIngin saya memastikan sama ada kefahaman saya dari latihan dan perbincangan di sini adalah betul.
Bagi soalan struktur yang berbunyi sebegini: "Terangkan nilai yang patut diamalkan... " (2m)
Hanya nilai dan definisi diperlukan, tidak perlu mengaitkan definisi dengan situasi yang diberikan?
Terima kasih!
Hi Michelle, betul, tidak perlu kaitkan dengan situasi, tetapi MESTI jawab begini.
ReplyDeleteNilai ______. Watak + definisi. (jika tiada watak, hanya dapat markah nilai sahaja = 1 markah)
hi cikgu,betulkah jika tidak tulis watak akan ditolak markah??tetapi cikgu saya semak betul,tetapi saya dah tahu ada buku rujukan ada tulis akan tolak markah walaupun jawapan betul tapi tiada watak...ada lagi cikgu, jika 1 soalan ada 2 kosong tempat bagi mengisikan jawapan dan markahnya ialah 6.. bagaimana saya nyatakan jawapan dengan mendapatkanteknik menjawap yang betul ?? bolehkah saya tulis watak+definisi+huraian/contoh bagi setiap jawapan...saya juga nak tahu teknik menjawap esei??betulkah jika saya tulis nilai+kk 1+contoh/huraian,kk 2+contoh/huraian dan nilai kedua kk 1+contoh/huraian,kk 2+contoh/huraian untuk mendapatkan 10markah dalam satu esei..inilah cara cikgu moral saya ajar..sila beri tunjuk ajar kepada saya kerana anda menolong saya supaya saya boleh dapat A dalam pendidikan moral..saya benar nak ambil A
ReplyDeleteHi Vincent
ReplyDeletejika tiada watak memang akan ditolak markah
Selamat sejahtera cikgu, nama saya Daniel dan saya ingin bertanya:
ReplyDelete1. Jika saya ingin menjawab soalan struktur yang meminta 1 nilai (2 markah), adakah saya boleh menjawab sebegini: "Ibu bapa mengamalkan nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga. Ibu bapa memuliakan setiap anggota keluarga dengan tidak mengenakan hukuman negatif terhadap anak-anak". Adakah saya boleh mendapat markah penuh? Ada tips cikgu boleh cadangkan untuk menjawab soalan yang berbentuk seperti ini?
2. Adakah teknik menjawab kertas SPM Pendidikan Moral yang cikgu tulis di blog ini masih relevan sehingga sekarang?
3. Adakah salah jika saya menggunakan teknik menulis esei 5 ayat tetapi dalam dua perenggan (setiap perenggan untuk nilai yang berlainan)?
4. Pelajar-pelajar cikgu yang berjaya mendapat gred A+ dalam Pendidikan Moral SPM di sekolah cikgu diajar menggunakan teknik yang cikgu tuliskan di sinikah?
Saya benar-benar ingin mendapatkan A+ dalam kertas Pendidikan Moral SPM esok, saya harap cikgu dapat memberikan balasan dalam kadar segera.
HI DANIAL
ReplyDelete1. nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Ibu bapa ada kewajipan untuk melahirkan keluarga bahagia.
2. Adakah teknik menjawab kertas SPM Pendidikan Moral yang cikgu tulis di blog ini masih relevan sehingga sekarang?
YA
3. Adakah salah jika saya menggunakan teknik menulis esei 5 ayat tetapi dalam dua perenggan (setiap perenggan untuk nilai yang berlainan)?
TIDAK SALAH
4. Pelajar-pelajar cikgu yang berjaya mendapat gred A+ dalam Pendidikan Moral SPM di sekolah cikgu diajar menggunakan teknik yang cikgu tuliskan di sinikah?
YA
Cikgu, saya Siva dari SMK Telok Datok...saya ingin tanya ...bagi soalan " Berikan 2 nilai yg harus diamalkan......." Bolehkah saya memberikan 3 atau 4 nilai? Jadi, kalau nilai yg pertama tu salah...nilai ketiga dan keempat boleh jadi back-up" Adakah cara ini diterima cikgu? Sama utk soalan kbkk yg menanyakan kesan atau langkah....blh saya bagi lebih cikgu?.....terima kasih cikgu.....
ReplyDeletesalam hormat cikgu,
ReplyDeletecikgu apakah agensi yg melindungi hak pekerja?
Selamat malam cikgu, Terima kasih atas informasi yang sangat membantu yang disertakan juga jawapan bagi soalan-soalan yang dinyatakan pelajar dari sekolah lain. Sangat Membantu! Terima kasih Cikgu!
ReplyDeleteSELAMAT MALAM
- Theresa Michael (SMK TAMBUNAN, SABAH)