4 ayat: Ka+N. Gn+kk+I/T. Contoh/how. Why.
5 ayat: Ka+N. Gn+kk1+I/T. Contoh/how. Gn+kk2+I/T. Why.
Kunci formula:
I: Isu T: Tindakan
N: Nilai
Ka: Karektor/Watak
Gn: Gantinama
kk: Kata kunci
how: Cara/bagaimana/contoh untuk melaksanakan kata kunci
why: Sebab/mengapa melaksanakan kata kunci
Latihan menjawab
1. Berikut merupakan etika kewartawanan yang perlu dipatuhi oleh sesiapa sahaja yang ingin menulis tentang sesuatu perkara melalui media masa.
- Melaporkan perkara yang benar dan terbukti sahaja.
- Tidak menulis tentang isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan kekecohan dan merosakkan keharmonian masyarakat.
- Tidak melaporkan sesuatu secara berat sebelah.
- Melaporkan sesuatu berita mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia.
- Tidak keterlaluan atau melampaui batasan dalam melaporkan sesuatu berita.
- Berfikir dahulu kesan sesuatu berita yang dilaporkan
Jawapan Formula 4 ayat
Wartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu amalkan kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan ketika membuat laporan. Contohnya melaporkan sesuatu berita mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia. Ini supaya keharmonian rakyat dapat dipelihara. Seterusnya wartawan perlu amalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan ketika membuat laporan. Contohnya tidak menulis tentang isu-isu sensitif. Ini untuk mengelakkan kekecohan dan merosakkan keharmonian masyarakat. Akhir sekali wartawan perlu amalkan nilai keadilan. Mereka perlu membuat tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah ketika membuat laporan. Contohnya tidak melaporkan sesuatu secara berat sebelah. Ini supaya tiada sesiapa yang teraniaya.
Jawapan Formula 5 ayat.
Wartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu bebas berucap dengan batasan demi keselamatan ketika membuat laporan. Contohnya melaporkan sesuatu berita mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia. Mereka juga perlu mengeluarkan fikiran dengan batasan demi keselamatan ketika membuat laporan. Ini supaya keharmonian rakyat dapat dipelihara. Seterusnya wartawan perlu amalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima peraturan dan undang-undang yang ditetapkan ketika membuat laporan. Ini untuk mengelakkan kekecohan dan merosakkan keharmonian masyarakat. Mereka juga perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan ketika membuat laporan. Contohnya tidak menulis tentang isu-isu sensitif. Akhir sekali wartawan perlu amalkan nilai keadilan. Mereka perlu membuat tindakan yang saksama ketika membuat laporan. Contohnya tidak melaporkan sesuatu secara berat sebelah. Mereka juga perlu membuat keputusan yang tidak berat sebelah ketika membuat laporan. Ini supaya tiada sesiapa yang teraniaya.
cikgu
ReplyDeletesaya seorang pelajar ting 5 di SM teknik keningau di sabah
seperti yg telah di maklumkan para pelajar di kehendaki menyiapkan folio pndidikan moral...dan saya telah menyiapkannya pd tahun lalu namun terdpt sedikit perubahan..para pelajar perlu membuat 2 esei berkaitan perkembangan diri...dan saya kehilangan soalan esei tersebut..sya telah berusaha mencari..boleh tak cikgu menolong sya menyelesaikan masalah ini?
Hi Iwan...
ReplyDeleteHingga saat ini kami di Selangor belum mendapat arahan atau berita mengenai penambahan 2 esei dalam folio calon seperti yang Iwan nyatakan. Cikgu cadangkan Iwan dapatkan penerangan sekali lagi drp cikgu Iwan.
HI RESPECTED STUDENTS
ReplyDeleteIT WOULD BE GOOD IF YOU COULD READ MY POSTS, THE COMMENTS FROM YOUR FRIENDS, AND MY COMMENTS BEFORE YOU ASK ANY QUESTION.
THANK YOU
Semua blogger yang dihormati, saya hanya akan respon kepada comment-comment yang disertakan nama penuh blogger dan nama penuh sekolah sahaja. HARAP MAKLUM.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu , blog anda amat berguna kepada saya!
ReplyDeleteSama-sama. Saya gembira dapat membantu
ReplyDeleteYour blog are much appreciated . Thanks alot Cikgu Pn. Noraini . God bless you .
ReplyDeleteYou are most welcome dear.
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Cikgu. Dari esei pendidikan moral ini, boleh tak saya menulis jawapannya seperti berikut iaitu dengan menyatakan Nama Nilai sahaja, kemudian diikuti dengan subjek, kata kunci (adakah kata kunci perlu ditulis dengan ayat dan perkataan yang betul tanpa salah apa-apa pun) dan akhir sekali contoh. Harap dapat penjelasan. Terima kasih
ReplyDeleteassalamualaikum. saya akan kebih gembira jika saya dapat tahu saya berinteraksi dengan siapadan dari sekolah mana.
ReplyDeletesoalan esei ada 2 cara menjawab.
4 ayat
NILAI _______. KAREKTOR/WATAK/SUBJEK + KK (rujuk senarai kata kunci yg saya sediakan). CONTOH/HOW. CONTOH/WHY.
5 ayat
NILAI ________. KAREKTOR/WATAK/SUBJEK + KK 1 (rujuk senarai kata kunci yang saya sediakan). CONTOH/HOW. KAREKTOR/WATAK/SUBJEK + KK 2 (rujuk senarai kata kunci yang saya sediakan). CONTOH/WHY.
saya miey, dr smk putrajaya
ReplyDeletesaya sentiasa merujuk blog cikgu untuk makluman terkini. saya cukup risau kerana sekolah menaruh harapan tinggi. saya keliru,
jika salah ejaan untuk nilai, maka nilai itu automatik salah.. dan terus mendapat 0 markah (daripada 5).. contohnya keserdehanaan (salah letak huruf 'r'). begitu juga jika nilai salah kata hubung contohnya cinta akan negara pelajar tulis cinta terhadap negara, turut tidak akan dapat markah. cuma saya tidak pasti sama ada jika nilai itu salah susun.. contohnya 'menghargai dan menyayangi alam sekitar' dan 'menyayangi dan menghargai alam sekitar', bolehkah diterima kedua-duanya?
berkaitan dengan akta, jika tidak ditulis tahun untuk akta berkenaan bagaimana? adakah diberi markah?
bagaimana pula jika menulis jawapan untuk pengetahuan umum dalam bahasa inggeris contohnya indeks pengukur prestasi ditulis key performance indicator.. bagaimana pula jika guna singkatan contohnya key performance indicator hanya ditulis KPI?
begitu juga dengan esei. jika masih mengekalkan 5 ayat? masih diberi markah? atau menulis lebih daripada 1 huraian untuk 1 kata kunci.. bagaimana?
saya harap dapat tunjuk ajar cikgu..
terima kasih.
salam hormat
Hi cikgu Miey,
ReplyDeletePenandaan dan pemarkahan peperiksaan sebenar kita tidak dapat jangka. Ada masa mungkin agak ketat, ada masa pula mungkin agak longgar. Bagaimanapun kita perlu sentiasa bersedia. Oleh itu saya cadangkan kita bimbing pelajar for the worst.
Dalam setiap masa, tekankan pelajar untuk tidak menukar walau 1 huruf mahupun susunan perkataan dalam nilai. Apa sahaja perubahan dlm ejaan atau susunan perkataan dalam nilai jangan beri markah untuk nilai. Ini juga bermakna keseluruhan huraian nilai berkenaan tiada markah walau memenuhi skema. Bermakna jika nilai salah, maka seluruh jawapan mengenai nilai itu juga salah
keserdehanaan - 0
cinta terhadap negara - 0
menghargai dan menyayangi alam sekitar - 0
menyayangi dan menghargai alam sekitar - 1
akta tanpa tahun - markah penuh
akta dengan tahun yg betul - betul
akta dengan tahun salah - salah
KPI - diterima
Soalan esei.
boleh buat 4 atau 5 ayat. Jika pelajar beri lebih huraian (tambah ayat) tiada masalah, pemeriksa akan ambil jawapan terbaik.
Untuk share pengetahuan denganlebih detail, inshaallah saya boleh ke sekolah cikgu Miey atas jemputan rasmi drp pihak sekolah cikgu
selamat sejahtera cikgu?saya shila bersekolah di smk.bingkor keningau sabah.saya ingin bertanya cara yg lebih baik untuk menjawab esei.Adakah mengunakan 5 ayat lebih baik ataupun menggunakan 4 ayat sahaja?trma ksi
ReplyDeleteHai Shila....maafkan cikgu kerana lewat respon kepada soalan Shila. Ini kerana cikgu tak boleh nampak semua soalan-soalan d wall cikgu.
ReplyDeleteMengenai soalan Shila, sama sahaja 5 ayat atau 4 ayat. markah tetap sama. ikut selesa Shila..jika lebih senang 4 ayat, gunakan 4 ayat. Jika lebih selesa 5 ayat, gunakan 5 ayat....
salam sejahtera.Saya jenny..dari smk kat sarawak. saya ingi bertanya, jika saya masukkan definisi lengkap dalam menulis penerangan. boleh diterima atau tidak? contohnya:
ReplyDeleteWartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu mengamalkan kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.
saya tidak menambah situasi di belakang. bolehkah?
Jenny..jika soalan ini menawarkan 2 markah, maka jawapan yang jenny berikan ini akan menerima 2 markah....jd bolehkah jenny buat kesimpulan drp jawapan saya...?
ReplyDeletesalam sejahtera, Pn Noraini..saya Madam Lau dari sebuah sekolah menengah di negeri Selangor. Ingin saya tanya puan,saya telah mengajar pelajar saya menjawab soalan esei 5 ayat dengan menggunakan formula yang diberikan oleh puan seperti berikut:
ReplyDeleteNILAI ________. KAREKTOR/WATAK/SUBJEK + KK 1 (rujuk senarai kata kunci yang saya sediakan). CONTOH/HOW. KAREKTOR/WATAK/SUBJEK + KK 2 (rujuk senarai kata kunci yang saya sediakan). CONTOH/WHY
Akan tetapi,
Pelajar lupa tulis perkataan 'Nilai'bagi ayat pertama.
Contoh:Nilai yang perlu diamalkan oleh masyarakat untuk menjayakan kempen Hari Bumi adalah kemapanan alam sekitar. Masyarakat perlu mengamalkan keseimbangan alam sekeliling supaya ekosistem alam sekitar berjalan dengan lancar.........dan seterusnya.
Soalannya, adakah pelajar ini diberi markah untuk ayat 1 - 5 jika menepati skema jawapan.cuma hanya perkataan 'nilai' lupa ditulis bagi ayat pertama.
Terima kasih kerana menjawab soalan saya.
Hi Madam Lau,
ReplyDeleteMula-mula sekali saya minta maaf kerana lewat sangat respon persoalan Puan. terlalu banyak pula tugasan lain hingga tidak sempat untuk saya membuka laptop saya kebelakangan ini.
bagi persoalan di atas, memang pelajar berkenaan boleh diberi markah penuh.
Teacher, saya Andy from Smk Chung Hwa. Saya nak tanya, untuk esei, kalau saya tulis
ReplyDelete(Nilai). (watak)(Definisi). (contohnya.....). (Misalnya......) boleh tak?
Atau mesti satu how dan satu why?
Hi Andy,
ReplyDeleteBoleh guna mana-mana formula-formula di bawah:
NILAI. WATAK+DEFINISI. HOW. WHY.
NILAI. WATAK+DEFINISI. HOW. HOW.
NILAI. WATAK+DEFINISI. WHY. WHY.
NILAI. WATAK+DEFINISI. CONTOH. WHY.
NILAI. WATAK+DEFINISI. CONTOH.CONTOH
hi cikgu, boleh tak kalau saya guna watak,nilai,contoh soalan sahaja.? mesti nak guna kata kunci jugakah...
Deletecikgu kurang jelas soalan ini. cuba berikan cikgu 1 contoh
Deletehelo cikgu... sy mal dari sabah, adakah cikgu masih mengajar subjek pendidikan moral? jika ya... sy ingin tahu keputusan spm 2011 sekolah cikgu.. terima kasih
ReplyDeleteMal, saya masih mengajar Pendidikan Moral. Keputusan Pendidikan Moral sekolah saya naik 10% secara keseluruhannya. Ada 11 kelas semuanya. Kelas pertama hingga kelas ketiga, 100% A. Kelas pertama hingga kelas kelima 100% lulus. Kelas kesepuluh dan kesebelas juga ada pelajar yang lulus.
DeleteHow many got A+ for it ? Nobody got A+ for moral in my school which made me very worried . A question : Is the 4 sentence method acceptable in SPM ? 100% acceptable ?
ReplyDelete9 students A+, 5 students A, 20 students A-. I have been using the 4 sentences method all this while.
DeleteDo you know the reason , why so many students failed to secure an A+ ?
ReplyDeletemany reasons. tidak hafal nilai, tidak hafal definisi, tidak hafal akta, dasar, NGO, pertubuhan, badan kerajaan, tidak tahu sesuaikan situasi dengan nilai, tidak guna kaedah menjawab dengan betul.......
ReplyDeleteHai cikgu, sya bersekolah di SMK Tenom, Sabah.. Selama ini, sya mengikut format menulis esei PM cikgu PM sekola sya.. Jadi..
ReplyDeleteSoalan sya, apakah jenis format yang sya sedang gunakan utk menjawab soalan esei sprti yg di bawah ini??
Contoh soalan:
[Tanggungjawab Pelajar]
-mengharumkan nama negara
-tidak mencemar alam
-menjaga nama baik keluarga
-tidak membazir waktu dengan perkara sia-sia
Soalan: berdasarkan maklumat di atas, selain bertanggungjawab, jelaskan nilai2 yg perlu diamalkan oleh pljr utk mlksanakan tnggungjwb trsebut...
Saya akan mengambil point "menjaga nama baik keluarga" dan "tidak membazir waktu dengan perkara sia-sia"..
Jawapan saya diisi bermula dengan =
Pelajar(Watak)perlu mngamalkn nilai kasih sayang trhdp kluarga(Nilai). Pelajar(Watak) tersebut perlu memiliki perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendlam terhdap keluarga supaya dpt mngeratkan hbungan antra 1 sma yg lain. Contohnya, peljar(Watak) hrus mnghargai jasa ibu bapa dan anggota kluarga yg lain serta menjaga mereka yg mmrlukan perhtian. Pelajar juga perlu mmpunyai perasaan cinta, kasih dan sayang yg berkekalan trhadap keluarga agar keluarga dpt hidup secara bahagia. Misalnya, peljar sentiasa menjaga ibu bapa dengan penuh kasih sayang.
Em.. stakat itu shja sya mahu tunjukkan kpd cikgu sbab sya takut banyak kesilapan yg sya buat dlam bahagian "nilai rasional" saya... XP
Sekiranya cikgu dpat tolong, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kalau tak dpat pun, sya tetap akan ucapkan ribuan terima kasih kerana menulis blog ini utk pelajar semua.. :D
HI EBRYAN. MAAFKAN CIKGU TERANA TERLALU LEWAT RESPON.
DeleteSANGAT TEPAT JAWAPAN EBRAYN. CIKGU BERI VERSI RINGKAS SEDIKIT
nilai kasih sayang trhdp kluarga(Nilai). Pelajar(Watak) tersebut perlu memiliki perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendlam terhdap keluarga. Contohnya, peljar(Watak) mnghargai jasa ibu bapa. Pelajar juga perlu mmpunyai perasaan cinta, kasih dan sayang yg berkekalan trhadap keluarga. Misalnya, peljar sentiasa menjaga ibu bapa dengan penuh kasih sayang
Hai cikgu....hehe xpe cikgu its ok, I managed to understand the wording structures provided by you, well, more or less...Anyway, I sincerely hope you always have nice days ahead of you and also here's a little motivational song I wanted to give as a present for helping me:
Deletewww.youtube.com/watch?v=uWh4HAH0tC4
(just highlight, rightclick and select "Go to .....")
Once again, thank you. :)
hi cikgu..
ReplyDeleteselamat sejahtera cikgu.. saya Linda,palajar SMK Bandar Banting di Banting..
ReplyDeletesoalan mengenai esei : soalan tanya 2 nilai. saya selalunya menjawab lbg drpd 2 nilai..
So,..adakah pemeriksa akan mengambil yg terbaik atau tdk memberi markah kerana tdk mematuhi arahan..(iaitu,berikan 2 nilai) ??
HI LINDA
DeleteBOLEH BERIKAN TAMBAHAN 1 JAWAPAN/NILAI SAHAJA.
salam puan .saya Lilian Cheng dari smk merbau ,miri,sarawak. terima kasih bnyk atas usaha puan dlm membantu pelajar serta yg lain dlm blog ini. ini amat membantu sy sebelum spm 2012 . :) tq !
ReplyDeleteHI LILIAN. YOU ARE WELCOME. I'M GLAD THAT I CAN HELP
DeleteGreetings Pn Noraini, my name r Octavia Chung from Smk Tansau. I would like to say thank you so much for your effort to helping us to understanding more better in this subject before facing the examination. May God Bless puan.
ReplyDeleteHI OCTAVIA. YOU ARE WELCOME. I'M GLAD THAT I CAN HELP
DeleteSalam...
ReplyDeleteSy dr smk bkit rokan n.9. Sy cg moral. Sy nk tny mngenai cara @ tknik mnjawab. Sy agak baru lg dalm mngajarvmral ni. Sy nk tny cg btul @salah cra sy mngajar plajr sy mnjwab soalan. Sy ajar bdak tuk soalan struktur mcm ni :
W+N.W+KK+HURAIN. Untuk esei pula sy akan sruh bdak cari 2 nilai. Dimana setiap nilai dipecah kpd 2 kata kunci dan 2 contoh.
Saya cikgu Carol dari SMK Serian Sarawak...saya nak kepastian dalam menulis jawapan struktur dan esei...saya difahamkan oleh JU negeri Sarawak agar menekankan formula SUbjek+nilai+isu...tapi dari apa yang saya lihat jawapan yang cikgu Noraini berikan tidak begitu menekankan subjek dahulu dalam ayat..jadi adakah formula yang kami amalkan ini boleh diterima? Terima kasih.
ReplyDeleteAs salam Pn. Noraini,
ReplyDeleteSaya cikgu akmal dari smkbbu, jb. Saya nak bertanya, jika pelajar memberikan jawapan untuk soalan esei memberikan contoh yg sama untuk nilai yang sama, adakah diterima? Contoh jawapan: Ibu bapa perlu mengamalkan nilai rasional. Ibu bapa perlu bertindak wajar dalam mendidik anak-anak. Contohnya, ibu bapa perlu memberikan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak. Ibu bapa perlu boleh berfikir dalam mendidik anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa haruslah memberikan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak.
Cikgu, kalau soalan kata nak 2 kesan, boleh tak bagi 3 by adding one more number like (iii) below (ii) ?
ReplyDelete