INSAN BERMORAL ADALAH INSAN YANG BAHAGIA

Bila kita bermoral, masyarakat menyayangi dan menyukai kita, Tuhan juga sayang akan kita, yang paling penting, hati kita lapang, selesa dan bahagia

SEMOGA BERJAYA

PENDIDIKAN MORAL TIDAKLAH SUSAH.
YANG PENTING USAHA SEDIKIT, DISIPLIN,
DAN SEMANGAT UNTUK BERJAYA

xOnline Design

Wednesday 12 August 2009

LATIHAN MENJAWAB SOALAN ESEI

Wednesday 12 August 2009
Ada dua cara menjawab soalan esei, iaitu menggunakan empat ayat atau pun lima ayat. Sebenarnya Dua-dua cara ini sama sahaja, cuma untuk empat ayat, kita guna 1kk dan untuk lima ayat, kita guna 2kk.

Formula:
4 ayat: Ka+N. Gn+kk+I/T. Contoh/how. Why.
5 ayat: Ka+N. Gn+kk1+I/T. Contoh/how. Gn+kk2+I/T. Why.

 Kunci formula:
I: Isu
T: Tindakan
N: Nilai
Ka: Karektor/Watak
Gn: Gantinama
kk: Kata kunci
how: Cara/bagaimana/contoh untuk melaksanakan kata kunci
why: Sebab/mengapa melaksanakan kata kunci

Latihan menjawab

1. Berikut merupakan etika kewartawanan yang perlu dipatuhi oleh sesiapa sahaja yang ingin menulis tentang sesuatu perkara melalui media masa.
  • Melaporkan perkara yang benar dan terbukti sahaja.
  • Tidak menulis tentang isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan kekecohan dan merosakkan keharmonian masyarakat.
  • Tidak melaporkan sesuatu secara berat sebelah.
  • Melaporkan sesuatu berita mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia.
  • Tidak keterlaluan atau melampaui batasan dalam melaporkan sesuatu berita.
  • Berfikir dahulu kesan sesuatu berita yang dilaporkan
Berdasarkan etika kewartawanan yang digariskan di atas, bincangkan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh seorang wartawan.

Jawapan Formula 4 ayat

Wartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu amalkan kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan ketika membuat laporan. Contohnya melaporkan sesuatu berita mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia. Ini supaya keharmonian rakyat dapat dipelihara. Seterusnya wartawan perlu amalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan ketika membuat laporan. Contohnya tidak menulis tentang isu-isu sensitif. Ini untuk mengelakkan kekecohan dan merosakkan keharmonian masyarakat. Akhir sekali wartawan perlu amalkan nilai keadilan. Mereka perlu membuat tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah ketika membuat laporan. Contohnya tidak melaporkan sesuatu secara berat sebelah. Ini supaya tiada sesiapa yang teraniaya.

Jawapan Formula 5 ayat.

Wartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu bebas berucap dengan batasan demi keselamatan ketika membuat laporan. Contohnya melaporkan sesuatu berita mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia.  Mereka juga perlu mengeluarkan fikiran dengan batasan demi keselamatan ketika membuat laporan. Ini supaya keharmonian rakyat dapat dipelihara. Seterusnya wartawan perlu amalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima peraturan dan undang-undang yang ditetapkan ketika membuat laporan. Ini untuk mengelakkan kekecohan dan merosakkan keharmonian masyarakat. Mereka juga perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan ketika membuat laporan. Contohnya tidak menulis tentang isu-isu sensitif. Akhir sekali wartawan perlu amalkan nilai keadilan. Mereka perlu membuat tindakan yang saksama ketika membuat laporan. Contohnya tidak melaporkan sesuatu secara berat sebelah. Mereka juga perlu membuat keputusan yang tidak berat sebelah ketika membuat laporan. Ini supaya tiada sesiapa yang teraniaya.

42 comments:

  1. cikgu
    saya seorang pelajar ting 5 di SM teknik keningau di sabah
    seperti yg telah di maklumkan para pelajar di kehendaki menyiapkan folio pndidikan moral...dan saya telah menyiapkannya pd tahun lalu namun terdpt sedikit perubahan..para pelajar perlu membuat 2 esei berkaitan perkembangan diri...dan saya kehilangan soalan esei tersebut..sya telah berusaha mencari..boleh tak cikgu menolong sya menyelesaikan masalah ini?

    ReplyDelete
  2. Hi Iwan...

    Hingga saat ini kami di Selangor belum mendapat arahan atau berita mengenai penambahan 2 esei dalam folio calon seperti yang Iwan nyatakan. Cikgu cadangkan Iwan dapatkan penerangan sekali lagi drp cikgu Iwan.

    ReplyDelete
  3. HI RESPECTED STUDENTS

    IT WOULD BE GOOD IF YOU COULD READ MY POSTS, THE COMMENTS FROM YOUR FRIENDS, AND MY COMMENTS BEFORE YOU ASK ANY QUESTION.

    THANK YOU

    ReplyDelete
  4. Semua blogger yang dihormati, saya hanya akan respon kepada comment-comment yang disertakan nama penuh blogger dan nama penuh sekolah sahaja. HARAP MAKLUM.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih cikgu , blog anda amat berguna kepada saya!

    ReplyDelete
  6. Your blog are much appreciated . Thanks alot Cikgu Pn. Noraini . God bless you .

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. Cikgu. Dari esei pendidikan moral ini, boleh tak saya menulis jawapannya seperti berikut iaitu dengan menyatakan Nama Nilai sahaja, kemudian diikuti dengan subjek, kata kunci (adakah kata kunci perlu ditulis dengan ayat dan perkataan yang betul tanpa salah apa-apa pun) dan akhir sekali contoh. Harap dapat penjelasan. Terima kasih

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum. saya akan kebih gembira jika saya dapat tahu saya berinteraksi dengan siapadan dari sekolah mana.

    soalan esei ada 2 cara menjawab.

    4 ayat
    NILAI _______. KAREKTOR/WATAK/SUBJEK + KK (rujuk senarai kata kunci yg saya sediakan). CONTOH/HOW. CONTOH/WHY.

    5 ayat
    NILAI ________. KAREKTOR/WATAK/SUBJEK + KK 1 (rujuk senarai kata kunci yang saya sediakan). CONTOH/HOW. KAREKTOR/WATAK/SUBJEK + KK 2 (rujuk senarai kata kunci yang saya sediakan). CONTOH/WHY.

    ReplyDelete
  9. saya miey, dr smk putrajaya

    saya sentiasa merujuk blog cikgu untuk makluman terkini. saya cukup risau kerana sekolah menaruh harapan tinggi. saya keliru,

    jika salah ejaan untuk nilai, maka nilai itu automatik salah.. dan terus mendapat 0 markah (daripada 5).. contohnya keserdehanaan (salah letak huruf 'r'). begitu juga jika nilai salah kata hubung contohnya cinta akan negara pelajar tulis cinta terhadap negara, turut tidak akan dapat markah. cuma saya tidak pasti sama ada jika nilai itu salah susun.. contohnya 'menghargai dan menyayangi alam sekitar' dan 'menyayangi dan menghargai alam sekitar', bolehkah diterima kedua-duanya?

    berkaitan dengan akta, jika tidak ditulis tahun untuk akta berkenaan bagaimana? adakah diberi markah?

    bagaimana pula jika menulis jawapan untuk pengetahuan umum dalam bahasa inggeris contohnya indeks pengukur prestasi ditulis key performance indicator.. bagaimana pula jika guna singkatan contohnya key performance indicator hanya ditulis KPI?

    begitu juga dengan esei. jika masih mengekalkan 5 ayat? masih diberi markah? atau menulis lebih daripada 1 huraian untuk 1 kata kunci.. bagaimana?

    saya harap dapat tunjuk ajar cikgu..

    terima kasih.
    salam hormat

    ReplyDelete
  10. Hi cikgu Miey,

    Penandaan dan pemarkahan peperiksaan sebenar kita tidak dapat jangka. Ada masa mungkin agak ketat, ada masa pula mungkin agak longgar. Bagaimanapun kita perlu sentiasa bersedia. Oleh itu saya cadangkan kita bimbing pelajar for the worst.

    Dalam setiap masa, tekankan pelajar untuk tidak menukar walau 1 huruf mahupun susunan perkataan dalam nilai. Apa sahaja perubahan dlm ejaan atau susunan perkataan dalam nilai jangan beri markah untuk nilai. Ini juga bermakna keseluruhan huraian nilai berkenaan tiada markah walau memenuhi skema. Bermakna jika nilai salah, maka seluruh jawapan mengenai nilai itu juga salah


    keserdehanaan - 0
    cinta terhadap negara - 0
    menghargai dan menyayangi alam sekitar - 0
    menyayangi dan menghargai alam sekitar - 1

    akta tanpa tahun - markah penuh
    akta dengan tahun yg betul - betul
    akta dengan tahun salah - salah

    KPI - diterima

    Soalan esei.
    boleh buat 4 atau 5 ayat. Jika pelajar beri lebih huraian (tambah ayat) tiada masalah, pemeriksa akan ambil jawapan terbaik.

    Untuk share pengetahuan denganlebih detail, inshaallah saya boleh ke sekolah cikgu Miey atas jemputan rasmi drp pihak sekolah cikgu

    ReplyDelete
  11. selamat sejahtera cikgu?saya shila bersekolah di smk.bingkor keningau sabah.saya ingin bertanya cara yg lebih baik untuk menjawab esei.Adakah mengunakan 5 ayat lebih baik ataupun menggunakan 4 ayat sahaja?trma ksi

    ReplyDelete
  12. Hai Shila....maafkan cikgu kerana lewat respon kepada soalan Shila. Ini kerana cikgu tak boleh nampak semua soalan-soalan d wall cikgu.

    Mengenai soalan Shila, sama sahaja 5 ayat atau 4 ayat. markah tetap sama. ikut selesa Shila..jika lebih senang 4 ayat, gunakan 4 ayat. Jika lebih selesa 5 ayat, gunakan 5 ayat....

    ReplyDelete
  13. salam sejahtera.Saya jenny..dari smk kat sarawak. saya ingi bertanya, jika saya masukkan definisi lengkap dalam menulis penerangan. boleh diterima atau tidak? contohnya:
    Wartawan perlu amalkan nilai kebebasan bersuara. Mereka perlu mengamalkan kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.
    saya tidak menambah situasi di belakang. bolehkah?

    ReplyDelete
  14. Jenny..jika soalan ini menawarkan 2 markah, maka jawapan yang jenny berikan ini akan menerima 2 markah....jd bolehkah jenny buat kesimpulan drp jawapan saya...?

    ReplyDelete
  15. salam sejahtera, Pn Noraini..saya Madam Lau dari sebuah sekolah menengah di negeri Selangor. Ingin saya tanya puan,saya telah mengajar pelajar saya menjawab soalan esei 5 ayat dengan menggunakan formula yang diberikan oleh puan seperti berikut:

    NILAI ________. KAREKTOR/WATAK/SUBJEK + KK 1 (rujuk senarai kata kunci yang saya sediakan). CONTOH/HOW. KAREKTOR/WATAK/SUBJEK + KK 2 (rujuk senarai kata kunci yang saya sediakan). CONTOH/WHY

    Akan tetapi,
    Pelajar lupa tulis perkataan 'Nilai'bagi ayat pertama.
    Contoh:Nilai yang perlu diamalkan oleh masyarakat untuk menjayakan kempen Hari Bumi adalah kemapanan alam sekitar. Masyarakat perlu mengamalkan keseimbangan alam sekeliling supaya ekosistem alam sekitar berjalan dengan lancar.........dan seterusnya.

    Soalannya, adakah pelajar ini diberi markah untuk ayat 1 - 5 jika menepati skema jawapan.cuma hanya perkataan 'nilai' lupa ditulis bagi ayat pertama.

    Terima kasih kerana menjawab soalan saya.

    ReplyDelete
  16. Hi Madam Lau,
    Mula-mula sekali saya minta maaf kerana lewat sangat respon persoalan Puan. terlalu banyak pula tugasan lain hingga tidak sempat untuk saya membuka laptop saya kebelakangan ini.

    bagi persoalan di atas, memang pelajar berkenaan boleh diberi markah penuh.

    ReplyDelete
  17. Teacher, saya Andy from Smk Chung Hwa. Saya nak tanya, untuk esei, kalau saya tulis

    (Nilai). (watak)(Definisi). (contohnya.....). (Misalnya......) boleh tak?
    Atau mesti satu how dan satu why?

    ReplyDelete
  18. Hi Andy,

    Boleh guna mana-mana formula-formula di bawah:

    NILAI. WATAK+DEFINISI. HOW. WHY.
    NILAI. WATAK+DEFINISI. HOW. HOW.
    NILAI. WATAK+DEFINISI. WHY. WHY.
    NILAI. WATAK+DEFINISI. CONTOH. WHY.
    NILAI. WATAK+DEFINISI. CONTOH.CONTOH

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cikgu, boleh tak kalau saya guna watak,nilai,contoh soalan sahaja.? mesti nak guna kata kunci jugakah...

      Delete
    2. cikgu kurang jelas soalan ini. cuba berikan cikgu 1 contoh

      Delete
  19. helo cikgu... sy mal dari sabah, adakah cikgu masih mengajar subjek pendidikan moral? jika ya... sy ingin tahu keputusan spm 2011 sekolah cikgu.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mal, saya masih mengajar Pendidikan Moral. Keputusan Pendidikan Moral sekolah saya naik 10% secara keseluruhannya. Ada 11 kelas semuanya. Kelas pertama hingga kelas ketiga, 100% A. Kelas pertama hingga kelas kelima 100% lulus. Kelas kesepuluh dan kesebelas juga ada pelajar yang lulus.

      Delete
  20. How many got A+ for it ? Nobody got A+ for moral in my school which made me very worried . A question : Is the 4 sentence method acceptable in SPM ? 100% acceptable ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 9 students A+, 5 students A, 20 students A-. I have been using the 4 sentences method all this while.

      Delete
  21. Do you know the reason , why so many students failed to secure an A+ ?

    ReplyDelete
  22. many reasons. tidak hafal nilai, tidak hafal definisi, tidak hafal akta, dasar, NGO, pertubuhan, badan kerajaan, tidak tahu sesuaikan situasi dengan nilai, tidak guna kaedah menjawab dengan betul.......

    ReplyDelete
  23. Hai cikgu, sya bersekolah di SMK Tenom, Sabah.. Selama ini, sya mengikut format menulis esei PM cikgu PM sekola sya.. Jadi..

    Soalan sya, apakah jenis format yang sya sedang gunakan utk menjawab soalan esei sprti yg di bawah ini??

    Contoh soalan:
    [Tanggungjawab Pelajar]
    -mengharumkan nama negara
    -tidak mencemar alam
    -menjaga nama baik keluarga
    -tidak membazir waktu dengan perkara sia-sia

    Soalan: berdasarkan maklumat di atas, selain bertanggungjawab, jelaskan nilai2 yg perlu diamalkan oleh pljr utk mlksanakan tnggungjwb trsebut...

    Saya akan mengambil point "menjaga nama baik keluarga" dan "tidak membazir waktu dengan perkara sia-sia"..

    Jawapan saya diisi bermula dengan =

    Pelajar(Watak)perlu mngamalkn nilai kasih sayang trhdp kluarga(Nilai). Pelajar(Watak) tersebut perlu memiliki perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendlam terhdap keluarga supaya dpt mngeratkan hbungan antra 1 sma yg lain. Contohnya, peljar(Watak) hrus mnghargai jasa ibu bapa dan anggota kluarga yg lain serta menjaga mereka yg mmrlukan perhtian. Pelajar juga perlu mmpunyai perasaan cinta, kasih dan sayang yg berkekalan trhadap keluarga agar keluarga dpt hidup secara bahagia. Misalnya, peljar sentiasa menjaga ibu bapa dengan penuh kasih sayang.

    Em.. stakat itu shja sya mahu tunjukkan kpd cikgu sbab sya takut banyak kesilapan yg sya buat dlam bahagian "nilai rasional" saya... XP

    Sekiranya cikgu dpat tolong, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kalau tak dpat pun, sya tetap akan ucapkan ribuan terima kasih kerana menulis blog ini utk pelajar semua.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI EBRYAN. MAAFKAN CIKGU TERANA TERLALU LEWAT RESPON.
      SANGAT TEPAT JAWAPAN EBRAYN. CIKGU BERI VERSI RINGKAS SEDIKIT

      nilai kasih sayang trhdp kluarga(Nilai). Pelajar(Watak) tersebut perlu memiliki perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendlam terhdap keluarga. Contohnya, peljar(Watak) mnghargai jasa ibu bapa. Pelajar juga perlu mmpunyai perasaan cinta, kasih dan sayang yg berkekalan trhadap keluarga. Misalnya, peljar sentiasa menjaga ibu bapa dengan penuh kasih sayang

      Delete
    2. Hai cikgu....hehe xpe cikgu its ok, I managed to understand the wording structures provided by you, well, more or less...Anyway, I sincerely hope you always have nice days ahead of you and also here's a little motivational song I wanted to give as a present for helping me:

      www.youtube.com/watch?v=uWh4HAH0tC4

      (just highlight, rightclick and select "Go to .....")

      Once again, thank you. :)

      Delete
  24. selamat sejahtera cikgu.. saya Linda,palajar SMK Bandar Banting di Banting..
    soalan mengenai esei : soalan tanya 2 nilai. saya selalunya menjawab lbg drpd 2 nilai..
    So,..adakah pemeriksa akan mengambil yg terbaik atau tdk memberi markah kerana tdk mematuhi arahan..(iaitu,berikan 2 nilai) ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI LINDA
      BOLEH BERIKAN TAMBAHAN 1 JAWAPAN/NILAI SAHAJA.

      Delete
  25. salam puan .saya Lilian Cheng dari smk merbau ,miri,sarawak. terima kasih bnyk atas usaha puan dlm membantu pelajar serta yg lain dlm blog ini. ini amat membantu sy sebelum spm 2012 . :) tq !

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI LILIAN. YOU ARE WELCOME. I'M GLAD THAT I CAN HELP

      Delete
  26. Greetings Pn Noraini, my name r Octavia Chung from Smk Tansau. I would like to say thank you so much for your effort to helping us to understanding more better in this subject before facing the examination. May God Bless puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI OCTAVIA. YOU ARE WELCOME. I'M GLAD THAT I CAN HELP

      Delete
  27. Salam...
    Sy dr smk bkit rokan n.9. Sy cg moral. Sy nk tny mngenai cara @ tknik mnjawab. Sy agak baru lg dalm mngajarvmral ni. Sy nk tny cg btul @salah cra sy mngajar plajr sy mnjwab soalan. Sy ajar bdak tuk soalan struktur mcm ni :
    W+N.W+KK+HURAIN. Untuk esei pula sy akan sruh bdak cari 2 nilai. Dimana setiap nilai dipecah kpd 2 kata kunci dan 2 contoh.

    ReplyDelete
  28. Saya cikgu Carol dari SMK Serian Sarawak...saya nak kepastian dalam menulis jawapan struktur dan esei...saya difahamkan oleh JU negeri Sarawak agar menekankan formula SUbjek+nilai+isu...tapi dari apa yang saya lihat jawapan yang cikgu Noraini berikan tidak begitu menekankan subjek dahulu dalam ayat..jadi adakah formula yang kami amalkan ini boleh diterima? Terima kasih.

    ReplyDelete
  29. As salam Pn. Noraini,
    Saya cikgu akmal dari smkbbu, jb. Saya nak bertanya, jika pelajar memberikan jawapan untuk soalan esei memberikan contoh yg sama untuk nilai yang sama, adakah diterima? Contoh jawapan: Ibu bapa perlu mengamalkan nilai rasional. Ibu bapa perlu bertindak wajar dalam mendidik anak-anak. Contohnya, ibu bapa perlu memberikan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak. Ibu bapa perlu boleh berfikir dalam mendidik anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa haruslah memberikan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak.

    ReplyDelete
  30. Cikgu, kalau soalan kata nak 2 kesan, boleh tak bagi 3 by adding one more number like (iii) below (ii) ?

    ReplyDelete

 

Rakan Blog Pendidikan Moral

My Blog List