INSAN BERMORAL ADALAH INSAN YANG BAHAGIA

Bila kita bermoral, masyarakat menyayangi dan menyukai kita, Tuhan juga sayang akan kita, yang paling penting, hati kita lapang, selesa dan bahagia

SEMOGA BERJAYA

PENDIDIKAN MORAL TIDAKLAH SUSAH.
YANG PENTING USAHA SEDIKIT, DISIPLIN,
DAN SEMANGAT UNTUK BERJAYA

xOnline Design

Saturday, 28 February 2009

PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS

Saturday, 28 February 2009
173 comments
PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS


PENGENALAN

Peperiksaan mata pelajaran Pendidikan Moral (Kertas 1225) bagi peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui dua kertas ujian iaitu:

- Kertas 1225/1 (Ujian Bertulis)
- Kertas 1225/2 (Kerja Kursus).

Pentaksiran kerja kursus ini lebih bersifat formatif iaitu pentaksiran yang berterusan dengan tujuan untuk membimbing, memaju dan mengembangkan nilai moral dalam diri calon mengikut kemampuan mereka. Pentaksiran terhadap penghayatan dan amalan nilai memerlukan masa yang panjang dan dibuat secara berterusan melalui pemerhatian tingkah laku calon, pelaporan guru dan pendokumentasian hasil kerja. Proses pentaksiran ini dilakukan melalui dua elemen iaitu:

Elemen Sahsiah

Penghayatan dan amalan nilai moral semasa berkomunikasi,membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu perkara.

Elemen Iltizam

Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan kebertanggungjawaban calon dalam melaksanakan aktiviti Tugasan Harian dan Kerja Amal.


MAKLUMAT AM

Tugasan kerja kursus ini hendaklah dimulakan dari Februari di Tingkatan 4 hingga Julai di Tingkatan 5. Guru Penilai adalah guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Penilaian kerja kursus merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian kerja kursus ini dilakukan secara berterusan mengikut format yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Elemen, aspek dan kriteria dalam Panduan Penilaian Kerja Kursus ini hendaklah dimaklumkan kepada calon. Tugasan kerja kursus Pendidikan Moral 1225/2 hendaklah disiapkan sebelum atau pada 15 Julai di Tingkatan 5.


ARAHAN KEPADA CALON

Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral wajib melaksanakan kerja kursus. Calon SPM dikehendaki melaksanakan Kerja Kursus Pendidikan Moral dari Februari di Tingkatan 4 hingga Julai di Tingkatan 5. Calon dikehendaki melaksanakan kerja kursus yang ditetapkan dan disahkan oleh pihak pentadbir sekolah. Kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan oleh guru penilai sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan. Penilaian dan pemberian gred dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen. Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada akhir bulan Julai di Tingkatan 5.

Tugasan Harian

Calon dikehendaki membuat tugasan seperti menulis karangan, menulis laporan hasil kerja amal, mendapatkan maklumat dari pusat sumber, membuat rencana tentang kegiatan sosial masyarakat dan lain-lain berhubung dengan pembelajaran Pendidikan Moral.

Pertimbangan Yang Perlu Diambil Kira

Merancang 8 hingga 10 tugasan yang berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Moral. Tugasan hendaklah berasaskan nilai yang hendak dikesan dan dikaitkan dengan isu-isu semasa. Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan moral. Penulisan untuk tugasan harian ini boleh dijalankan pada bila-bila masa. Setiap tugasan mestilah lebih kurang 250 patah perkataan dan ditulis pada kertas A4. Calon hendaklah mendokumentasikan sekurang-kurangnya 8 hasil tugasan harian yang terbaik dan dijadikan folio.


Kerja Amal

Calon dikehendaki melibatkan diri dalam empat aktiviti Kerja Amal yang berkaitan dengan tiga bidang pembelajaran Pendidikan Moral iaitu Bidang Perkembangan Diri sebanyak 1 aktiviti, Bidang Kekeluargaan sebanyak 1 aktiviti dan Bidang Alam Sekitar sebanyak 2 aktiviti


Calon dikehendaki melampirkan bahan seperti sijil penghargaan, surat perakuan yang sah, gambar atau apa-apa bahan yang boleh dijadikan bukti penglibatan Kerja Amal yang telah dilakukan.

Antara kerja amal yang boleh dijalankan ialah:

Bergotong-royong membersihkan kawasan.
Mengindahkan atau mencantikkan kawasan.
Membimbing calon lain terutama yang lemah dalam pelajaran atau permainan.
Menyediakan kemudahan sekolah seperti papan tanda dan peti surat.
Membaikpulih perabot sekolah.
Membersihkan taman rekreasi.
Mengumpul bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan.
Membuat kerja amal di rumah orang tua atau anak yatim.
Membantu ibu bapa.
Melakukan kerja-kerja amal lain yang memberi kebaikan kepada masyarakat
.

read more

Thursday, 5 February 2009

DOKUMEN-DOKUMEN DI DALAM KERJA KURSUS

Thursday, 5 February 2009
32 comments


























read more

Thursday, 15 January 2009

MENULIS LAPORAN KERJA AMAL

Thursday, 15 January 2009
241 comments

Ingat ye pelajar....Laporan mesti ditulis tangan menggunakan kertas A4 yang tidak bergaris.

Cadangan Penyediaan Pelaporan Kerja amal

A: Tajuk Aktiviti

Contoh:


  • Sambutan hari kemerdekaan di sekolah saya
  • Kerja amal di Pusat Perlindungan Haiwan SPCA Ampang
  • Gotong royong membersihkan bilik darjah
  • Lawatan ke Rumah Anak Yatim Wawasan, Ampang

Nyatakan tujuan utama diadakan aktiviti tersebut. Pelajar disarankan menyediakan sekurang-kurangnya 2 matlamat

C: Objektif
Nyatakan objektif yang hendak dicapai daripada kerja amal tersebut

D: Tarikh dan masa
Nyatakan tarikh dan masa kerja amal itu dilaksanakan

E: Peserta
Nyatakan orang lain yang terlibat dalam kerja amal tersebut.

Contoh
  • Guru
  • rakan
  • ibu/bapa/ahli keluarga yang lain
  • pengurus pusat perlindungan
  • penyelia rumah kebajikan
F: Peranan anda
Ceritakan semua kerja yang anda lakukan dari mula hingga tamat aktiviti tersebut

G: Kesan
Pelajar mesti nyatakan kesan kerja amal tersebut terhadap dirinya setelah menyelesaikan kerja amal tersebut dengan menggunakan mana-mana satu perkataan di bawah.
  • sedar/kesedaran
  • insaf
  • iktibar
  • perubahan sikap
BAHAGIAN B



Cadangan kerja amal

Bidang Perkembangan Diri  (pelajar hanya perlu jalankan 1 aktiviti sahaja)
Pelajar boleh buat kerja amal ini di mana-mana sahaja yang berkenaan


Nilai kerajinan:
  • Semua jenis kerja amal, tak kira di mana.. Asal sahaja pelajar buat kerja amal, ini bermakna pelajar telah jalankan kerja amal berkaitan nilai kerajinan
Nilai kasih sayang
  • Apa sahaja kerja amal yang berkaitan membantu ahli keluarga
  • Apa sahaja kerja amal yang berkaitan membantu haiwan (beri makan, mandikan, grooming, selamatkan, bersihkan tempat tinggal
Nilai bertanggungjawab/berdikari
  • Membersihkan bilik sendiri
  • Membasuh pakaian, kasut, stokin sendiri
  • Mengemas buku, peralatan sekolah sendiri
Nilai kepercayaan kepada Tuhan
  • Membuat apa sahaja kerja amal di rumah ibadat (aktiviti bersembahyang tidak dikira sebagai kerja amal)
Bidang Kekeluargaan  (pelajar hanya perlu jalankan 1 aktiviti sahaja)
Pelajar boleh buat kerja amal ini di rumah ahli keluarga dan di tempat-tempat yang berkenaan 


Kasih sayang terhadap keluarga
  • beri adik/ahli keluarga yang uzu makan
  • mandikan adik/ahli keluarga yang uzukeluarga
  • pakaikan adik/ahli keluarga yang uzur pakaian
  • rawat ahli keluarga yang sakit
  • bimbing adik/ahli keluarga belajar/buat kerja sekolah
  • mengendalikan sambutan hari istimewa ahli keluarga
Tanggungjawab terhadap keluarga
  • bantu ahli keluarga buat kerja-kerja di rumah
  • bantu ahli keluarga membuat persiapan sambutan hari istimewa keluarga (aktiviti sambutan hari istimewa tidak dikira sebagai kerja amal)
  • bantu ibu bapa (cuci kereta, kemas rumah, memasak, membasuh, menyapu dll)
  • bantu ibu bapa bawa barang ketika membeli barang keperluan/membeli belah
Bidang Alam Sekitar  (pelajar perlu jalankan 2 aktiviti)
Pelajar boleh buat kerja amal ini di rumah, sekolah, rumah anak yatim, rumah orang tua, zoo, rumah ibadat dll.


Apa sahaja kerja amal membersihkan 
  • menyapu (bilik darjah, rumah, halaman, kawasan rumah, kawasan luar rumah)
  • membersihkan (bilik darjah, rumah, sungai, pantai, kawasan rekreasi)
  • menanam pokok


SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR



CHONG ZE HUI
KERJA AMAL DI ZOO NEGARA





SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR



SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR








SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR







SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR









SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR







SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR






SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR







SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR










SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR










SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR







SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR





SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR








SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR













SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR













SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR



TIEW KEE YEE
KERJA AMAL DI BILIK KOPERASI SEKOLAH







SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR







SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR







SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR









SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR







SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR









SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR









SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR









SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR








SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR








SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR
 




SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR





SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARARAN YANG LEBIH BESAR


B: Matlamat

read more
 

Rakan Blog Pendidikan Moral

My Blog List